Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

(Amaran) Berhati-Hati Semasa Memohon BR1M, Pastikan Borang Adalah Original Bukan Seperti Ini



Kepada sesiapa yang memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, Anda dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memohon disebabkan banyak desas desus yang kami dengar tentang mereka yang cuba mengambil kesempatan. Pastikan Borang BR1M anda adalah original dan bukan seperti ini.


Gambr ini adalah antara salinan borang yang dikatakan palsu. Yang ni aku dapat dari facebook user yang share benda ni.

So pada kalian semua, sila berhati-hati dengan borang ni. Takut ada pihak yang ak ambl kesempatan.


Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah Angkat Sumpah Yang Dipertuan Agong Ke-14 - Daulat Tuanku



Yang Dipertuan Agong ke 14 Negara, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah selamat mengangkat sumpah di Istana Negara pagi tadi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13 semalam.

Tuanku Abdul HAlim dipilih menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh 5 tahun berkuatkuasa hari ini.

Gambar @ NST

Ini merupakan kali ke 2 Tuanku Halim dipilih menjadi Yang Diprtuan Agong selepas pernah dipilih pada tahun 1970 untuk tempoh 5 tahun sehingga tahun 1975.

Kami mendoakan kesejahteraan Tuanku agar dapat menyempurnakan tugas dengan baik dan menyatukan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.

Daulat Tuanku!


Ikon Sukan Gusti Hulk Hogan Gay?



Sebut saja Hulk Hogan mesti korang semua kenal. Hulk Hogan atau nama sebenarnya, Terry Bollea adalah antara ikon sukan gusti yang terkenal sebelum ni. Sekarang dia dah berumur 58 tahun, dah tak bergusti lagi kot. Aku dah lama tak layan gusti.

Picture @ IMDB

Baru-baru ni, Hulk Hogan memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Linda Bollea. Dia memfailkan saman terhadap bekas isterinya yang menuduh Hogan seorang yang ganas, menderanya dan juga seorang gay! Linda juga menuduh bahawa Hogan mempunyai hubungan seksual dengan rakan ahli gusti lelaki.

OMG! Hulk Hogan Gay?

Bagaimanapun Hulk Hogan menafikan dia gay sambil menjelaskan bahawa jika dia seorang gay, dia akan mengakuinya. Whoa statement yang terbaik!

Hmm dah bercerai pun masih lagi ada issue yang belum selesai. Inilah masalah sekarang. Kahwin lepas tu cerai. Sampai mati ada saja issue yang tak selesai. Baik tak payah kahwin, senang cerita.


Sumber: Yahoo!


(Gambar) Gambar Gerhana Bulan Pada 10 Disember 2011 Dari Seluruh Dunia



10 Disember 2011 menyaksikan dunia sekali lagi dapat menyaksikan Gerhana Bulan yang boleh dilihat dari seluruh Dunia. Tapi aku tidak ada peluang menikmati pemandangan gerhana bulan memandangkan tempat aku ni dilitupi awan sepanjang malam hari tu. So, terimah kasihlah pada mereka yang berjaya mengambil gambar kejadian gerhana bulan tu untuk tatapan kami yang tidak berkesempatan menontonnya.


Di rakam dari North of Oahu in Haleiwa, Hawaii 10 December 2011 (Reuters)


Dirakam dari Roman Pillars of Temple of Hercules di Amman (Reuters)


Dirakam di Tasik Pend Oreille Sandpoint, Idaho (Reuters)

 
Dirakam di Tokyo (AP)


 
Dirakam di New Delhi India (AP)

Dirakam Di Hong Kong (AP)


 Dirakam di Central Seoul (Reuters)



 
Dirakam Di Golden Gate Bridge, San Francisco (AP)


 
Dirakam Di Portland (AP)


 
Dirakam Di Tokyo (AP)

 
Dirakam Di Tokyo (AP)

 

Source: Yahoo!

 

Nasib Pokok Abadi Terbela, Selamat Dari Maut



Macam-macam keajaiban dan keindahan yang Alah berikan pada umatnya di bumi untuk dipelihara. Anda tak setuju? Lihatlah sekeliling. Semua yng terjadi adalah kerana kuasanya.

Di Madagascar, terdapat 313 pokok gergasi yang dikenali Baobab tumbuh setinggi 20 meter yang terancam dengan masalah mereput akibat dari ditenggelami air.


Pokok Baobab yang juga dikenali pohon abadi oleh penduduk tempatan terancam apabila sebuah kilan gugla dibina berhampiran dan menyalurkan air ke kawasan tersebut dan digunakan oleh penduduk tempatan untuk menanam padi.

Walaubagaimanapun, air tersebut menyebabkan akar pokok tersebut mereput. Tindakan pihak berkuasa yang mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan perlindungan memberi nasib cerah kepada pokok-pokok abadi tersebut.


Sumber: Kosmo Online


Rakyat Malaysia Peminat Angry Birds? Jadi Antara Carian Terpantas Meningkat Di Google



Korang suka sangat ke main Games Angry Birds?

Angry Birds adalah antara keyword paling panas dan antara yang paling cepat meningkat tahun ini, 2011 dalam carian Google Malaysia, Google.com.my menurut laporan berita mStar hari ini. Antara carian lain adalah Facebook dan Program Maharaja lawak.

 

Mungkin minat sangat kot dengan Angry Birds sampaikan ada member aku beli baju Angry Birds. Angry Birds bukan kegemaran aku. Sangat membuatkan aku geram bila main benda ni. Baik tak payah main.

Blogger Fatin Liyana dan juga Habis Zalikha adalah antara lain yang menjadi carian popular termasuk Cikgu Shida dan Datuk Anwar Ibrahim.

Menurut Google, apa yang menjadi trend carian membolehkan kita membaca apa yang ada dalam fikiran rakyat Malaysia. So maknanya, Rakyat Malaysia lebih suka berhibur? Ooops!

Hmm, bila la ubipanas.com ni masuk dalam senarai carian panas dalam google ye?

source: mStar Online


Google Update Gmail Kini Berwajah Baru



Google akhirnya mengemas kini perkhidmatan elektronik mail mereka Gmail. Tak tahu sejak bila kemas kini tu bermula. Namun sejak beberapa hari yang lalu, kalau aku nak masuk Gmail, mesti ada saja link uptade to new look. Tapi aku tak kisah sangat dengan new look ke apa. Sebab rasa selesa juga dengan Gmail yang lama.

Link ni sentiasa ada di sebelah kanan bawah sekali

Tapi hari ni, my Gmail account automatically kena tukar ke wajah baru google, yang aku rasa not bad juga. dengan wajah yang nampak lebih modern, versatile dan semacam lebih ringan dari Gmail yang dulu.

wajah baru Gmail. Lebih elegant. Klik Untuk Tumbesaran.

Banyak juga fungsi ditambah dalam update kali ni termasuk Gmail New Theme. You all boleh tukar Background Theme untuk Gmail you all. Ada beberapa pilihan theme yang boleh dipilih. For mine, aku guna theme mountain.

 
Mine with Mountain Theme! Klik Untuk Tumbesaran.

Senang saja nak tukar Gmail Theme ni. Korang just klik pada gambar Gear pada sebelah kanan atas dan pilih pada tab Theme.

So bandingkan dengan design dan fungsi lama Gmail, aku rasa yang baru ni lebih baik. Pengguna punya lebih control terhadap apa korang nak buat pada Gmail korang.

Old Gmail Look. Klik untuk tumbesaran.

Pada sesiapa yang menggunakan Gmail, korang boleh mencuba Gmail New Look ini buat sementara waktu. kalau tak suka, korang boleh hantar feedback kepada Google. Korang juga boleh revert kepada old Gmail.

Namun demikian, Gmail New look akan dilancarkan secara rasmi kepada semua pengguna Gmail, samaada korang nak atau tidak.


Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi yang ditambah ada Gmail, korang boleh pergi ke About Gmail’s new look page ni.


Shida Harmi - Saya Dah Nak Kahwin



Selepas Kekalahan Skuad Harimau Malaya dengan Skuad Bahrain dalam kelayakan Olimpik 2012, Seluruh negara panas dengan berita yang tidak Enak tentang Penjaga Gol Skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek sebelum ini dikaitkan dengan seorang gadis, Dahlia Teck kini dikaitkan pula dengan seorang lagi gadis, Shida Harmi.

Kami di ubipanas sebelum ini just follow the story saja. Lepas Perlawanan Malaysia Dengan Bahrain yang berkesudahan Malaysia Kalah 3-2, heboh dengan cerita kekalahan Malaysia dan tangan kemerosotan tangan ajaib Apek disebabkan oleh skandal panas ini.

Kesian pula kat Shida Harmi lepas terbaca dalam laporan Harian Metro mengenai Shida Harmi yang akan berkhawin tidak lama lagi.

Shida mengakui penyebaran gambar tersebut mengganggu emosi dan mencalar maruah keluarganya, lebih-lebih lagi dia akan melangsungkan perkhawinan dengan jejaka pilihan, Mohd Danial Adnan.

Namun dia mengakui gambar-gambar yang disebarkan adalah gambar lama dia dengan Khairul Fahmi;

Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama

Dengan pengakuan tersebut, kami pun curious juga nak tahu bagaimana rupa sebenar gambar yang disebarkan tu. Dan apa yang kami jumpa, gambar-gambar sedemikian sangat personal dan sepatutnya disimpan elok-elok.

Gambar lama atau baru, apa yang paling penting kalau korang ambil gambar yang serupa tapi tidak sama, simpanlah sebaik mungkin. Jangan ada tangan lain yang mampu menyentuhnya. sudah pasti ianya akan menjadi tatapan berjuta mata, dan mungkin ianya akan berakhir di laman ini. Siapa yang tahu?

Jangan disebabkan kesilapan sedikit menjadikan anda mangsa seperti kes Angie Varona. Tak tahu pasal Angie Varona? Kalau ada masa kami akan menulis tentang Angie Varona dlam entri akan datang.


Laman Sesawang Harian Malaysia Digodam Selepas Indonesia Kalah Dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea



Mungkin peminat yang tidak dapat menerima tamparan di atas kekalahan Indonesia dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea terhadap Malaysia, laman berita Harian Malaysia digodam sejurus perlawanan tamat yang berkesudahan Indonesia Tewas 4-3 dalam penentuan Sepakan Penalti.

Carian Google Sebelum Digodam


Carian Google Sejurus Digodam

Laman web Harian Malaysia di http://harianmalaysia.my/ tidak dapat diakses selepas perlawanan tamat. Mungkin Geram dengan kekalahan pasukan kesayangan, apatah lagi ini kekalahan kali ke 2 ke atas Malaysia Di gelanggang sendiri selepas mengalami kekalahan dalam Piala Suzuki yang lalu. Hackers menggodam Laman web ini.


Laman Tidak Dapat Diakses Hanya Tulisan Ini yang Muncul
dan Ditulis Dalam Bahasa Indonesia

Tidak pasti sejauh mana kebenaran dan siapa pelaku sebenar yang menggodam laman sesawang ini. Sesiapa pun mampu melakukannya dan mungkin juga ada pihak yang ingin mengeruhkan hubungan kedua negara. Just think Positif.

Apa yang kita harapkan hanyalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain mahupun peminat diluar padang, dalam apa jua permainan, apa jua sukan. Kalah atau menang adat permainan. Kalau tak kalah, tak mungkin dapat mencari kesilapan, dan kalau tak menang, cara penyelesaian terhadap masalah tidak berkesan.


Yue Yue, Gadis Di China Berusia Dua Tahun Yang Dilanggar Dua Kali Akhirnya Meninggal Dunia



Minggu ini, dunia dikejutkan dengan kejadian yang berlaku di China dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dibiarkan oleh orang ramai di tepi jalan selepas dilanggar sebanyak 2 kali oleh sebuah van dan sebuah lori.


Video yang dirakamkan menunjukkan kanak-kanak itu dilanggar oleh sebuah van yang terus berlalu pergi selepas melanggar budak tersebut. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut hanya melihat kanak-kanak tersebut namun tidak melakukan apa-apa. Selepas itu, kanak-kanak tersebut dilanggar sekali lagi oleh sebuah lori. hanya selepas itu barulah seorang wanita memindahkan kanak-kanak terebut ke tepi jalan.

Hari ini, selepas seminggu kejadian tersebut, kanak-kanak perempuan tu ahirnya meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan dan kegagalan fungsi otak.


Sungguh menyedihkan kejadian macam ni boleh terjadi dalam dunia moden, Bila semua sedar tanggungjawab masing-masing. Aku tak hairan kalau ianya terjadi pada zaman dahulu kala dimana semua orang hanya akan mementingkan diri sendiri.

Namun apa yang membuatkan aku musykil bilamana dinyatakan bahawa undang-undang negara China yang menyebabkan tidak ada orang yang sanggup untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Ramai masyarakat di China tidak sanggup untuk menghulurkan bantuan dalam kes seperti ini kerana takut dipersalahkan dan dihukum untuk membayar pampasan kepada mereka yang ditolong. Undang-undang yang sangat pelik dan sangat tidak berperikemanusiaan.

Source: Dailymail

Lelaki Minta Bantuan Polis Untuk Mengelakkan Diri Dari Isteri Kuat Nafsu Seks


Pada kebiasaannya, lelaki lebih banyak dikaitkan dalam hal seks. Pada pandangan masyarakat, lelaki mempunyai nafsu seks yang lebih kuat dan keinginan untuk melakukan hubungan seks lebih tinggi berbanding wanita. Itu hanya pandangan masyarakat sahaja.

Tapi, lain pula yang berlaku di Berlin, Germany. Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan pihak polis untuk mengelakkan diri dari isterinya yang mempunyai keinginan seks yang tinggi.

Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam. “Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks,” katanya. - myMetro

Apa yang aku belajar dalam biology, kaum wanita tidak mempunyai had atau limit dalam hubungan badan ni. Lain pula untuk kaum lelaki. Selepas ejakulasi, seorang lelaki harus berehat lebih kurang sejam sebelum boleh malakukannya semula.

Pada pandangan aku, sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja dalam hal seks. Namun wanita berasa malu untuk mengakuinya berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika orang berpandangan lelaki lebih kuat nafsu berbanding wanita. Dan tidak hairan jugalah jika kes sebegini berlaku.

Jadi, kepada isteri-isteri yang mempunyai keinginan yang tinggi seperti berita diatas, berikanlah masa rehat yang berkualiti untuk suami korang berehat supaya dapat menikmati hubungan badan yang lebih memuaskan :)


Keputusan Penuh Pilihanraya Parlimen Batu Sapi Dan Dun Galas


Hari ini, 4 November merupakan hari membuang undi bagi DUN Galas dan juga Parlimen Batu Sapi yang mula dibuka pada jam 8 pagi.

Jadi berikut adalah keputusan penuh dan terkini untuk kedua-dua PilihanrayaDUN Galas Dan Parlimen Batu Sapi yang dipetik dari Berita Harian Online.

Untuk Parlimen Batu Sapi, Calon BN, Datin Linda Tsen Menang dengan Majoriti 6,359 undi menewaskan 3 calon lain iaitu Datuk Yong Teck Lee dari SAPP dengan undi sebanyak 2,031 undi, dan calon PKR Ansari Abdullah dengan 3,414 undi.

Manakala untuk DUN Galas pula, BN merampas kerusi DUN Galas selepas menewaskan calon PAS dengan dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil hari ini.

Calon BN, Ab Aziz Yusoff memperolehi 5,324 undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang memperolehi 4,134 undi.

Namun Pilihanraya DUN Galas dicemari sedikit insiden pergaduhan yang menyebabkan seorang ahli puteri UMNO cedera.

Syabas diucapkan kepada calon-calon yang menang. Semoga apa yang korang janjikan kepada pengundi semasa kempen pilihanraya ditunaikan. Jangan janji kosong okeh?

p/s: Jangan pula ada lagi yang nak bergaduh selepas ini ok?


Lagi Kisah Pembunuhan | Mayat Remaja Wanita Dalam Beg


Saban hari, ada saja berita tentang kes pembunuhan yang berlaku di sekeliling kita. Sepertinya, nyawa manusia sudah tidak berharga lagi bila diperlakukan seperti seekor ayam. Bila sampainya waktu ayam tersebut untuk disembelih, bisa saja manusia menamatkan nyawanya begitu sahaja.

Selepas kita dikejutkan dengan kisah Pembunuhan Kejam Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, kali ni, terbaca lagi berita Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian. Mayat remaja perempuan ni ditemui oleh seorang pekerja bengkel di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang pada hari khamis lepas (semalam).

Menurut pihak polis, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain, kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah beg pakaian sebelum membuangnya. Daripada pemeriksaan awal juga mendapati mangsa mungkin berusia belasan tahun. Mangsa juga mungkin baru dibunuh berdasarkan keadaan mayat semasa ditemui.

Sungguh menyedihkan bila banyak kejadian seperti ini berlaku dalam masyarakat kita. Mungkinkah inilah takdirnya hidup remaja tersebut akan berakhir dalam sebuah beg pakaian? Ataukah ada cara lain untuk kita menangani masalah seperti ini?

Namun, jangan kita letakkan kesalahan 100% keatas si pembunuh, kerana dia tidak diajar untuk menghargai sebuah kehidupan, tetapi dia diajar untuk mendurjanakan dunia ini.


Pilihanraya | Kerusi Parlimen Batu Sapi Dan DUN Galas


Pilihanraya datang lagi, kali hanya membabitkan bahagian kecil saja. Namun pastinya semua calon mahukan kemenangan dalam pilihanaraya ni. serentak hari ni, penamaan calon bagi kerusi Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Kedua-dua pilihanraya DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi akan dijalankan pada 4 November tahun ni, 2010. Jadi siapa-siapa yang dah cukup umur, di kawasan ni serta dah mendaftar sebagai pengundi, sila jalankan kewajipan anda.

Kalau dengar nama DUN Galas, mungkin ramai yang tahu, tapi Parlimen Batu Sapi? Tahu tak? Ok, Parlimen Batu Sapi adalah kawasan Parlimen di Sandakan Sabah. Jadi, aku sebagai warga Sabah at least tahu la kan apa yang berlaku kat sana. ehehe

Dari berita yang aku baca, Kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan juga Parti Progresif Rakyat SAPP.

Dewan Undangan Negeri Galas pula menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara calon Barisan Nasional dan PAS.

Namun ianya bergantung juga sebab selepas penamaan calon, mereka diberikan tempoh sejam untuk membuat batahan samaada calon tersebut layak untuk dicalonkan atau tidak. Setakat entri ni ditulis, belum ada perubahan dan tempoh untuk batahan masih lagi aktif.

Hmm, agak-agak korang siapa yang menang dalam kedua-dua pilihanraya ni? Adakah BN, PKR, SAPP dan PAS?

Kalau nak sentiasa update dengan berita ni, boleh terjah Batu Sapi Parliament And Galas State Election

p/s: Aku risau nanti akan ada pergaduhan meletus antara kedua belah parti bertanding bila dah obses sangat dengan pilihanraya ni. Aku tak nak ambil tahu sangat, cukup sekadar tahu isu semasa.


Wayne Rooney Jadi Pemain Paling Mahal Dalam Sejarah


Kisah Wayne Rooney yang ingin meninggalkan Manchester rasanya masih lagi panas. 5 hari yang lepas, aku ada menulis mengenai keinginan Wayne Rooney meninggal Manchester United. Dan 2 hari yang lepas Wayne Rooney Main Tarik Tali apabila dia yang beria-ia nak tinggalkan Manchester United pada mulanya tiba-tiba menukar fikiran dengan menandatangani kontrak 5 tahun dengan MAnchester United.

Macam pelik juga dengan perangai si Rooney ni. Yalah kan, kata tak nak terus stay dengan Manchester, tapi tiba-tiba pula tandatangan perjanjian. Pada pendapat aku, mungkin dia kecewa kot sebab dia tak diturunkan dalam kesebelasan utama skuad United. Tapi ada juga member bagi pendapat lain. Katanya, Rooney mungkin diberi imbuhan lain jika stay dengan United.


Dan mungkin pendapat member aku tu benar. Tadi masa aku belek-belek akhbar, terbaca berita mengenai Rooney yang pergi bercuti dengan isterinya ke Dubai. Dan dalam laporan tu, rupanya kontrak yang Rooney tandatangan hari tu membolehkan si Rooney dibayar £200,000, bersamaan dengan RM977,238 seminggu?!

Dengan kontrak ni, Rooney jadi pemain yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam sejarah buat masa ni!

Mungkinkah Rooney berubah fikiran sebab dia dapat gaji banyak tu? Cuba bayangkan, dalam seminggu 200,000 dollar. sebulan dah jadi 800,000 dollar! Wah! Ada kemungkinan juga disebabkan duit. Tapi, itu semua hanya Rooney saja yang Tahu.

p/s: Di Malaysia ni, siapa yang dibayar gaji RM977,238 seminggu?


Buaya Sebabkan Kapal Terbang Terhempas

Pelik Tapi benar

Seekor buaya yang disembunyikan dalam sebuah beg sukan seorang penumpang kapal terbang menyebabkan kapal terbang itu terhempas. Buaya itu dipercayai disembunyikan oleh penumpang tersebut dan berhasrat untuk menjual buaya tersebut.

Namun buaya tersebut terlepas semasa dalam penerbangan menyebabkan suasana menjadi panik dalam kapal terbang. keadaan panik tersebut menyebabkan kapal terbang kecil jenis Let410 hilang keseimbangan dan terhempas di sebuah rumah kosong dan menyebabkan 19 orang penumpang terbunuh.

Sifat tamak membawa kerugian. Kalaulah penumpang tersebut tak sembunyikan buaya tu, mesti diorang masih hidup lagi. Dah tahu buaya tu binatang liar yang bahaya, lagi nak buat macam tu. ish3



Nama Taufan Semua Cantik-Cantik

Korang tak bingung ke? Aku bingung jugalah kan. Buka newspaper online, tengok-tengok160,000 orang dipindah di Hong Kong dipindahkan gara-gara taufan Megi. Taufan ni dikatakan yang paling kuat melanda Asia setakat ni. Fuh taufan megi. lawa nama tapi kesannya bukan alang-alang.

Teringat tahun 90 an dulu di Sabah dilanda Ribut Greg. Memang heboh masa tu. Sabah yang fames dengan jolokan negeri di bawah bayu sebab tak pernah ada angin sekuat tu melanda Sabah. tup-tup uncle Greg lalu kat sana. Kelam kabut jadinya.

Kebanyakan nama ni cantik. Ada lagi, Taufan Katrina, Taufan Guba, Taufan Gustav, Taufan India Timur, Taufan Ketsana, Taufan Sepat, Taufan Sidr, Taufan Ului, Taufan Xangsane.

Tu baru sikit aku jumpa kat wikipedia. Ada lagi banyak tapi aku malas nak senaraikan kat sini. Suka sangat nak namakan taufan ni dengan nama yang lawa-lawa. Bagi la nama buruk ke. Dah tu kebanyakan nama orang puteh. takde ke nama dalam melayu.

Taufan siti ke, Taufan Tijah. Mungkin Taufan Fitrihadi pun boleh juga. hahaha. jangan marah ye fit. ehehe


Bakal Pengantin Hilang Ditemui | Rozaliya Mat Lazim

Berita kehilangan bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim terjawab bila dia ditemui oleh pasukan polis di kawasan Bukit Bintang, ibu negara semalam (Rabu). Macam-macam berita yang aku dengar mengaitkan kehilangan Rozaliya. antaranya adalah penglibatan tunang gadis ni, Mohd Hilmi Mohd Nor dan juga seorang peminat Rozaliya,  Amir, seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi berasal dari Batu Berendam.

Tapi semuanya terungkai selepas penemuan Rozaliya Mat Lazim di Kawasan Bukit Bintang di ibu negara. Dia juga sempat bekerja selama 2 hari di sebuah kedai serbaneka sebelum disedari oleh penyelianya bahawa pekerjanya tu adalah orang yang dilaporkan hilang.

Rozaliya dikatakan enggan meneruskan perkhawinan yang dirancang pada 12 November tahun ni (2010).

Jadi maksudnya semua spekulasi berkaitan gadis ni sudah pun terjawab. Tiada siapa pun yang terlibat dengan kehilangan gadis ni. Dia sendiri yang menghilangkan diri. Dan sms yang diterima tunangnya tu juga mungkin adalah rekaan gadis tersebut.

Aku tak faham juga, kalau ada masalah, kenapa tak bawa bincang dengan keluarga dia. Bagitau tak nak kahwin sudah. Kan senang. Ni sampai nak susahkan semua orang. Sampai 1 negara fikir dah jadi macam-macam. Nak tuduh menuduh salah siapa. Dah heboh 1 Malaysia.

Mungkin tekanan kot dengan perangai tunang dia tu, tapi takan sampai nak buat macam tu pula kan. Dah jadi bahan berita. Kalau aku, mesti malu ah. So lepas ni, sebelum nak buat apa-apa keputusan, sila berfikir masak-masak kesan dan akibat perbuatan kita tu.


Kalau macam Ni Susahlah

Kerajaan dah naikkan harga Minuman keras dan rokok. Nampaknya banyak pihak akan marah dengan Perdana Menteri dan kerajaan pada umumnya apabila kenaikan harga ni dilaksanakan. Niat kerajaan baik Sebenarnya, namun si penagih arak dan rokok ni tak tahu nak berterima kasih dengan niat baik tu. Kan benda tu haram?? Kenapa nak marah kan?

Tapi langkah ni rasanya tak dapat membendung masalah ketagihan rokok dan arak dikalangan rakyat Malaysia. Mana taknya, kalau harga pasaran untuk barangan rokok dan arak ni naik, industri penyeludupan pula bermaharaja lela.

Terbaru dalam berita kosmo yang aku baca, Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai RM1.8 juta dipercayai diseludup masuk ke Tawau Sabah.

Ni baru sikit beb. Rasanya banyak lagi yang berlaku tapi diorang tak jumpa dan tak dapat tangkap.