Entri kali ni adalah khas untuk lelaki je, girls is not allowed, sebab ni adalah kisah benar dan aku rasakan benda ni memang sangat memalukan bagi kaum lelaki.
Tapi if girls readers nak juga baca, jangan pula korang nak kutuk lelaki sebab setiap manusia mempunyai kekurangan masing-masing.
Kisah ni berlaku dengan seorang rakan wanita aku. aku bagi nama si X je la. kang aku bagi nama sebenar, dia pula yang famous, bukan pula si kyuubi ni.. hehehe.. gurau je..
Ok, nak dijadikan cerita, 2 hari yang lepas, selepas habis kelas, kawan aku si X ni nak pulang rumah. Nak pulang rumah, dia kena naik bus. Masa, dalam perjalanan tu, si X ni pun tertidur kerana mungkin kepenatan kot dia ni. aku tak tanya pula..
Masa dia tidur tu, dia terjaga bila menyedari ada seorang lelaki yang duduk di sebelahnya. Lelaki tu katanya tak boleh duduk diam dan seperti sedang melakukan sesuatu. Bila kawan aku si X ni tengok.. Makkk oooiii!!!! Si lelaki tu tengah melancap @ Onani di sebelahnya!!!
Dan, lelaki tu katanya tak malu nak bagi dia tengok kemaluannya tu?
wei, dah tak tahan sangat ka sampai nak buat macam tu depan orang??? Kalau ya pun nak buat benda tu, buat la kat tempat yang tak ada orang, ni depan orang lain, dah tu perempuan lak tu.. Buat malu kaum lelaki je..
Buat benda tu dosa tau, dia tak tau ke tu, ke tau tapi buat-buat tak tau pula?
Aku yang dengar ni pun malu sangat dah, apa lagi nak buat depan orang.. Tak patut betul la benda ni berlaku..
Tak tau la apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni..
P/s lelaki di luar sana, tolong la jangan malukan kaum kita ni.
