Showing posts with label Khaireyll Benjamin Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khaireyll Benjamin Ibrahim. Show all posts

Benjy Ditahan Lagi?

Rasanya semua dah tahu kes dadah Pelakon Benjy @ Khaireyll Benjamin Ibrahim. Hari tu dah masuk pun berita. Dan lepas tu dia dibebaskan semula.

Tapi menurut laporan Kosmo 28 April 2010, Benjy ditahan semula di bawah Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 kerana dikenal pasti terbabit dalam pemprosesan dan aktiviti pengedaran dadah.

Dan peguam menyatakan bahawa penahanan itu wajar dilakukan demi membolehkan orang lain yang terlibat dapat ditahan.


Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni. Artis pun nak terlibat dengan dadah. Tak cukup ke duit lakonan tu nak jual dadah lagi. Kalau artis makan dadah, tak heran lah, tapi kalau jual dadah, pelik pula rasanya.

Baguslah tu, tahan je semua yang terlibat dengan dadah tu. Daripada diorang merosakkan orang lain, baik ditangkap kan. Bukan diorang je, cari semua pengedar dadah dan siapa-siapa yang terlibat dengan dadah. Nak cari duit dengan cara merosakkan orang lain, baik ke tu? Halal ke duit tu?

Dadah tu membunuh, tau?