Kerana Terlebih Rajin

Pernah tak korang buat kerja yang tak sepatutnya korang buat?

Masa aku kecil dulu, aku rasa akulah budak yang paling rajin. Manakan tidak, semua budak lain kalau mandi main tanggal je pakaian pastu biar mak bapa diorang cucikan.

Tapi aku? Lepas mandi mesti cuci pakaian. Rajin kan? even mak aku kata, "tak payah la ko cuci tu nak, biar mak yang cuci"

Tapi aku tetap nak cuci juga. hehe

Dulu, rumah aku dekat sungai. Best, kalau masa mandi tanggal je pakaian terus terjun dalam sungai. Tak pernah nak takut apa pun. Pernah sekali tu, aku hampir lemas gara-gara buat gaya entah apa. Nasib je my dad masa tu ada dekat sebelah aku. Kalau tak, rasanya korang takan baca tulisan aku disini.

 Bukan sungai ni ok. Yang ni aku copet dari paci Google

Lepas tu, siap kena ceramah dengan diorang. Aku masa tu dah pucat lesi macam mayat hidup. Tapi kejap je insaf. Esoknya main lagi. haha

Tapi sekarang dah pindah tempat lain. Duduk tanah sendiri. Sungai pun jauh nak pergi. Dulu tiap hari mandi sungai, tapi sekarang, dah bertahun aku tak mandi sungai. :D

Tapi tu semua cerita zaman budak-budak dulu. Aku tak lagi rajin macam dulu. Dah makin tua, makin jadi pemalas la pula.

Baju lepas pakai main campak je. biar berlonggok. Bila dah habis baju, baru nak cuci. Baju aku dalam baldi tu dah 2 minggu tak bercuci. haha. Ada yang sudi tolong cucikan tak? hehe

Tapi satu benda tu yang aku paling rajin. Korang ada baca post aku tak pasal aku pergi exam? Ada kan? Kalau tak pergi baca Entri Merapu ni

Dan gara-gara terlalu rajin (yang sebenarnya aku tak baca arahan) Aku jawab semua soalan untuk paper tu. Mau nak nangis aku nak jawab semua soalan tu.
Lepas je habis exam, member aku yang dok tengok aku terkial-kial nak jawab semua soalan gelakkan aku. Bila aku cek soalan tu, sila jawab 4 soalan dari 5 soalan. Dan part yang lagi satu sila jawab satu soalan dari 2 soalan. Buat penat aku je. cis!

P/s Aku paling rajin update blog sekarang ni. Mood Blogging dah kembali stabil. :D

No comments:

Post a Comment