Showing posts with label Tentang Hidup. Show all posts
Showing posts with label Tentang Hidup. Show all posts

Bersedia Menghadapi Cabaran


Bulan pertama di tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya. Kini ada 11 bulan, bersamaan dengan 335 hari lagi kita berada dalam tahun 2011. Semakin kita bergerak ke depan mengikut arus masa, tekanan semakin dirasai. Dunia yang semakin maju, segalanya bergerak semakin pantas. Kita juga kena pantas menyambar semua peluang yang ada. Terleka sedikit pasti mengundang padah!


Kita pastinya inginkan yang terbaik dalam semua hal. Semua mengejar sesuatu yang terbaik buat diri sendiri, mahupun untuk keluarga tercinta. Tidak kira dalam kerjaya, mahupun dalam kehidupan harian. Begitu juga dengan aku.

Aku inginkan yang terbaik, berusaha sedaya upaya sambil mengharapkan hasilnya juga setimpal dengan usaha. Namun kadang-kadang, apa yang kita usahakan tidak membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.


Sebelum ini, aku berjanji kepada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik. Dalam pelajaran, mahupun dalam dunia Blogging ni. Namun belum pasti hajat hati ini akan terlaksana dengan jayanya. Untuk pelajaran? Itu sudah pasti akan aku lakukan sebaik mungkin. Tapi untuk blog ini? Tiada jaminan.

Pernah suatu ketika aku berjanji untuk berusaha lebih gigih dengan blog, mengimpikan rezeki seperti redmummy, mahupun kennysia. Kalau tak sampai separuh dari apa yang diorang dapat dari blog, mungkin 1 per 5 pun sudah memadai.

Tapi seperti hangat-hangat tahi ayam. Permulaan tahun ini, aku jarang sangat menulis. Apatah lagi untuk membalas komen-komen dan membalas kunjungan mereka yang berkunjung ke blog ini. Masa seperti mencemburui aku. Balik sahaja dari kelas, niat dihati nak menulis sesuatu dan melawat rakan-rakan alam maya. Namun diri terasa penat. Jadi, masa yang ada hanya digunakan untuk tidur dan menelaah pelajaran.


Mungkin aku perlukan sedikit perubahan, menyelaraskan segalanya dan menyusun kehidupan supaya lebih teratur. Ada masa untuk melakukan semua hajat dihati. Bak kata lecturer aku,

Everybody has 24 hours a day, 7 days a week. Why you can't do it but they can?

Cabaran dalam hidup, adalah 1 lumrah alam. Itulah yang menjadikan hidup ini menarik. Oleh sebab itulah cabaran harus dihadapi untuk menikmati hidup yang menarik.

Lelaki Menyukai Wanita Seksi Tapi Mencintai Wanita Tutup Aurat


Pernah tak korang dengar ungkapan ni yang keluar dari mulut seorang wanita terhadap lelaki?

"Ceh! pantang nampak perempuan seksi dah mula la gatal!"

Percaya atau tidak, ini memang selalu terjadi, bahkan dengan diri aku sendiri. Dan inilah yang ada dalam fikiran semua orang terutamanya kaum wanita. Wanita seksi bagai magnet terhadap kaum lelaki. Betul tak wahai wanita budiman?

Aku sebagai seorang lelaki  juga setuju bahawa lelaki sebenarnya suka dengan wanita seksi.  Siapa yang tak terliur kan? Apatah lagi kalau diorang ni manja. Auuww! Korang tanya Abang Hans pasti dia setuju.

Jangan salahkan aku. Sila faham, ini adalah sifat semulajadi lelaki. Jadi, nasihat untuk wanita yang belum berpunya dan susah nak dapat teman lelaki, korang ubah penampilan jadi seksi dan manja, pasti ada saja mata yang memandang penuh selera.

Namun, ada 1 perkara yang kaum wanita tidak mengerti. Lelaki memang menyukai wanita yang seksi dan gedik, namun diorang mencintai wanita yang menutup aurat. Aku terimbas kembali kata-kata seorang member bila kami borak satu petang.

"weh, korang rasa kalau awek yang seksi tak tutup aurat ni diorang ok ke kalau pakwe diorang pegang tangan masa dating"?

"Aku nak cari awek yang seksi takde tudung, kalau dating boleh pegang tangan. Kalau awek yang baik-baik dan pakai tudung, aku nak jadikan calon isteri"

Korang harus faham apa keinginan jangka pendek dan keinginan jangka panjang seorang lelaki dari seorang wanita. Seorang awek seksi hanya dijadikan teman untuk jangka masa pendek, manakala wanita yang baik dijadikan teman seumur hidup.

Mungkin, bukan semua akan menurut hukum ni, tapi kebanyakan akan menurut hukum ini.

So, kalau korang dengar ada kes rogol, sila faham. Si lelaki ni tak kuat iman menahan godaan.

So, wahai wanita, sila jangan goda lelaki dengan memakai pakaian yang ketat sana sini tunjuk bentuk badan atau tunjuk lurah sana sini, konon lurah dia la paling dalam. Takut kalau lelaki tu nak explore lebih-lebih.

Apa pula pandangan korang?


Adakah Benar Orang Malaysia Pentingkan Pangkat Dan Duit


Mungkin isu ini sedikit sebanyak akan mengguris hati sesetengah pihak, namun ini hanyalah pandangan aku seorang. Pada pandangan aku, mungkin ada benarnya pernyataan bahawa orang malaysia ni pentingkan pangkat dan duit.

Sebagai pembuka cerita, semalam aku dan seorang lagi member terlihat 1 iklan untuk kerja part time. Dan kerana kami memang bercadang nak bekerja part time untuk menampung kos hidup yang tinggi di Shah Alam ni, kitorang pun try la contact nombor yang tertera pada iklan tersebut.

Tepat jam 9 malam, aku dan member seorang ni datang berjumpa dengan diorang yang tengah cari orang nak kerja part time tu. So to my surprise, diorang ni sebenarnya buat business MLM atau Multilevel Marketing.

Dengan ayat manis dan cantik, orang tu terangkan macamana nak dapatkan duit, nak lipat gandakan pelaburan yang dia minta dengan kami.

"Kalau korang join dengan kami, saya jamin dalam masa 1 atau 2 minggu korang boleh dapat RM1,000 atau RM2,000"

"Tapi kena berusaha sedikit, kena keluar duit sikit kalau nak buat duit dengan kami ni"

"Ala sikit je, RM500 je, tak banyak pun"

Itu adalah antara apa yang dia terangkan dengan kami masa tu. And to my surprise,

"Ala, korang sanggup ke nak kerja kat KFC ke, McD ke semata-mata nak duit"?

"Sanggup ke korang bagitau Awek korang yang korang kerja KFC"?

"Mesti awek korang malu kalau diorang tau korang kerja kat KFC, ye tak"?

Ayat mamat ni lah yang membuka mata aku dan mmbuat aku berfikir,

"macam ni ke rakya Malaysia"?

Asyik nak jadi bos? Jadi, tak sanggup kerja pangkat rendah biarpun duit takde?

Kenapa tak sanggup buat apa saja kerja demi sebuah kehidupan? adakah harta benda yang melimpah ruah akan kita bawa mati? Dunia di sana tidak sama dengan dunia ini.

Ya, tidak dinafikan bahawa hidup perlukan harta, tapi jangan sampai kita hidup kerana duit dan jadi hamba duit kerana di akhir nanti, ianya sama sekali tidak akan berguna.


Lagi Kisah Pembunuhan | Mayat Remaja Wanita Dalam Beg


Saban hari, ada saja berita tentang kes pembunuhan yang berlaku di sekeliling kita. Sepertinya, nyawa manusia sudah tidak berharga lagi bila diperlakukan seperti seekor ayam. Bila sampainya waktu ayam tersebut untuk disembelih, bisa saja manusia menamatkan nyawanya begitu sahaja.

Selepas kita dikejutkan dengan kisah Pembunuhan Kejam Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, kali ni, terbaca lagi berita Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian. Mayat remaja perempuan ni ditemui oleh seorang pekerja bengkel di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang pada hari khamis lepas (semalam).

Menurut pihak polis, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain, kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah beg pakaian sebelum membuangnya. Daripada pemeriksaan awal juga mendapati mangsa mungkin berusia belasan tahun. Mangsa juga mungkin baru dibunuh berdasarkan keadaan mayat semasa ditemui.

Sungguh menyedihkan bila banyak kejadian seperti ini berlaku dalam masyarakat kita. Mungkinkah inilah takdirnya hidup remaja tersebut akan berakhir dalam sebuah beg pakaian? Ataukah ada cara lain untuk kita menangani masalah seperti ini?

Namun, jangan kita letakkan kesalahan 100% keatas si pembunuh, kerana dia tidak diajar untuk menghargai sebuah kehidupan, tetapi dia diajar untuk mendurjanakan dunia ini.


Dunia Durjana, Kita Penyebabnya


Masih aku ingat dulu masa masih kat sekolah menengah, cikgu aku pernah tanya kat kelas;

what do you think about life?”

Ramai yang jawab masa tu, life is happy, life is sad, life cruel dan macam-macam lagilah jawapan diorang. Siap ada yang jawab, life is like hell. Bila sampai turn aku, aku jawab;

“life as how we see it”

Cikgu terdiam. Dia tak dapat cakap apa-apa. Lepas beberapa ketika cikgu kata
”very intelligent answer”

Ceh, Hebat sangat kot jawapan aku tu sampai cikgu pun cakap macam tu.

Tapi bila kita fikirkan, benar hidup ini adalah seperti apa yang kita fikirkan, apa yang kita nampak, apa yang kita inginkan. Kalau kita nak ada isteri banyak, maka kita akan dapat isteri banyak. Kalau kita fikir hidup ini susah, maka susah lah jadinya. Kalau kita fikir hidup ini senang. Maka senang lah jadinya. Sebab apa yang kita fikirkan itu akan mencorakkan kehidupan kita.

[ gambar ]

Setengah orang menganggap hidup ini bagaikan neraka. Jadi kenapa tidak kita berusaha merubah hidup kita supaya tak jadi macam neraka? Caranya? Titipkan kasih sayang dalam diri masing-masing. Ajarkan kanak-kanak kecil agar saling menyayangi sesama manusia. Bukan ajar kanak-kanak bagaimana nak cari wang, bagaimana nak kaya.

funny,life
[ gambar ]

Bila kita banyak mengajar kanak-kanak kecil ni tentang kehidupan duniawi, nescaya mereka hanya akan memikirkan kehidupan dunia sahaja bila sudah dewasa. Hanya akan fikirkan bagaimana nak cari wang, nak jadi kaya. Mungkin kes pembunuhan datuk sosilawati ni boleh menjadi bukti manusia sekarang hilang pertimbangan dek keinginan duniawi. Sebabnya? Kita semua boleh fikir.

Bila dunia semakin menjadi durjana, jangan salahkan sesiapa. Jangan salahkan orang itu kerana mungkin suatu ketika dulu, mereka tidak diajar untuk menjadi seorang yang baik tetapi diajar untuk mendurjanakan dunia ni.