Pakai Tali Pinggang Keselamatan Ketika Memandu

Cuba Korang bayangkan tiba-tiba korang dapat panggilan dari pejabat polis atau hospital. Pastu diorang bagitau orang kesayangan korang telah pergi buat selamanya akibat nahas jalan raya? Apa perasaan korang? Mesti sedih yang teramat sangat.

Sebab itulah perlunya menjaga keselamatan semasa memandu dan antaranya perlu memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu, bukan sahaja pemandu tetapi juga penumpang di bahagian belakang supaya risiko bahaya dapat dikurangkan. Bukan 100% akan dapat diselamatkan, tetapi kita cuba mengurangkan risiko.

 

Kalau korang ada dengar Radio Hot fm pagi tadi (16 april) Farah Fauzana dan FBI hangat membincangkan tentang betapa kurangnya kesedaran dikalangan pemandu di negara kita ni tentang penggunaan tali pinggang keselamatan terutama di bahagian penumpang belakang.

Aku heran, kenapa eh diorang tak nak pakai? Tak nak selamat ke? Atau rasa diorang tu kebal dan rasa orang lain yang akan kena? Ok, cuba korang fikir, if korang rasa orang lain yang akan kena, bukan korang maksudnya aku atau siapa-siapa. Tapi cuba bayangkan kalau ada 100 orang yang kata benda yang sama, bukan ke korang tu orang lain bagi diorang?



Dan, kalau korang ingat pagi tadi ada seorang pemanggil cerita tentang kematian seorang baby disebabkan hal ni, tak pakai tali pinggang keselamatan di bahagian belakang, hasilnya, baby dia meninggal. Aku dah tak ingat bagaimana ianya berlaku. Kalau korang ada dengar pasti korang tau cerita ni.

Cubalah, jaga keselamatan. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan lah keras kepala sangat. nanti dah berlaku kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, baru nak menyesal.

Sesal dahulu, pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna.

Berhati-hati dijalan raya!!

Pesanan Khidmat masayarakat dibawakan oleh Kyuubi_85@ Everything Beautiful