Boleh Dapat Sampai Beratus Ribu Dari blog??

Rasanya semua orang dah tahu yang si kennysia ni boleh dapat beribu-ribu ringgit dari blog dia tu. Fuh, memang masyuk la kenny. Apa tips? Share la. :D

 Ni adalah cek dari nuffnang milik Kennysia yang berjumlah RM11,000 lebih. (Source of Picture)
Dan disebabkan pendapatan dia ni yang mencecah puluhan ribu, ramailah blogger yang muncul dengan tujuan yang sama, iaitu nak dapat duit banyak macam si kennysia dan ramai lagi blogger yang hebat-hebat diluar sana. Keinginan untuk blogging bukan lagi suatu yang suci dari hati tetapi dicemari dengan keinginan untuk mendapat duit bertimbun je.

Buktinya, korang tengoklah entri yang berbaur tips untuk dapat banyak duit dari nuffnang, mesti banyak komen. Kalau korang ping entri macam ni di gengblogger mahupun innit chatter, senang je nak dapat hit yang banyak, betul tak?


Dan dengan kewujudan nuffnang juga, semua orang berlumba-lumba nak jadi blogger untuk menjana pendapatan dari iklan nuffnang, Atau nak senang cakap nak menjana pendapatan dengan blog. Dan dengan keinginan ini wujudlah perbuatan pihak tertentu yang tidak sabar-sabar nak dapat duit seperti perbuatan penipu klik atau click fraud. Ni pun nuffnang dah bagi amaran kepada kita semua. Baca entri sini.



Tetapi tahukah kamu bahawa semua blogger yang dapat ribuan ringgit dari blog mereka bukan sengan senangnya nak dapat macam tu. Perlu ada usaha, dan bermula dengan tangan yang kosong. Selepas bertahun, dan dengan usaha yang gigih, barulah ada hasilnya. Korang baca di Harian Metro Bagaimana Redmummy dapat apa yang dia miliki sekarang ni.

Dan bercakap mengenai Kennysia, Aku rasa pasti ramai yang tak tahu bagaimana dia bermula dengan nuffnang. Sebelum aku tahu, aku juga terfikir, apa yang dia lakukan sehingga mampu menjana ribuan ringit dari blog dia tu.Kalau korang nak tahu, nuffnang sendiri yang cari si kennysia untuk untuk tampal iklan mereka. Korang p baca entri si kennysia ni di sini

Dia ceritakan bagaimana Nuffnang bermula dan bagaimana dia boleh signup dengan nuffnang ni. Its very inspiring to read this entri.

So, siapa kata blog tak boleh jana pendapatan, cuma perlu berusaha dan sabar. Dan lakukan dengan cara yang berhemah.

Yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang.