Showing posts with label Sukan Sea. Show all posts
Showing posts with label Sukan Sea. Show all posts

Laman Sesawang Harian Malaysia Digodam Selepas Indonesia Kalah Dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea



Mungkin peminat yang tidak dapat menerima tamparan di atas kekalahan Indonesia dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea terhadap Malaysia, laman berita Harian Malaysia digodam sejurus perlawanan tamat yang berkesudahan Indonesia Tewas 4-3 dalam penentuan Sepakan Penalti.

Carian Google Sebelum Digodam


Carian Google Sejurus Digodam

Laman web Harian Malaysia di http://harianmalaysia.my/ tidak dapat diakses selepas perlawanan tamat. Mungkin Geram dengan kekalahan pasukan kesayangan, apatah lagi ini kekalahan kali ke 2 ke atas Malaysia Di gelanggang sendiri selepas mengalami kekalahan dalam Piala Suzuki yang lalu. Hackers menggodam Laman web ini.


Laman Tidak Dapat Diakses Hanya Tulisan Ini yang Muncul
dan Ditulis Dalam Bahasa Indonesia

Tidak pasti sejauh mana kebenaran dan siapa pelaku sebenar yang menggodam laman sesawang ini. Sesiapa pun mampu melakukannya dan mungkin juga ada pihak yang ingin mengeruhkan hubungan kedua negara. Just think Positif.

Apa yang kita harapkan hanyalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain mahupun peminat diluar padang, dalam apa jua permainan, apa jua sukan. Kalah atau menang adat permainan. Kalau tak kalah, tak mungkin dapat mencari kesilapan, dan kalau tak menang, cara penyelesaian terhadap masalah tidak berkesan.


Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea Edisi Ke 26: Malaysia Juara!



Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA Antara Malaysia Menentang Musuh Tradisi, Indonesia berpihak kepada Malaysia apabila Malaysia menang Melalui Sepakan Penalti. Syabas Harimau Muda Malaysia!

Impian Malaysia untuk menjadi juara Sukan SEA menjadi kenyataan untuk edisi ke 26 malam ni. Walaupun Pasukan Indonesia berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 5 perlawanan, semangat menentang pasukan Malaysia tidak goyah. Serangan demi serangan akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia menyumbat gol penyamaan minit ke 53.

Gol pasukan Indonesia berpunca dari sepakan sudut dan tandukan pemain pertahanan Indonesia, Gunawan yang tidak dikawal terus masuk ke gawang gol Pasukan Malaysia. Pada minit ke 35 perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asrarudin Putra. Kedudukan berlanjutan hingga masa tambahan yang masih terikat dengan kedudukan 1-1.

Dan penentuan Sepakan penalti berpihak kepada Malaysia apabila menang 4-3 sepakan penalti. Syabas Harimau Muda! Dengan kemenangan ini, Malaysia memegang Emas untuk edisi 26 Sukan SEA.

Walaubagaimanapun dari apa yang aku tengok, masih terdapat banyak ruang untuk improvement. banyak kesilapan dan kelemahan yang masih boleh diperbaiki. Pasukan Indonesia juga tidak kurang hebatnya, namun mungkin Tuah memihak Malaysia untuk Edisi kali ini.

Juara asia Tenggara sudah menjadi milik Malaysia untuk kali ke 2 berturut-turut. So kepada pasukan Bola Sepak Malaysia, lepas ni target untuk Piala Asia Pula!