Mood Blogging Membawa Diri

Mood blogging tiba-tiba saja pergi menjauh. Bukan dipinta, tapi ianya datang tanpa diundang. Dengan Masalah masih tak dapat view blog sendiri, buatkan mood blogging aku tiba-tiba hilang. Aku malas menulis, bukan kerana tiada benda nak ditulis, tapi entah.

Aku nak tengok jumlah Visitor kat nuffnang pun tak boleh login website diorang ni. Sangat lambat. Menambahkan lagi mood aku menulis semakin hilang. Aku suspect internet punya pasal, tapi website lain boleh pula aku buka. Laju pula tu.

Aku nak berehat kejaplah dari menulis. Blog murahan macam ni manada orang nak cari pun kalau berhenti menulis.

Nanti kalau aku dah ok balik, aku akan balik juga menulis kat sini.

Entri Aku Penuh Spam Komen

Demi memudahkan pengomen untuk komen dalam blog ni, aku dah disable semua yang difikirkan akan menyusahkan ketika nak komen entri termasuklah word verification. Aku juga cuba tukar blog ni dari nofollow kepada dofollow. Tapi tak taulah berjaya ke tak aku tukar. Tak mahir sangat lagi ni. Yang aku tau, menulis saja.

Dan bila aku ingat blog ni dah mesra readers sikit, ianya menimbulkan masalah lain pula. Salah satu entri aku dipenuhi spam komen. Entri tersebut berkenaan dengan Penangan facebook. Hari tu nak cek email macam biasa. Bila buka email, ada satu email kata anonymous has leave a comment. Aku tak heran sangatlah, mungkin ada anonymous nak drop komen kan.

Tapi semalam, aku dapat lagi email yang sama. Dan bila aku cek email tu, dalamnya hanya alamat web dari mana entah aku pun tatau. Kalau sikit punya komen, oklah. Korang tau, nak dekat 20 komen macam tu. Penuh dengan alamat website yang aku tatau apa bendanya. Nak cek pun malas.

 Sceenshot spam komen tu

Aku yang tengah bengang tak dapat view blog sendiri termasuklah nuffnang bertambah bengang. aku masuk entri tu, nasib dapay masuk walau terpaksa tunggu sejam. Dah tu, aku delete semua komen diorang tu. Cis! Apa punya anonymous yang nak buat spam.
Tulah taktik kotor diorang nak dapat naik Page Rank dengan cepat. Kalau ya nak naik cepat, buatlah cara baik. Ni tak. Hantar entah bot mana lepas tu tinggal komen macam tu. Cis!

Nak enable balik word verification tu, nanti kang ada pula nak suruh buka balik. Nak bagi orang yang ada akaun google je boleh komen, tapi kesian juga dengan anonymous yang betul-betul nak komen kan?

Takpelah, kalau ada lagi senang je. Aku delete satu-satu.

Aku Bengang!!

Aku betul-betul bengang, tak tau masalahnya datang dari mana~

Kalau korang perasan, dah beberapa entri yang aku tak dapat nak reply komen. Dan dah lama juga aku tak lawat blog korang. Lebih-lebih lagi yang tingal jejak kat shoutmix tu.

Sebenarnya aku ada masalah dengan blog ni. Loading time lambat sangat macam siput! Mau aku tunggu sejam nak view blog aku ni tak keluar-keluar juga. Bengang aku jadinya. Dah dua hari macam ni. huhu~
aku hanya boleh baca komen semua dari email. Sedih hatiku. huhu

Aku hanya boleh masuk sampai dashboard blog je. Nak view tak boleh. Semua entri sekarang ni pun buat autopublish je. Malas nak publish on the spot. Takde mood. huhu. Mungkin tak masalah template aku ni? Aku dah suka sangat dengan template ni. aku nak stay dengan template ni. Tak nak tukar lagi. Lagipun aku bukannya pandai bab-bab edit template. Kalau aku pandai, bagilah aku tempalte macamana pun, boleh saja aku transform pergi style yang aku suka.

Kalau korang masuk blog aku ni cepat tak load time dia? Ke sama lambat juga? Macam nuffnang ni pun sama gak. Aku tak dapat nak view pun website ni. Lambat! Nak kata masalah laptop, tak juga. Baru je semalam aku format laptop ni. Lagipun website lain boleh pula aku buka.

Kenapa ye?

Keputusan Kemasukan Ke IPTA Diumumkan Hari Ini


Kepada semua budak-budak lepasan SPM, ini adalah waktu yang ditunggu-tunggu.

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini. Berikut diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Kepada calon yang ingin memeriksa status kemasukan, mereka boleh menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Calon juga boleh memeriksa status permohonan mereka dengan melayari;




Calon juga boleh memeriksa status permohonan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini. Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.

Sumber sini.

2 Dah Lepas, 2 Menunggu

Tajuk entri yang macam pelik. haha

Sebenarnya saja nak cerita bahawa dah dua paper aku dah habis untuk exam kali ni. ETR300 dan subjek aku baru habis semalam, CHM300. Macam senang je soalan semua tapi tulah, lecturer suka buat soalan tricky. Nampak macam Senang, tapi bila buat salah je memanjang. huh~

So, dua dah habis, tinggal dua lagi masih menunggu giliran. Lama lagi, ada dalam enam hari lagi nam tunggu, so sempat lagi nak baca notes semua. Tapi huh gila, ada beratus slide nak kena baca dan nak faham semua? Memang gila la jadinya.

Tapi tulah pasal, siapa suruh tak belajar awal-awal dulu kan? Asyi nak main je, belajar bukan nak ingat. Nak exam, baru terhegeh-hegeh nak baca buku. :P So tips pelajar cemerlang  dari kyuubi, sila baca buku awal-awal dan buat nota dan soalan-soalan past exam. Nanti taklah gelabah dan tension sangat nak dekat exam ya adik-adik. hehe

So, lepas ni aku terpaksa berhempas pulas nak baca untuk baca BIO320 yang belajar pasal taxonomy tu dan CHM360 inorganic chemistry. huh~

Kalau aku tak terupdate blog ni, faham-faham la korang aku tengah berguguran air mata nak hafal nota. hahaha~

Cheers~

Demi Gengblogger, Aku buka Facebook

Boleh tak aku cakap demi Gengblogger aku buka facebook?


Kalau korang nak tahu, sebenarnya dulu, aku tak pernah teringin nak buka akaun Facebook walaubagaimana Famous pun facebook tu. Semua sibuk member cerita pasal facebook, mafia Wars la, Farmville dan macam-macam lagi. tapi hati ini tak pernah goyah nak buka akaun facebook.

Aku terfikir, buat apalah aku nak buka akaun facebook tu? Macam dulu-dulu masa friendster tu laris sangat, aku pernah gila dengan friendster. Tapi tak sampai setahun aku dah bosan. Dah bertahun aku tak cek akaun friendster tu hingga ke saat ini.

Tapi niat nak buka facebook tu bermula apabila banyak blog sibuk cerita pasal gengblogger. Bestlah, nal cari kawanlah dan yang paling ramai kata traffic  mencurah-curah macam hujan. Aku nak juga try benda ni. Yalah kan, blog budak hingusan ingin tampil ke dunia, perlu ada platform untuk melonjakkan nama blog.
 Dia ni pun stress sebab tak dapat login Gengblogger

Tapi bila aku buka gengblogger tu, hanya satu yang aku jumpa. Facebook login. aku pelik, puas aku geledah muka depan Gengblogger punya web tu aku tak jumpa satu benda apa pun nak login kecuali facebook login tu. Kecewa hatiku. Dahlah tak minat dengan facebook, nak kena login guna facebook pula.

Tapi sebab nak sangat join Gb ni, lepas beberapa minggu aku putuskan nak buka akaun facebook. barulah aku dapat login gengblogger tu. Kalau tak, sampai sekarang aku takkan pernah join gengblogger ni. Dan syukurlah, dapat la juga traffic sikit dari gengblogger ni dalam 10 unique visitor sehari. ok la kan daripada takde :D

Sebab tulah aku ada akaun facebook dan dapat join gengblogger ni :D

So, pada siapa-siapa yang belum join gengblogger ni, jom ramai-ramai join. Boleh jumpa ramai blogger kat sana. Kalau nak, korang klik je banner gengblogger tu. Aku copy paste je, malas nak buat. ehehe.

Dan siapa-siapa yang sudi juga dipersilakan untuk add aku dalam facebook ye? :D Klik je gambar facebook dalam sidebar tu :D

Berkawan biar seribu.

Pak Cik Pengawal Yang Baik Hati

Apa pandangan korang terhadap pengawal?

Aku rasa tanggungjawab sebagai seorang pengawal sangat berat. Dari nama saja dah tau memang berat kan. Diorang mesti kawal keselamatan tempat dimana diorang bertugas. Kalau tak, mesti dipersalahkan kalau-kalau terjadi apa-apa.

 
Ok, aku nak ceritakan seorang pengawal ni yang berkerja dekat sebuah bank. Bank apa korang tak payah la nak tau ok? :D

So, pagi tadi, aku pergilah bank ni dengan hajat nak keluarkan duit. Biasalakan student, memang tak berduit. Kalau ada duit sikit dalam bank ke tabung buluh ke, mau saja dikorek semua buat belanja harian.

So, balik dengan pakcik pengawal tadi, Masa aku masuk saja dalam bank tu, pakcik tu dah tanya aku, "adik nak urus apa?" Dengan senyuman biarpun gigi depannya takde. :D

So, aku bagitaulah nak bagi keluar duit. Lepas tu pakcik tu siap bagi tunjuk jalan dan borang mana patut aku isi. Padahal, aku dah memang biasa pun keluarkan duit tu. Dalam hati aku kata "pakcik, aku dah biasa pakcik. Jangan risau"


Lepas tu, pakcik tu kata lagi, "nanti dah siap isi borang, saya bagi nombor giliran ok?" Aku mengiyakan je, sambil dalam hati "yalah pakcik, aku tau"

Tapi bila fikir balik, baiknya pakcik tu. Siap hulur senyuman lagi kat aku. Bukan macam orang lain yang kadang nak tengok pun tak. buat muka sombong adalah. cis! nasib tak hulur duit. hehe

Bersyukur lak aku bila aku fikir balik benda tu. Cuba bayangkan kalau aku berurusan untuk kali pertama, tak ke gelabah jadinya pasal tak tau apa-apa. tapi dengan adanya pakcik tu, kalau baru sekalipun, rasanya tak ada masalah nak berurusan. Mesra sangat pakcik tu tadi.

Betapa baiknya kalau semua rakyat Malaysia macam Pakcik tadi tu.

Terima kasih Pakcik!

Kalau Cerita Nuffnang Semua Nak Baca

Kalau cerita pasal traffic macam hujan, pasal earning Nuffnang, pasal cashout Nuffnang, semua orang teruja sangat nak baca kan? aku juga kadang-kadang macam tu. Yala kan, siapa tak nak duit.

Dan semalam menjadi bukti apabila aku tulis tentang my first cashout earning Nuffnang. Walaupun ciput je, tak setanding dengan korang, tapi syukurlah ada juga reward sambil menulis ni.

Lepas saja aku publish post tu, aku terus pingkan latest entri tu di Gengblogger. Tak sampai 3 minit bila aku cek blog aku, hah ada 15 orang skodeng dalam satu masa.

Ya, sikit je bagi korang yang leh berpuluh-puluh skodeng dalam satu masa. namun bagi blog murahan macam aku ni, 15 orang dalam satu masa tu kira dah banyak sangat dah tu. Tak pernah lagi selama aku tulis blog ni seramai tu orang datang sekaligus. Hah tengok screenshot aku ambil semalam.



Kalau blog fames macam korang, tak hairanlah untuk dapat macam ni kan? Tapi, bagi aku, ni dah jadi satu pencapaian bagi aku. Dan jadi bukti bahawa semua orang gila nak tengok Nuffnang je kan? :D

Kekejaman Terhadap Manchester United

Memang dah lumrah dunia ni, kalau tak suka memang takkan suka punya dan akan buat apa saja untuk jatuhkan nama baik orang lain atau mengelakkan dari benda yang tak disukai tu.

Dan ni mungkin musuh atau mereka-mereka yang membenci Manchester United, nak tunjukkan kebencian mereka terhadap united, macam nilah jadinya.



Kadang-kadang kelakar pula bila fikir benda ni. Ada ke nak buat macam tu. Dah benci sangat dengan Manchester united la tu kan? Kepada Peminat Manchester United termasuk aku sendiri, Sabar sajalah labu.

Dah memang lumrah dunia.

Benjy Ditahan Lagi?

Rasanya semua dah tahu kes dadah Pelakon Benjy @ Khaireyll Benjamin Ibrahim. Hari tu dah masuk pun berita. Dan lepas tu dia dibebaskan semula.

Tapi menurut laporan Kosmo 28 April 2010, Benjy ditahan semula di bawah Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 kerana dikenal pasti terbabit dalam pemprosesan dan aktiviti pengedaran dadah.

Dan peguam menyatakan bahawa penahanan itu wajar dilakukan demi membolehkan orang lain yang terlibat dapat ditahan.


Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni. Artis pun nak terlibat dengan dadah. Tak cukup ke duit lakonan tu nak jual dadah lagi. Kalau artis makan dadah, tak heran lah, tapi kalau jual dadah, pelik pula rasanya.

Baguslah tu, tahan je semua yang terlibat dengan dadah tu. Daripada diorang merosakkan orang lain, baik ditangkap kan. Bukan diorang je, cari semua pengedar dadah dan siapa-siapa yang terlibat dengan dadah. Nak cari duit dengan cara merosakkan orang lain, baik ke tu? Halal ke duit tu?

Dadah tu membunuh, tau?