10 Pemuda Terkaya Didunia

Siapa yang terasa nak jadi jutawan sila angkat kaki ! haha . Kalau nak jadi jutawan, mungkin hanya dalam mimpi atau angan-angan bagi sesetengah orang termasuk juga aku. huhu. Kalaulah aku jutawan kan? nak tau? sila baca Sini  Kalau aku jadi jutawan. hehe

Ok, balik pada topic kita iaitu !0 manusia kaya termuda didunia. mungkin bagi kita, nak jadi jutawan tu hanya dalam mimpi, namun bagi mereka ni, dalam usia muda dah jadi jutawan. Entah ilmu apa yang diorang guna kan? Ok, cukup merepek, mari kita tengok siapa orang kaya termuda didunia.



1. Mark Zuckerberg

Korang kenal tak mamat ni? Hah, dialah founder mukabuku atau facebook yang korang sangat tergila-gilakan tu. Korang tak tau, korang best chatting kat facebook tu, dia ni pula best tunggu duit masuk dalam poket dia. Hartanya kini mencecah nilai 4 billion dollar pada usia 25 tahun. Berasal dari Amerika




2. John Arnold

hah, mamat ni pula adalah founder kepada syarikat hedge fund Centaurus Energy pada tahun 2002. Beliau sebelum itu telah digaji oleh Enron Sebuah Syarikat Amerika yang berasaskan tenaga namun syarikat itu bankrup. Kini dia berumur 36 tahun dan berasal dari Amerika dan memiliki harta sebanyak 4 billion dollar.


3. Yang Huiyan

Wah, cantik tak gadis ni? Dia baru je berusia 28 tahun tapi dah bergelar jutawan. Dah la cantik, bergelar jutawan pula. Memang hidup senang je sampai mati.  Kekayaannya berpunca daripasa pegangan sahamnya dalam syarikat Guangdong developer Country Garden yang mana dimulakan oleh bapanya. Sahamnya dipindahkan ke tangan gadis cantik ini oleh bapanya sebelum firma itu dilancarkan secara rasminya pada 2007. Tengok je namanya dah tahu kan? Gadis ni berasal dari China dan memiliki harta kekayaan sebanyak 3.4 billion dollar


4. Albert von Thurn und Taxis

Mamat yang ni memang senang-senang je duit masuk dalam poket dia. Kekayaannya adalah diwarisi bermula pada umur 18 tahun. Wah! 18 tahun dah ada duit berjuta-juta?! bestnya hidu dia  ni. Dia kini tinggal di istana keluarganya. Mamat ni berasal dari Germany dan usia kini mencecah 26 tahun dengan harta sebanyak 2.2 billion dollar.


5. Fahd Hariri


Kenal tak dengan mamat ni? Dia ni adalah anak termuda kepada bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq Hariri yang dubunuh tu. Lepas pembunuhan Bapanya, dia mewarisi pegangan bapanya dalam empayar perniagaanya termasuklah syarikat pembinaan, telekom dan hartanah. Dia kini memiliki harta kekayaan sebanyak 1.4 billion dollar pada usia 29 tahun.




6. Aymin Hariri

Dia ni pula sama je dengan kisah si  Fahd Hariri sebabnya diorang ni adik beradik. Tapi adiknya tu lebih kaya. Mungkin dia ni malas skit tak? haha. Ok, dia ni dah berumur 31 tahun dan memiliki harta sebanyak 1.4 billion dollar.




7. Yoshikazu Tanaka


kisah kekayaan mamat ni sama dengan founder facebook tu, iaitu memiliki laman sosial Gree, tapi rasanya untuk japanese je sebab ianya menggunakan bahasa jepun. Harta kekayaannya kini berjumlah 1.4 billion dollar dan berusia 33 tahun.



8. Kostyantin Zhevago

Mamat ni pula memiliki kekayaannya daripada pegangannya dalam syarikat pengeluar besi serta dalam syarikat finance and credit bank. Dia kini memiliki 1.2 billion dollar dan kini berusia 36 tahun. Dia berasal dari Ukranie.

9. Lee Ziaohui


Mamat muka angkuh ni adalah pengerusi syarikat pembuat besi steel di china dan syarikat ini adalah antara yang terbesar dalam bidangnya. Syarikat tersebut adalah Shanxi Haixin Iron & Steel Group. Dia menjadi pengerusi selepas bapanya ditembak mati pada tahun 2003. Dia kini memiliki harta sebnayak 1 billion dollar dan berusia 28 tahun. Mamat ni adalah warganegara China.


10. Shahid Balwa

Mamat ni menduduki carta nombor 10 pemuda terkaya di dunia. Dia ni berasal dari india dan memiliki harta bernilai 1 billion dollar. Dia adalah rakan kongsi dalam Syarikat hartanah DB Realty di india.


Memang kaya-raya semuanya. Harta berbilion dolar?! Tak pernah terlintas dalam hati aku nak miliki harta sebnayak itu. Dapat sejuta saja dah membuatkan aku jadi tak keruan. huh!

Korang semua pula macamana? nak jadi macam diorang ni?

*Sumber dari Sini