Dalam Dunia ni macam-macam cara orang nak tarik perhatian. Dari segi tingkah lakunya, cara berpakaian dan macam-macam lagi.
Kalau si perempuan nak tarik perhatian, mesti nak berhias secantik mungkin. Kalau yang berani sikit pakai lah pakaian seksi sikit. Kalau perempuan pakai pakaian seksi mata gatal mana yang tanak tengok kan?
Si lelaki pula pakai lah smart sikit, leh serlahkan kehenseman. Tak pun pakai pakaian berjenama sikit, mesti orang tertarik nak tengok.
Nuffnang pula disebaliknya.
Selepas beberapa bulan join NuFFnang, dah macam-macam event yang diorang anjurkan. Dari movie screening, minum kopi dengan staff NuFFnang, pergi blogger gathering dan macam-macam event yang best dan boleh menang hadiah lagi tu.
Korang tak caya? Pergi tanya abang Eyriqazz dah berapa banyak dia dapat dari event NuFFnang ni. Kalau tak silap dia pernah mention yang dia dah pernah menang hadiah hampir 7k harga kesemuanya.
aku nampak NuFFnang ni dah jadi macam bapa kepada semua blogger Malaysia ni. Tak pernah rasanya ada benda macam ni di seluruh dunia. Syarikat pengiklanan blog sangat rapat dengan blogger.
Tengok dengan google, ada dia pernah buat macam ni? Nuffnang je yang pernah buat. Pastu mulalah syarikat lain nak ikut jejak langkah diorang ni. Nuffnang layan semua blogger macam anak diorang je.
Kalau hantar email, cepat je diorang reply email. Aku pernah hantar email awal pagi kat diorang. Petang sikit dah kena reply. ok tak macam tu?
Tapi kita blogger ni yang tak tau nak appreciate. Dah Nuffnang bagi amaran jangan lakukan clik fraud atau menipu klik, nak juga kita buat. Tu maksudnya menderhaka tu. Orang bagi peluang kat kita untuk dapat sedikit kebaikan, kita nak lebih-lebih.
dulu tak pernah ada benda ni. So semua orang anggap blogging ni buang masa je. tapi lepas nuffnang muncul dan tersebarnya kisah redmummy dan kennnysia dapat berpuluh ribu dari blog, semua orang nak buat blog. baik blog sampah mahupun blog tak sampah, nak berebut-rebut join nuffnang dengan mengimpikan rezeki yang sama.
Tapi korang semua lupa, rezeki manusia bukannya sama. Redmummy dapat rezeki dari blog sebab usaha dia. dan mungkin Allah dah jadikan rezeki dia tu dari blog. Kita pula mengimpikan kisah yang sama atas usaha klik-klik ni. baik hentikan sebelum terlambat.
Dan bagi kita semua, pasti ada suatu yang lain menanti kita semua. Dan mungkin juga masanya belum sampai untuk kita dapat rezeki sedemikian.
Percayalah, bila masanya sampai untuk kita, dua tangan kita menadah pun takan cukup untuk menerima rezeki dariNYA.
No comments:
Post a Comment