Pentingkan diri adalah satu sikap yang baik. Betul kan? Yalah, kalau tak pentingkan diri, mana nak jaga diri sendiri tu nanti.
Orang pijak kepala, korang bagi, orang tikam belakang korang bagi tikam dada pula. Mati terus. Korang lapar tahap dewa, tapi bila ada orang minta makanan korang tu, senang je tangan nak hulur even tengah kelaparan.
Tapi yang tak boleh diterima ialah pentingkan diri yang melampaui batasan. Langsung tak boleh nak share benda dengan orang lain. Dia nak angkut semua benda untuk diri sendiri saja.
Kalau boleh semua kesenangan dan kekayaan adalah milik dia seorang. Tak boleh ada orang lain nak share.
Betul ke Banyak rakyat Malaysia macam tu?
Dikalangan pelajar Universiti yang aku nampak terutamanya di tempat aku, pergi kelas pakai kereta besar. Pakaian mahal-mahal. Tapi terhegeh-hegeh nak mohon biasiswa. Tak pun nak pohon Pinjaman. Diorang pula yang jadi orang pertama nak mohon.
Dan dalam masyarakat pula, orang kereta besar pula nak cari barang murah, bukan nak beri peluang pada yang tak berapa berkemampuan.
Bila harga beras naik, kerajaan keluarkan beras bersubsidi iaitu Beras Nasional. Bila sampai je beras tu kat kedai, yang aku nampak orang pakai kereta besar jadi pembeli pertama dan angkut banyak-banyak.
Bila orang yang tak berapa berkemampuan datang, beras subsidi dah habis, yang tinggal beras mahal. Kesian kat diorang tu.
Aku tak taulah kat tempat korang. Tapi tulah hakikat yang aku nampak di tempat aku.
Slogan yang selalu digunakan, yang penting aku hidup. persetankan orang lain.
Apa pula pendapat korang?
No comments:
Post a Comment