Showing posts with label tips naikkan traffic ke blog anda. Show all posts
Showing posts with label tips naikkan traffic ke blog anda. Show all posts

Tips Tingkatkan Blog Traffic

Fulamak, skemanya tajuk.. hehe

Tak adalah, ni saja nak share tips yang aku pernah discover selepas sebulan bergelar blogger. Tips ni tak la sehebat mana, tak macam tips top blogger atau otai-otai kat luar sana tu, tapi sedikit sebanyak ianya membantu aku naikkan traffic ke blog aku ni tau. Ni nak share dengan newbie macam aku la yang baru nak belajar blogging. Pada yang otai, tak payah la korang baca yang ni, korang dah tau semua ni.

Ok, tips aku yang pertama adalah blogwalking atau blogjogging atau blogberlari ke apa-apa aje la. Yang penting ianya berkaitan tentang anda melawat blog orang lain. Aku memang amalkan benda ni, dan ianya terbukti berkesan. (Cheewah, macam jurujual pula aku ni).

Jangan pula korang lawat blog orang, baca entrinya tapi korang tak tinggalkan komen atau senangnya, tinggalkan jejak anda. Sebaiknya, nak naikkan traffic ke blog korang, tinggalkan komen pada entri blog yang anda lawat tadi, tuan blog tu pasti datang tempat korang pula. Nak tengok bukti?



Nah, tengokla statistik visitor blog aku ni. Bila aku tak banyak buat lawatan diblog orang dan tinggalkan komen, jatuh menjunam visitor blog aku ni. tapi bila kau buat lawatan dan siap tinggalkan komen lagi, naik mendadak visitor blog aku ni. jadi pendapat anda? berkesan kan..


Ok, tips naikkan visitor blog aku yang kedua adalah ping blog anda. Ping blog ni nak bagitau kat search engine bahawa blog kita dah update. Ping service yang aku selalu guna adalah Pingler.com. Kalau korang nak tahu, blog aku ni pernah keluar kat search engine kat russia dengan keyword yang pelik. haha. Baca post aku tentang ni kat sini.

So, kepada mereka yang tak tahu lagi bagaimana nak naikkan traffic ke blog korang, diharap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu anda..

kepada sesiapa yang ada cara yang lebih baik, kongsilah dengan kita disini ye.. terima kasih daun keladi.. hehe

Majulah Blogger untuk semua!!