Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Minyak Masak Yang Digunakan Lebih Dari Sekali Tidak Sihat



Pada kebiasaannya. kebanyakan orang termasuk aku sendiri selalunya akan menggunakan minyak masak sekurang-kurangnya 2 kali sebelum dibuang. Yalah kan, kalau aku, konon nak jimat minyak masak, tak pernah terfikir pasal kesihatan. Aku tak tahu pula bagi orang lain.

Namun perbuatan yang kita anggap jimat ni sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Menurut Pusat Racun Negara, mereka yang mengambil atau memakan minyak masak yang digunakan berulang kali berisiko untuk mendapat hipertensi, kerosakan hati dan juga risiko kanser.

Menurut Pakar Runding Pusat Racun Negara, minyak masak yang digunakan berulang kali menyebabkan tahap kelikatan hidrokarbon minyak tersebut bertambah dan ini boleh menyebabkan masalah saluran Arteri tersumbat, hipertensi dan juga kerosakan hati.

Minyak masak dalam bungkusan 1 kg juga tidak sihat, menurut Lembaga sawit Malaysia.

Hmm, bahaya juga aku nak jimat masak ni. Lepas ni tak nak la recycle minyak masak lagi. Demi kesihatan :)
Korang pula pernah tak buat macam ni main recycle minyak masak?


Sumber: mStar Online


Amaran Untuk Lelaki: P0rn0grafi Memusnahkan Keupayaan S€ks Anda



Di zaman yang serba modern ni, semua benda boleh didapati dengan mudah dengan hanya 1 klik sahaja melalui satu jaringan yang kita panggil internet. Cakap saja nak apa; semua ada. Begitu juga dengan p0rn0grafi. Cakap saja nak style apa, semua ada. Itu semua adalah kenikmatan yang mungkin dicari oleh semua orang tapi ada benda yang kita tidak tahu disebalik kenikmatan itu.



Menurut 1 kajian yang dijalankan, p0rnografi menyebabkan sang lelaki tidak dapat perform dengan baik di bilik tidur. Kenapa? Ini disebabkan oleh pendedahan yang berterusan kepada gambar dan filem-filem erotica atau S€ks menyebabkan kesensitifan berkurangan. Mereka lebih teruja bila menonton filem atau gambar-gambar p0rnografi.

Keadaan ini menyebabkan lelaki kurang teruja bila bersama dengan wanita sebenar dalam keadaan yang biasa. Masalah ini disebabkan oleh ransangan berlebihan dan berterusan terhadap hormon Dopamine, sejenis neurotransmitter yang mengaktifkan tindak balas badan terhadap keseronokan seksual semasa menikmati p0rnografi.

Disebabkan oleh ransangan berterusan, otak akhirnya akan kehilangan keupayaan untuk bertindak balas terhadap isyarat dari Dopamine. Tidak hairanlah jika terdapat lelaki di zaman ini yang kehilangan keupaayan seksual atau mati pucuk di usia pertengahan walaupun mereka mempunyai kesihatan yang baik.

Tengok gambar macam ni pun dah cukup. Tak payah ekstrem sangat :p

Keadaan ini memang suatu merisaukan dan menakutkan bagi kaum lelaki apatah lagi jika kehilangan keupaayan "itu". Lelaki yang kehilangan keupayaan itu akan dipandang rendah apatah lagi oleh kaum wanita. Betulkan aku jika aku tersilap.

Menonton p0rnografi pun bukan untung apa pun. Hanya menambah dosa yang ada, so kalau dah terjebak dengan p0rnografi baik perlahan-lahan kurangkan tabiat ni. Jangan nanti bila dah terkena, baru nak menyesal.



Awas!! Darah Babi Ada Dalam Puntung Rokok!



Awas kepada penghisap rokok tegar diluar sana, terutamanya sekali kepada yang beragama Islam. Aku tak pasti samaada berita ini benar atau tidak. Gambar ni aku dapat dari rakan-rakan Facebook yang menyatakan bahawa darah babi atau Khinzir digunakan dalam puntung rokok.


Mungkin berita ini hanyalah rekaan sesetengah pihak. Namun niat disebaliknya adalah baik agar jumlah penghisap rokok tegar di negara ini dapat dikurangkan. Namun, jikalau benda ini adalah benar, baik dijauhi rokok itu. Merokok tu bukan baik sangat pun. Bawa banyak keburukan daripada kebaikan.

Benda ni pun rasanya dah lama tersebar. Aku try buat crian kat Google dengan keyword "Puntung Rokok Dari Darah Babi" dan apa yang aku jumpa, ada banyak lagi post dan juga dari akhbar online memaparkan berita ini. Sopada perokok diluar sana, jadikan benda ni sebagai inspirasi untuk berhenti merokok. Dan pada yang bukan muslim, merokok bukan sahaja membawa banyak masalah kesihatan, bahkan juga dari imej dan kebersihan diri.


Aku teringat seorang pensyarah aku pernah berkata;

"Kalau korang ada boyfriend atau girlfriend atau suami atau isteri, korang sanggup tak nak cium bibir diorang yang dah jadi perokok tegar dengan bau semacam disebabkan oleh tabiat menghisap rokok?"

Merokok Membawa padah!


Awas! Love Bite Atau Gigitan Cinta Sebabkan Strok


Orang kata cinta itu mengasyikkan dan kadangkala cinta itu juga menyakitkan. Tapi itu hanyalah sakit secara batin dan bukan secara fizikal. Tapi apa yang berlaku di Auckland, New Zealand sesuatau yang mengejutkan. Seorang wanita menjadi separuh lumpuh akibat daripada gigitan cinta atau lovebite dari kekasihnya.

*Gambar hiasan dipetik dari Google

Dalam satu kes, seorang wanita berumur 44 tahun dihantar ke hospital dan menderita strok akibat dari lovebite dari kekasihnya. Daripada kajian, doktor mendapati akibat dari lovebite tersebut, saluran darah wanita berkenaan mengalami kerosakan dan menyebabkan pembekuan darah berlaku.

Darah beku yang terbentuk pula bergerak sehingga sampai ke dalam hati wanita berkenaan yang kemudiannya menyebabkan dia diserang strok.

Mungkin bagi sesetengah orang, lovebite adalah salah satu cara untuk mereka menunjukkan cinta dan bermesra, namun harus diingat; jangan kerana terlalu asyik melayan perasaan dan gelodak nafsu sehingga tidak berpada-pada dalam aktiviti tersebut, walaupun dengan isteri ataupun suami anda sendiri. Ianya mungkin menyebabkan kemudaratan.

Kepada mereka yang suka menghadiahkan lovebite atau gigitan cinta pada pasangan masing-masing termasuklah suami atau isteri, sentiasalah berwaspada. Jangan sampai kuasa menghisap tu keterlaluan dan mengakibatkan kemudaratan pada pasangan masing-masing.



Keju Dari Susu Badan Manusia!


Pernah tak korang terdengar atau terbaca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia?

Kadang-kadang dalam kita menempuh kehidupan ini, ada saja benda pelik yang kita temui, samada dengan mata kepala kita sendiri ataupun hanya melalui kabar angin sahaja. Suatu yang sukar untuk diterima dek akal fikiran manusia.

Seperti juga apa yang aku baca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia! Aku cuba menganggap ianya hanya cerita rekaan semata-semata.

Tapi satu article mengenai France human breast milk cheese yang ditulis pada tahun 2007 menyebabkan benda ni seakan benar.

Le Petit Singly, sebuah kilang di France direka khas untuk menghasilkan produk keju yang diperbuat dari susu badan manusia ni. I was like, huh?! Boleh tak korang bayangkan bagaimana cara diorang menghasilkan atau menuai susu manusia utuk dijadikan keju?

Menurut mereka, cara menghasilkan keju ini adalah sama dengan cara menghasilkan keju dari susu lembu dan rasanya seakan keju ni dicampur dengan kacang hazel!

Dan pada tahun ini juga (2010), seorang tukang masak diberi amaran oleh oleh pegawai kesihatan selepas dia memberi tawaran kepada pelanggan untuk merasa sendiri keju yang diperbuat daripada susu isterinya sendiri!

Aku masih meragui kewujudan benda ni kalau ianya tak ada depan mata aku.  Sejauh mana kebenaran benda ni, diorang sajalah yang tahu. Tapi kalaulah benda ni benar-benar wujud, apa yag korang fikir masa menikmati keju tu?


Atau



Kalau korang berminat nak baca lebih mengenai benda ni, korang boleh baca kat  Human breast cheese milk mada in France Atau New York chef offers customers cheese made from wife's breast milk

Dan kalau nak lebih advance lagi, korang boleh lawat Petit Singly, laman web dalam bahasa france, kilang di france yang menghasilkan produk ini. Korang boleh buat tempahan online juga kat laman web ni kalau berminat. Sejauh mana berfungsi laman ni, aku tak tau pula sebab aku tak cuba lagi.

GIVEAWAY - Feel The Cosmic!


Adakah anda seorang pembaca blog?

Adakah anda mempunyai blog?

Adakah Anda Ingin Mengalami Gelombang Kosmo?

Jika Jawapan anda ya bagi soalan diatas, bermakna andalah orang yang kami cari! Jom Sertai Giveaway - feel The cosmic anjuran blogger Chekguizsa di blog Semekar kasih.


Tidak kisah anda seorang lelaki atau perempuan, anda dialu-alukan untuk menyertai give away ni. Bila lagi nak dapat barang fee kan? Kot-kot anda lah pemenang bertuah yang dicari hik3.

Hadiah pun best juga ni. Andaa yang menyertai bakal memenangi hadiah menarik yang berjumlah.. errr, yang tu kena tanya penganjur dulu ya. Hadiahnya adalah.....

3 botol Pyra Lightening Milk Cleanser
: Satu setiap seorang
(3 pemenang)
kebaikan yang anda dapat dari Pyra Lightening Milk Cleanser ini adalah;
Membantu membersihkan kesan solekan, kotoran, sebum dan sel kulit mati dengan berkesan. Getaran tenaga dapat menyediakan kulit untuk proses melembut, mencerah dan menyerikan wajah seterusnya

Tarikh tutup Giveaway ni adalah pada 30 oktober 2010 tepat jam 12 tengah malam.Nak tahu lebih lanjut tentang Giveaway ni? Si lawat Giveaway - feel The Cosmic

Aku dah join. Anda pula bagaimana?


Orang Malaysia Kuat Makan gula??





Negara kita sejak akhir-akhir ni selalu saja manghadapi satu masalah iaitu kekurangan gula, atau secara simple,  gula habis.

Adakah masalah ini timbul akibat dari perbuatan orang-orang yang tidak berperikemanusiaan? Mereka yang nak mengaut keuntungan kerana pernah keluar dalam berita dimana banyak pihak yang menyorokkan gula hanya kerana mereka nak kerajaan naikkan harga gula.

Atau memang orang malaysia ni kuat makan gula ke?

Baru-baru ni, aku terkejut bukan main. Tak pernah lagi aku alami keadaan macam ni. Hari tu Aku pusing satu pekan tempat aku tinggal ni untuk cari gula pasir, tapi tak jumpa juga. Pemilik kedai yang aku tanya tu just bagitau aku gula habis. Ada juga kedai yang siap bagi notis depan kedai yang gula pasir dah habis dan tiada stok. Pasaraya besar seperti Giant Supermarket pun kehabisan gula??

Kalau macam ni la keadaannya, better kita kurangkan la makan gula ni. Sebenarnya gula ni bukannya baik sangat untuk kesihatan pun. Kan?

Rakyat di negara (Malaysia) ini dilaporkan mengambil 26 sudu teh gula sehari!!! Wah, ni dah lebih ni.. walhal, saranan hanyala 7 sudu teh gula sehari.

So, kepada semua, kurangkan la pengambilan gula ni. Lagipun gula dah naik harga lagi, boleh jimat sikit. Kepada mereka yang suka minum minuman ringan dan yang suka pesan minuman manis kat restoran, ANDA HARUS INGAT BAHAWA SETIAP TIN MINUMAN TU MENGANDUNGI 7 - 8 SUDU TEH!! banyaknya..

Lagipun, gula ni dikaitkan dengan banyak jenis penyakit termasuklah kanser, asma, alahan, diabetes (kencing manis), penyakit jantung, batu karang hempedu, masalah sistem imun, penyakit buah pinggang dan kesihatan mental yang lemah.

Fikir-fikirkan juga statistik 2009 yang menunjukkan 17 peratus daripada 27 penduduk Malaysia menderita diabetes. Diabetes boleh menghasilkan komplikasi iaitu buta, penyakit jantung, kegagalan renal (buah pinggang) dan strok (sakit ahmar)!

Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat negara ini mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. (wei, data betul ni. Aku petik dari laman web Jabatan kesihatan negeri kedah).

So, daripada kita merungut gula dah habis, atau tak cukup, lebih baik kita kurangkan pengambilan gula, bukan sahaja gula dah mahal sekarang ni, malahan ianya juga boleh mungurangkan risiko kita untuk menghidap penyakit.

Tips Menambah Berat Badan

Ok, kali ini aku nak bagi satu tips iaitu cara untuk menambah berat badan. Entri kali ni khas untuk mereka yang teringin untuk menambah berat badan, sama dengan aku.... :D

Kepada mereka yang dah sedia berat, tak payah la baca, tapi kalau nak juga, baca la... boleh bagi dengan orang lain...

So, siapa yang nak menggemukkan diri, ikutlah tips bagaimana untuk menambah berat badan ni...

1. Makan selalu. ambil 3 hidangan biasa dan 2-3 hidangan ringan

2. Makan lebih banyak daripada biasa. (Aku dah cuba yang ni, memang berkesan :D)

3. Makan makanan yang berkalori tinggi seperti
  
   buah-buahan kering, roti, gandum, kekacang, daging merah.

4. Ambil makanan tambahan, contohnya vitamin,

5. Minuman juga perlu diambil kira, banyakkan minum susu, jus buah-buahan

6. Buat senaman berat untuk menukar kalori berlebihan kepada otot dan mengelakkan pembentukan lemak.

7. Banyakkan mengambil makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti telur, produk tenusu
  
8. Amalkan meminum segelas susu sebelum masuk tidur.

9. Dapatkan tidur yang cukup.


(Cara untuk menambah berat badan ni berkesan juga, ada yang aku pernah amalkan dan kesannya berat badan aku naik 6 kg!!)

Adakah anda percaya bahawa berat badan aku bertambah? Sebelum ni berat badan aku cuma 49kg ja..
Sekarang ini berat badan aku sudah bertambah kepada 55kg!!! hehehe..

Aku amalkan cara yang nombor 2 tu.. Aku makan sebelum tido setiap hari... Dan hasilnya Badan aku naik...
Tapi jangan la ikut cara ni... tidak sihat ni..

So, kepada mereka yang berazam nak tambah berat badan di tahun baru ni, semoga berjaya untuk menggemukkan diri.. hehehehe

Merokok membahayakan kesihatan


Semakin hari, jumlah perokok semakin bertambah.. Ramai menganggap merokok memberi anda gaya yang hebat, nampak macho, cool..

Tapi sedarkah anda sebenarnya anda sedang mempertaruhkan nyawa anda?

Ramai mungkin tak sedar, atau sedar tapi buat2 tak tahu aje.. dalam sebatang rokok mengandungi banyak racun dan bahan kimia yang boleh memberi mudarat kepada badan manusia..



Seperti gambar diatas, terdapat banyak bahan dalam sebatang rokok.. contohnya arsenic adalah sejenis racun dan boleh menyebabkan kematian, manakala carbon monoxide adalah sejenis gas yang menyebabkan darah tidak mampu membawa banyak makanan untuk diedarkan dalam badan, dan gas ini juga boleh menyebabkan kematian..


gambar diatas pula adalah gambar peparu yang telah rosak akibat daripada aktiviti merokok..

Merokok memberi banyak kesan nagatif kepada perokok iaitu :

1. Bau yang kurang enak melekat pada badan si perokok menyebabkan bau badannya tidak menyenangkan.

2. Bau nafas si perokok yang tidak menyenangkan.

3. Gigi menjadi warna kekuning-kuningan.

4. Merosakkan paru-paru si perokok dan menyebabkan kanser paru-paru.

5. Meningkatkan Tekanan darah si perokok kerana kandungan dadah. Sebenarnya, dadah ini la yang menyebabkan seseorang yang menghisap rokok tidak mengantuk.

6. Racun rokok itu akan merosakkan bahagian badan di sepanjang perjalanannya dalam tubuh manusia sehingga dikeluarkan dari tubuh.

7. Racun dalam rokok boleh larut dalam air dan senang dibawa ke seluruh badan. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami migrain dan serangan jantung.

Banyak lagi kesan yang tidak baik kesan dari menghisap rokok.. Dan ini bukan sahaja memudaratkan si penghisap rokok, malah orang di sekeliling yang tidak merokok tapi terhidu asap rokok.. kesannya adalah sama dengan si perokok..

Kepada wanita yang mengandung, Rokok juga memberi kesan yang tidak baik iaitu,
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan asap rokok kepada anak pula adalah :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


jadi, kepada perokok diluar sana.. berhentilah merokok.. Tiada baiknya anda merokok..

tabiat merokok anda ini hanya akan memudaratkan diri anda, orang di sekeliling, isteri serta anak-anak anda..

Anda tak pernah kelihatan macho atau cool dengan merokok tapi membuatkan bau badan anda busuk..