Showing posts with label Kanak-kanak mati dilanggar. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak mati dilanggar. Show all posts

Yue Yue, Gadis Di China Berusia Dua Tahun Yang Dilanggar Dua Kali Akhirnya Meninggal Dunia



Minggu ini, dunia dikejutkan dengan kejadian yang berlaku di China dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dibiarkan oleh orang ramai di tepi jalan selepas dilanggar sebanyak 2 kali oleh sebuah van dan sebuah lori.


Video yang dirakamkan menunjukkan kanak-kanak itu dilanggar oleh sebuah van yang terus berlalu pergi selepas melanggar budak tersebut. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut hanya melihat kanak-kanak tersebut namun tidak melakukan apa-apa. Selepas itu, kanak-kanak tersebut dilanggar sekali lagi oleh sebuah lori. hanya selepas itu barulah seorang wanita memindahkan kanak-kanak terebut ke tepi jalan.

Hari ini, selepas seminggu kejadian tersebut, kanak-kanak perempuan tu ahirnya meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan dan kegagalan fungsi otak.


Sungguh menyedihkan kejadian macam ni boleh terjadi dalam dunia moden, Bila semua sedar tanggungjawab masing-masing. Aku tak hairan kalau ianya terjadi pada zaman dahulu kala dimana semua orang hanya akan mementingkan diri sendiri.

Namun apa yang membuatkan aku musykil bilamana dinyatakan bahawa undang-undang negara China yang menyebabkan tidak ada orang yang sanggup untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Ramai masyarakat di China tidak sanggup untuk menghulurkan bantuan dalam kes seperti ini kerana takut dipersalahkan dan dihukum untuk membayar pampasan kepada mereka yang ditolong. Undang-undang yang sangat pelik dan sangat tidak berperikemanusiaan.

Source: Dailymail