Saban hari, ada saja berita tentang kes pembunuhan yang berlaku di sekeliling kita. Sepertinya, nyawa manusia sudah tidak berharga lagi bila diperlakukan seperti seekor ayam. Bila sampainya waktu ayam tersebut untuk disembelih, bisa saja manusia menamatkan nyawanya begitu sahaja.
Selepas kita dikejutkan dengan kisah Pembunuhan Kejam Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, kali ni, terbaca lagi berita Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian. Mayat remaja perempuan ni ditemui oleh seorang pekerja bengkel di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang pada hari khamis lepas (semalam).
Menurut pihak polis, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain, kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah beg pakaian sebelum membuangnya. Daripada pemeriksaan awal juga mendapati mangsa mungkin berusia belasan tahun. Mangsa juga mungkin baru dibunuh berdasarkan keadaan mayat semasa ditemui.
Sungguh menyedihkan bila banyak kejadian seperti ini berlaku dalam masyarakat kita. Mungkinkah inilah takdirnya hidup remaja tersebut akan berakhir dalam sebuah beg pakaian? Ataukah ada cara lain untuk kita menangani masalah seperti ini?
Namun, jangan kita letakkan kesalahan 100% keatas si pembunuh, kerana dia tidak diajar untuk menghargai sebuah kehidupan, tetapi dia diajar untuk mendurjanakan dunia ini.
seyes aku xphm ngan org jenis mcm ni....xtakot ke kalo org buat kt die gak>????
ReplyDeletekejam sungguh manusia sekarang ni..
ReplyDeleteYup..
ReplyDeletesekarang ni malaysia memag dah tak aman..
ade je kes bunuh..
harap2 masa akan datang takkan r jd lagi.
gila la sapa yang bunuh tu...
ReplyDeletediorang ni dah tak takut buat jenayah
ReplyDeletemental org skrg ni
ReplyDeletexpuas hati bunuh...
tolak cinta bunuh...simbah asid...
cmne nak aman....
adeh la...
so kena hati2 takut ade org xpuas hati...
kita mane tahu kan...
mintak di jauhkan lah
rakyat malaysia sekarang ini makin terpengaruh dan semakin berani... kadang 2 rasa dah tak selamat kat temapat sendiri
ReplyDelete