Pakcik Dan Makcik Bergaduh, Aku yang Takut

Pernah dengar tak peribahasa, Gajah Sama lembu bergaduh, Pelanduk mati di tengah-tengah?

Begitulah keadaan aku petang tadi. Masa tu Aku Pergi ke salah satu cafe kat kolej ni nak makan. Lapar punya pasal aku redah saja hujan petang tu nak isi perut ni.

Ni bukan gajah bergaduh, ni gajah nak mengawan

So, sampai tempat tu, keadaan aman dan tenteram. Aku masa tu punya semangat nak makan. Perut dah berkeroncong, tangan dah mengigil kerana kelaparan.

Baru je aku nak order makanan, tetiba saja makcik kat satu gerai tu berteriak diikuti pula dengan pakcik kat kedai sebelah. Dan diorang tak henti sahut menyahut. Dah tu makcik tu siap bawa batang besi lak tu.

Aku punyalah terkejut masa tu. Aku dengar diorang bergaduh pasal hal keluarga yang dah lama berlalu. Mungkin pihak yang satu lagi masih tak puas hati kot. Dan baru juga ku sedar rupanya pakcik jual nasi dan makcik jual air tu bersaudara. huhu

Mood aku nak makan terus hilang masa tu. Lapar dan tangan menggigil aku terus terhenti melihat adegan tu.

Kalau dah namanya keluarga, cubalah selesaikan sebaik mungkin. jangan simpan rasa dendam di hati. tak baik. Bukan untuk keluarga saja. Tapi semua orang.


Sebaik mungkin, singkirkan perasaan dendam di hati tu. Tu yang akan buatkan kita melakukan perkara yang nerdosa nanti. Kes bunuhlah, kes pukul orang lah.

Kalaulah tadi terjadinya kes pukul memukul tu, mesti diorang tak peduli apa nak jadi kan? Tapi cuba bayangkan, andainya seorang terbunuh dalam kes pukul pukul tu dan yang seorang lagi disabitkan kesalahan akibat mebunuh, tak ke tali gantung jawabnya?

Mesti masa tu rasa menyesal separuh mati orang kan? tapi benda dah terjadi, nak buat macamana kan?

Moral of the story, fikir dulu  sebelum mengambil tindakan dalam semua hal dan jangan ambil tindakan terburu-buru.

Ikut rasa binasa, ikut hati mati.