Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Aku Insomnia!


Simple update. Sekarang musim exam, so aku pun tak ketinggalan nak exam. Aku nak praktikkan tips bagaimana untuk berjaya dalam exam ni namun nampaknya tidak berkesan untuk aku.

Dah beberapa hari juga aku tidur tak tentu sebab nak study punya pasal. Makan pun tak teratur. huh! Inilah kehidupan aku buat masa ni.

Nampaknya blog pun akan terbiar beberapa hari. Mood nak update hilang. Idea pun kering. Sebab otak dipaksa bekerja keras untuk study, so idea best nak update pun bercuti sementara waktu.

Maaflah kat fitrihadi dan pembebel jalanan sebab aku tak dapat jawab tag korang tu buat masa ni. lepas ni aku buat ok.

Pada yang drop komen dan baca blog ni, terima kasih daun keladi. Lain kali singgah lagi. Maaflah aku tak dapat lawat korang pula. Sedang dilanda demam exam yang teruk. nanti lepas exam habis, kita blogwalking ramai-ramai sampai pengsan okeh?


2 Dah Lepas, 2 Menunggu

Tajuk entri yang macam pelik. haha

Sebenarnya saja nak cerita bahawa dah dua paper aku dah habis untuk exam kali ni. ETR300 dan subjek aku baru habis semalam, CHM300. Macam senang je soalan semua tapi tulah, lecturer suka buat soalan tricky. Nampak macam Senang, tapi bila buat salah je memanjang. huh~

So, dua dah habis, tinggal dua lagi masih menunggu giliran. Lama lagi, ada dalam enam hari lagi nam tunggu, so sempat lagi nak baca notes semua. Tapi huh gila, ada beratus slide nak kena baca dan nak faham semua? Memang gila la jadinya.

Tapi tulah pasal, siapa suruh tak belajar awal-awal dulu kan? Asyi nak main je, belajar bukan nak ingat. Nak exam, baru terhegeh-hegeh nak baca buku. :P So tips pelajar cemerlang  dari kyuubi, sila baca buku awal-awal dan buat nota dan soalan-soalan past exam. Nanti taklah gelabah dan tension sangat nak dekat exam ya adik-adik. hehe

So, lepas ni aku terpaksa berhempas pulas nak baca untuk baca BIO320 yang belajar pasal taxonomy tu dan CHM360 inorganic chemistry. huh~

Kalau aku tak terupdate blog ni, faham-faham la korang aku tengah berguguran air mata nak hafal nota. hahaha~

Cheers~

Bersiap Sedia Perang Besar Akan Bermula

Peperangan dah nak bermula. Dan sebelum pergi berperang, siapkan segala keperluan. Kalau Zaman kegemilangan Melayu Melaka, Hang Tuah dan rakan-rakan seperjuangan pasti sedang mengasah keris, lembing, tombak, parang panjang, parang pendek dan segala macam parang yang wujud pada masa tu.


Kalau masa Si George Bush menyerang Afganistan dan Iraq pula, mesti tengah siapkan kereta kebal, peluru berpandu, peluru tak berpandu, Senapang yang patah dan tak patah, riffle M-16, grenade launcher, dan bermacam-macam lagi launcher dan senapang yang ada. Dah zaman tu takde orang guna parang nak berperang kan?

Aku berperang bukan macam diorang ni ok

Dan esok aku akan berperang. Bukan ke medan perang angkat Riffle M16, atau keris taming sari, Tapi angkat pen mata bola, berserta pembarisnya, pemadam dan segala keperluan perang aku ni. haha Aku akan berperang dalam dewan peperiksaan!

Lebih kurang nilah yang akan aku bawa esok

Esok aku akan berperang dengan First paper exam aku iaitu entrepreneurship. Mesti korang dah baca kan, aku dah berkali-kali mention benda ni kat sini. hah, p baca masa aku pergi melawat membakut pasal subjek ETR ni dan presentation ETR300 aku hari tu.

So, harap segala yang aku dah baca akan aku ingat semasa menjawab exam esok. Kalau tak matilah aku!!

p/s esok nak exam sempat lagi update blog. haha. malam ni akan jadi malam yang paling panjang. Aku takkan tidur supaya dapat baca habis nota-nota aku.

Tiada mood, Exam Dah Dekat

Sejak akhir-akhir ni, mood selalu tiada. entah kenapa. Mood nak blogging pun semakin pudar. huhu. Aku nak blogwalking pun dah malas. Hari tu dapat email nuffnang pasal penipu klik menambahkan mood aku down. korang bacalah entri tu disini


 Hei cutie, janganlah ko buat muka macam tu. Aku takde mood takan ko nak ikut.

Kemalasan menghantui diri ini. Exam pun dah dekat. Ada tinggal 2 minggu lagi final exam start. But thank god my first paper will be on 22 april. Yang lain start 21 april, so ok la kan, tak la tekanan sangat. Biasanya Kelas aku yang akan jadi pembuka tirai exam dan penutup tirai exam juga. Kalangan rakan-rakan aku terkenal dengan panggilan tukang tutup gate sebab last paper selalunya on the last day of exam. huhu. kali ni juga begitu.

Belum prepare lagi untuk exam ni. Entah bila nak insaf. huhu. Kemalasan dan mood yang down sedang melanda. Nak buat entri untuk Project Alpha Instatn Cash Blogging tu pun malas. Melepas lah peluang nak dapat RM20 tu. Tapi takpe, aku dah pernah dapat dalam entri aku I Just Love Good Smelling People. So, bagi la peluang untuk orang lain lagi kan?

Nantilah bila mood aku nak blogging datang semula, aku postkan banyak-banyak.

P/s Earning nuffnang dah boleh cashout tapi malas nak cashout. Nak simpan buat hantaran. hehe. Tapi banyak yang kata lepas cashout, mesti lebih senang nak dapat buffered ads tu, betul ke? Siapa yang ada experience, betul ke? Kalau betul, aku pun nak cashout la. :D

P/s/s Please siapa yang komen dalam blog ni tolong tinggalkan link blog korang, boleh tak? :D Thanks