Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah Angkat Sumpah Yang Dipertuan Agong Ke-14 - Daulat Tuanku



Yang Dipertuan Agong ke 14 Negara, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah selamat mengangkat sumpah di Istana Negara pagi tadi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13 semalam.

Tuanku Abdul HAlim dipilih menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh 5 tahun berkuatkuasa hari ini.

Gambar @ NST

Ini merupakan kali ke 2 Tuanku Halim dipilih menjadi Yang Diprtuan Agong selepas pernah dipilih pada tahun 1970 untuk tempoh 5 tahun sehingga tahun 1975.

Kami mendoakan kesejahteraan Tuanku agar dapat menyempurnakan tugas dengan baik dan menyatukan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.

Daulat Tuanku!


No comments:

Post a Comment