Sanggup tuntut cerai akibat Godaan Pak Hitam??

Apa kes ni pak Hitam ni? Mak oi!!

Sebenarnya benda ni aku terbaca dalam akhbar tempatan tentang seorang nenek (58 tahun, tak nenek lagi ke?) yang sanggup mengheret suaminya yang sakit angin ahmar ke mahkamah untuk menuntut cerai selepas menjadi angau dek panahan cinta asmara lelaki warga afrika.
Ehh, bukan laki ni ok? Yang ni aku copet dari Pakcik Google

Biarpun lelaki warga afrika itu ditahan polis kerana didapati Menggunakan dokumen palsu, nenek ni masih tetap “mencintai” pak hitam tu dan menyediakan tiket penerbangan untuk lelaki itu pulang ke negaranya.

Namun disebabkan keadaanya yang menjadi tidak menentu semasa ketiadaan lelaki itu menyebabkan nenek ni datang ke Negara terbabit untuk menemui lelaki itu.

Namun, yang mengejutkan, lelaki tu hidup dengan mewah dan mengaku kemewahannya itu adalah hasil kegiatan jahatnya dengan memperdayakan wanita, bukan sahaja dari Malaysia, tapi juga dari Negara lain.

Dan atas kegilaanya itu, duit simpanan dan tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM600,000 lesap akibat diperdaya oleh lelaki warga Afrika itu.

Wanita ini mengaku cair dengan pak hitam ni selepas termakan janji manis dan mendapat panggilan manja dari pak hitam ni dengan panggilan “sweetheart”, “Baby”, Dan “princess” sehingga terlupa suami yang sedang sakit. Wah, senangnya dipujuk rayu sehingga suami yang sedang sakit pun dilupakan. Ish3

Jadi, kepada mereka yang berada diluar sana terutama wanita, Korang berhati-hatilah dengan benda ni. Kalau kata tak nak suami yang tak romantik, carilah yang romantik. Tengok nenek ni, senang je cair dengan pak hitam ni. Diorang ni bukannya hensem pun kan?

Menurut penganalisis jenayah, wanita Negara ni yang pentingkan nafsu adalah yang mudah terpedaya dengan pak hitam ni. Mereka terlalu pentingkan perasaan sehingga gagal membezakan mana yang betul dan mana yang salah.

Jadi berhati-hatilah. Alasan bahawa diorang ni Menggunakan ilmu hitam tidak boleh diguna pakai. Kalau diorang ni ada ilmu hitam, masakan diorang nak goda perempuan kaya yang dah berusia kan? Mesti diorang cari jutawan muda yang lebih cantik.

 Kalau diorang tu betul ada ilmu hitam,
mesti girl yang cam ni diorang cari kan?

So, pada wanita-wanita diluar sana, jangan mudah terpedaya. Kalau ada lelaki yang tetiba je baik sangat dengan korang, pasti ada udang disebalik mee. Lebih-lebih lagi pada yang dah berumur. Mesti diorang ni nak duit korang je. Kalau tak pun, nak jadi teman pemuas nafsu. Itu saja.

No comments:

Post a Comment