It caught my attention, one of my friend's discussion just now regarding the CSR.
korang tau tak CSR tu apa? Aku pun sebenarnya tak tau apa bendanya ni before i read their discussion. Ok it started with this one.
Kalau korang nak tau, Putatan tu sebenarnya satu kawasan around kota kinabalu juga. Tak jauh dari pusat bandar ni. 15 minit driving dah boleh sampai.
Ok, back to the discussion, and its up to this one.
Pedulikan logat sabahan tu, Kalau korang tak faham, tanya aku ok? :D
So, CSR tu stand for Corporate Social Responsibility. Means setiap badan korporat ada tanggungjawab sosial la ni kan? :D
It caught my attention when they say, hypermarket tu tak promote reusable shopping bag tu dan biarkan saja. They should promote it to the customer. And i think aku pernah juga cakap pasal benda shopping bag ni kat sini
Everybody pun tahu kita menghasilkan terlalu banyak sampah sarap dan jika ianya berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti, tidak akan ada tempat untuk dijadikan tapak pelupusan sampah nanti.
Dan kita semua tahu bahawa hypermarket adalah tempat orang ramai membeli belah dan dari sanalah juga sumber kita dapat beg plastik yang kita buang tu.
Bayangkan kalau korang shopping and beli banyak jenis barang. Pasti diorang akan bagi banyak beg plastik. Dan akhirnya beg plastik tersebut berakhir dalam tong sampah yang mana akan diangkut ke tapak pelupusan sampah. Konsep ni semua orang tahu bukan?
Cantik bukan? trendy
Tapi kalau kita menggunakan reusable shopping bag, kuranglah penggunaan beg plastik yang tak reusable tu bukan? Maksudnya kuranglah sampah yang nak dibuang bukan? Budak tadika pun boleh faham benda ni.
Korang semua nak pakai tak reusable shopping bag tu kalau kena bagi free of charge? Atau lebih banyak promotuon dari pihak hypermarket itu sendiri?
Dan instead of selling those reusable shopping bags, better hypermarket tu bagi free kan? Lagipun dalam perbualan tu kata boleh dapat tax deduction, so win-win situation. Ko dapat tax deduction, sampah pun kurang, semua orang boleh hidup lega. if betul la there are tax deduction for them kalau buat benda ni.
Tapi yang menyedihkan, diorang bukan nak bagi free je benda tu. tapi nak kena beli la pula. Diorang nak dapat untung la pula dari plastik bag ni. Tak patut betul la. Dan pengalaman aku sendiri, memang benda ni dijual. Tak bagi free punya. Tempat aku lah. tempat korang free ke?
Memang dalam kepala nak untung je. Tak pernah terfikir keadaan alam ni sedang menuju kehancuran. Bila dunia nak kimat kot baru nak sedar. Jangan sampai terlambat nak selamatkan dunia ni
No comments:
Post a Comment