Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts

Pilihanraya | Calon PKR Parlimen Batu Sapi Jatuh Laut


Lucu pula aku rasa lepas terbaca berita berkaitan Pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi ni. Rasanya sekarang ni, semua calon bertanding tengah hangat dengan kempen untuk meraih undi daripada para pengundi.

Tapi lain pula yang terjadi pada calon PKR yang bertanding untuk kerusi Parlimen Batu Sapi. Apa yang terjadi pada calon PKR Parlimen Batu Sapi mungkin akan menjadi antara kenangan pilihanraya yang sukar dilupakan. Apa tidaknya, calon PKR, Ansari Abdullah terjatuh dalam laut bila jeti yang dinaikinya di Pulau Api-Api saja tiba-tiba roboh.

Masa kejadian tu, Ansari bersama beberapa krew NTV 7 berada dalam misi mereka untuk mengumpul maklumat kononnya. Tapi syukurlah, semuanya selamat dan tiada kecederaan berlaku. Cuma basah kuyup. Tapi Telefon Blackberry dan kamera Ansari Abdullah yang bernilai kira-kira RM4000 rosak kerana jatuh dalam laut.

Malanglah nasib kau kali ni. Mungkinkah ini petanda yang dia ni akan kalah? Atau mungkinkah ini petanda yang dia ni akan menang? Tiada siapa pun yang tahu. Sama-samalah kita nantikan keputusan Pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi ni.

sumber berita Calon PKR Batu Sapi Jatuh Laut

Pilihanraya | Kerusi Parlimen Batu Sapi Dan DUN Galas


Pilihanraya datang lagi, kali hanya membabitkan bahagian kecil saja. Namun pastinya semua calon mahukan kemenangan dalam pilihanaraya ni. serentak hari ni, penamaan calon bagi kerusi Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Kedua-dua pilihanraya DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi akan dijalankan pada 4 November tahun ni, 2010. Jadi siapa-siapa yang dah cukup umur, di kawasan ni serta dah mendaftar sebagai pengundi, sila jalankan kewajipan anda.

Kalau dengar nama DUN Galas, mungkin ramai yang tahu, tapi Parlimen Batu Sapi? Tahu tak? Ok, Parlimen Batu Sapi adalah kawasan Parlimen di Sandakan Sabah. Jadi, aku sebagai warga Sabah at least tahu la kan apa yang berlaku kat sana. ehehe

Dari berita yang aku baca, Kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan juga Parti Progresif Rakyat SAPP.

Dewan Undangan Negeri Galas pula menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara calon Barisan Nasional dan PAS.

Namun ianya bergantung juga sebab selepas penamaan calon, mereka diberikan tempoh sejam untuk membuat batahan samaada calon tersebut layak untuk dicalonkan atau tidak. Setakat entri ni ditulis, belum ada perubahan dan tempoh untuk batahan masih lagi aktif.

Hmm, agak-agak korang siapa yang menang dalam kedua-dua pilihanraya ni? Adakah BN, PKR, SAPP dan PAS?

Kalau nak sentiasa update dengan berita ni, boleh terjah Batu Sapi Parliament And Galas State Election

p/s: Aku risau nanti akan ada pergaduhan meletus antara kedua belah parti bertanding bila dah obses sangat dengan pilihanraya ni. Aku tak nak ambil tahu sangat, cukup sekadar tahu isu semasa.