Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah Angkat Sumpah Yang Dipertuan Agong Ke-14 - Daulat Tuanku



Yang Dipertuan Agong ke 14 Negara, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah selamat mengangkat sumpah di Istana Negara pagi tadi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13 semalam.

Tuanku Abdul HAlim dipilih menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh 5 tahun berkuatkuasa hari ini.

Gambar @ NST

Ini merupakan kali ke 2 Tuanku Halim dipilih menjadi Yang Diprtuan Agong selepas pernah dipilih pada tahun 1970 untuk tempoh 5 tahun sehingga tahun 1975.

Kami mendoakan kesejahteraan Tuanku agar dapat menyempurnakan tugas dengan baik dan menyatukan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.

Daulat Tuanku!


Keputusan Peperiksaan STPM 2010 Diumum 21 Februari Ini


Hari yang dinanti oleh semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan Sijil Tinggi Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tahun 2010 akan diumumkan pada hari isnin bersamaan 21 Februari 2011.

Jadi, pada semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan, korang boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula dari tengah hari 21 Februari 2011. Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos.

Kalau korang malas nak datang ke sekolah atau malu nak jumpa kawan-kawan, keputusan peperiksaan juga boleh diketahui melalui khidmat pesanan ringkas. Cara untuk menyemak keputusan peperiksaan STPM melalui sms, taip STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 36363 atau dengan menaip KEPUTUSAN STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan STPM juga boleh disemak melalui laman web Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula dari tengah hari hari isnin ni.

Jadi selamat berjaya pada semua calon STPM 2010, semoga mendapat keputusan yang cemerlang!


Justin Bieber's Never Say Never 3D Movie


Justin Bieber, penyanyi muda berusia 17 tahun yang menjadi pujaan ramai mendaki 1 lagi anak tangga dalam kerjayanya bila filem yang menceritakan kisah bagaimana dia mendaki ke puncak kemashyuran, Never Say Never 3D Movie bakal ditayangkan tahun ini 2011.


Filem ini mengadaptasikan kisah bagaimana seorang budak yang berasal dari sebuah bandar kecil, iaitu Justin Bieber mencapai cita-cita dan impiannya menjadi penyanyi pujaan ramai. Tonton trailer Justin Bieber's Never Say Never 3D Movie di bawah dan korang akan faham serba sedikit mengenai filem Never Say Never ini.


Filem ini akan mula menemui peminat pada bulan ini, pada tarikh 11 February bermula di USA. Manakala peminat Justin Bieber di Malaysia pula boleh menonton filem ni pada bulan April nanti. Tarikh tayangan filem Never Say Never 3D Movie ni di Malaysia dan Singapore adalah pada 14 April 2011.


Movie Review: Season Of The Witch


Kalau korang peminat filem yang boleh menyebabkan adrenalin mengalir laju dan filem yang penuh dengan persoalan, Filem Season Of The Witch arahan Dominic Sena lakonan Nicholas Cage adalah salah satu filem yang boleh dipilih sebagai pembukaan tahun 2011 ni.


Filem ni mula ditayangkan di Malaysia pada 6 januari 2011, dan semalam, aku berkesempatan menonton filem Season Of The Witch ni kat Times Square GSC.

Filem Season Of The Witch ni mengisahkan Behmen, seorang knight lakonan Nicholas Cage dan Felson, lakonan Ron Perlman pada abad ke 14 cuba menghantar seorang wanita yang disyaki sebagai seorang ahli sihir yang menyebabkan wabak penyakit yang membawa maut ke sebuah tempat terpencil dimana terdapat paderi yang akan menentukan samaada wanita tersebut, lakonan Claire Foy bersalah ataupun tidak.

Mereka menempuh bermacam rintangan dalam perjalanan ke tempat itu sehingga 2 orang rakan mereka terbunuh. Tengok Trailer filem Season Of The Witch ni dulu.


Filem ni menarik, dengan idea cuba ditonjolkan. Cara penceritaan dan juga cara cerita ini berkembang. Filem ni juga memnpunyai unsur yang kejutan dan penonton akan tertanya-tanya apa akan terjadi selepas ini.

Namun beberapa kelemahan dalam filem ni seperti watak ahli sihir wanita tidak ditonjolkan dengan baik, dan aku tertanya-tanya pada permulaan filem ni dari mana datangnya wanita tersebut. Dan dari watak wanita tersebut, dia kelihatan seakan seorang yang bersalah, tapi mereka tidak dapat memutuskan samada wanita itu tidak bersalah atau tidak.

Lakonan Nicholas Cage sebagai seorang knight pada kurun ke 14 juga juga seakan tidak berkesan berbanding dengan watak hero Cage dalam filem-filem zaman moden.

CGI filem ni juga tidaklah sehebat mana walaupun kita tahu bahawa teknologi CGI filem-filem Hollywood hebat-hebat belaka. Watak Ahli sihir yang menonjolkan diri sebenarnya pada penghujung cerita tidak memberi kesan. Dia hanya kelihatan seperti seekor kelawar besar dan penutup cerita ini tidak sebaik yang dijangka.

Pada keseluruhannya, aku nak bagi juga 3 bintang  dari 5 untuk filem ni dengan debaran dan plot cerita yang bolehlah memuaskan nafsu menonton filem aku. Berbaloi juga dengan RM8 harga tiket, walaupun filem ini tak seperti yang aku dijangka.