Mungkin ramai dikalangan kita yang pernah mengalami kegagalan, dan akhirnya tewas disitu. Banyak orang akan cakap, aku dah tak ada semangat nak teruskan sebab aku selalu je gagal. Bila selalu gagal, orang akan lemah semangat dan malas untuk berusaha.
Namun, pernah tak korang terfikir bahawa sebenarnya nilai sebuah kegagalan itu lebih besar dari nilai sebuah kejayaan? Kenapa aku kata demikian? Cuba korang fikir, yang mana lebih berharga. Korang gagal dan tahu kenapa korang gagal, Kata orang belajar dari kegagalan. Atau korang terus berjaya tanpa tahu apa yang buat korang berjaya.
Orang yang pernah gagal tahu betapa sakitnya mengalami sebuah kegagalan tetapi mereka yang tak pernah gagal takan tahu betapa peritnya melalui sebuah kegagalan.
Orang yang benar-benar berjaya adalah orang yang belajar dari kegagalan, dan takan mengulangi kesilapan itu lagi. Jadi korang yang mana?
Jadilah orang yang berani menyahut cabaran. Bukan cabaran rakan korang nak suruh mengurat awek cantik, atau juga cabaran rakan korang untuk hisap rokok atau minum arak, tapi sahutlah cabaran yang boleh membawa kajayaan pada korang. Jangan kerana takut nak memancing ikan di laut dalam, korang memancing je kat tepi pantai. Entah ikan apa yang korang dapat.
Kalau gagal, selidikilah kenapa gagal dan belajar dari kesilapan lalu. Jangan mudah berpurus asa. Peluang sentiasa ada, cuma kita saja yang tidak nampak ianya muncul.
Adios!!
Kalau gagal, selidikilah kenapa gagal dan belajar dari kesilapan lalu. Jangan mudah berpurus asa. Peluang sentiasa ada, cuma kita saja yang tidak nampak ianya muncul.
Adios!!