Orang Malaysia Kuat Makan gula??





Negara kita sejak akhir-akhir ni selalu saja manghadapi satu masalah iaitu kekurangan gula, atau secara simple,  gula habis.

Adakah masalah ini timbul akibat dari perbuatan orang-orang yang tidak berperikemanusiaan? Mereka yang nak mengaut keuntungan kerana pernah keluar dalam berita dimana banyak pihak yang menyorokkan gula hanya kerana mereka nak kerajaan naikkan harga gula.

Atau memang orang malaysia ni kuat makan gula ke?

Baru-baru ni, aku terkejut bukan main. Tak pernah lagi aku alami keadaan macam ni. Hari tu Aku pusing satu pekan tempat aku tinggal ni untuk cari gula pasir, tapi tak jumpa juga. Pemilik kedai yang aku tanya tu just bagitau aku gula habis. Ada juga kedai yang siap bagi notis depan kedai yang gula pasir dah habis dan tiada stok. Pasaraya besar seperti Giant Supermarket pun kehabisan gula??

Kalau macam ni la keadaannya, better kita kurangkan la makan gula ni. Sebenarnya gula ni bukannya baik sangat untuk kesihatan pun. Kan?

Rakyat di negara (Malaysia) ini dilaporkan mengambil 26 sudu teh gula sehari!!! Wah, ni dah lebih ni.. walhal, saranan hanyala 7 sudu teh gula sehari.

So, kepada semua, kurangkan la pengambilan gula ni. Lagipun gula dah naik harga lagi, boleh jimat sikit. Kepada mereka yang suka minum minuman ringan dan yang suka pesan minuman manis kat restoran, ANDA HARUS INGAT BAHAWA SETIAP TIN MINUMAN TU MENGANDUNGI 7 - 8 SUDU TEH!! banyaknya..

Lagipun, gula ni dikaitkan dengan banyak jenis penyakit termasuklah kanser, asma, alahan, diabetes (kencing manis), penyakit jantung, batu karang hempedu, masalah sistem imun, penyakit buah pinggang dan kesihatan mental yang lemah.

Fikir-fikirkan juga statistik 2009 yang menunjukkan 17 peratus daripada 27 penduduk Malaysia menderita diabetes. Diabetes boleh menghasilkan komplikasi iaitu buta, penyakit jantung, kegagalan renal (buah pinggang) dan strok (sakit ahmar)!

Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat negara ini mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. (wei, data betul ni. Aku petik dari laman web Jabatan kesihatan negeri kedah).

So, daripada kita merungut gula dah habis, atau tak cukup, lebih baik kita kurangkan pengambilan gula, bukan sahaja gula dah mahal sekarang ni, malahan ianya juga boleh mungurangkan risiko kita untuk menghidap penyakit.

14 comments:

  1. Apa susah.. madu hutan kat tepi jalan murah rm3 sebotol kan ada... sweet, cheap and good for health!

    ReplyDelete
  2. Independent Queen : ya ya.. betul.. better makan madu kan.. lgi sedap dan berkhasiat.. :D

    ReplyDelete
  3. yup...msians - diabetes.
    No sickness can best diabetes in msia

    ReplyDelete
  4. @ninja Coffee ya, coz they consume lots of sugar.. but less exercise..

    ReplyDelete
  5. ala...kn mmg skrg kerajaan saran kurangkan pengambilan gula tu....tp terlalu drastik la.. ada ka ptt smpai bandaraya yg besar pn bole tak de gula..

    ReplyDelete
  6. saya tak suka minum minuman bergas sebab dari kecik abah saya dah larang...

    teheheeee

    ReplyDelete
  7. Hazzy : ah, bagus sgt la tu... amalan yang baik tak minum minuman bergas.. tapi aku ni dah kira ketagih dengan minuman ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. ala...hal2 ketagih tu...bole d ubat...hehe...

    ReplyDelete
  9. ida : ala, susah la.. nak ubat cmana ye?

    ReplyDelete
  10. perlu la ada semangat tuk menahan nafsu nak minum minuman bergas tu... cuba bayangkan...dah la dalam 1 tin minuman tu dah ada 7-8 sudu teh gula yg sepatutnya memenuhi keperluan seharian, so if dah minum 1 tin, dah tak boleh makan @ minum benda2 yang mengandungi gula.. sanggup mcm 2? hehe...kan dlm dunia ni ada byk lg mknn n minuman yang contain sugar...so...sanggup tak mkn benda2 2 hanya kerana setin minuman? hehe..

    ReplyDelete
  11. The fact is true, but that doesn't mean that the govt can use this fact as a reason to increase sugar price :)

    ReplyDelete
  12. it is not the problem for the price but its about health campaign.. Malaysian people eat consume a lot of sugar which is not good for our health.. instead discussing about the price, we better cut the taking of sugar...

    ReplyDelete
  13. Yes, i agree its all about health campaign, but its not suppose to be done drasticly..why dont you cut the amount of the sugar in this country little by little...even its take long time, but as long as its work for the society...its ok then..

    ReplyDelete
  14. ya, i agree with that to cut the amount of sugar in the country.. Maybe if there are less sugar in the market, people will think not to use lots sugar anymore..

    ReplyDelete