Showing posts with label langgar pintu. Show all posts
Showing posts with label langgar pintu. Show all posts

Malunya Aku

Mungkin kalian pun pernah juga melalui kejadian yang memalukan dan ianya berlaku di khalayak ramai. ya tak? negitu juga dengan aku. :D

Kejadian ni baru berlaku petang tadi. masa tu, aku baru je habis kelas. Dah la hari tengah hujan, penghawa dingin pula dipasang pada suhu 16 darjah celsius!!! korang bayangkan la betapa sejuk tu sehingga aku yang kurus kering ni pun menggigil kesejukan! (hei, korang tau ke suhu di london berapa... hehe)

Dengan suhu yang sejuk gila babas ni, korang pun tahu kan yang badan akan mengeluarkan jumlah kencing yang banyak, tapi... ooopppssss!!! Bukan aku terkencing dalam seluar ye... jangan salah faham ye...

So, nak dijadikan cerita, selepas sahaja lecturer aku cakap, class  habis sampai sini saja, aku terus keluar dan pergi ke tandas nak membuang isi "tabung" aku yang dah penuh tu dengan seorang lagi rakan ku, Aaron.

Selesai buang benda yang sepatutnya tu, (korang faham2 la apa yang kau buang ye.. kalau tak faham, buat2 faham aje la)  aku pun nak pergi keluar. Aku terus menuju ke pintu berkaca bersama Aaron. Dan tiba-tiba... ppaaannnggg! Kepala ku terhantuk pada pintu kaca tu... huhuhu
Tanpa menyedari pintu tu tertutup, aku terjah je pintu tu... malunya!! nasib juga tak banyak orang masa tu. huhu

Kalau tak, memang malu besar la aku... huhu