Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Manchester United. Show all posts

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 5 Disember 2011



Semalam Dan hari ini berlangsung 9 lagi Perlawanan Liga Perdana Inggeris yang melibatkan 19 pasukan. Manchester City semakin mengukuhkan keudukan Sementara Manchester United Pula terkial-kial untuk mengekalkan Rentak.

Berikut Keputusan Penuh Dan Terkini Liga Perdana Inggeris Hari Ini dan semalam.

Newcastle United vs Chelsea  ( 0 - 3)

Blackburn Rovers vs Swansea City ( 4- 2)

Manchester City vs Norwich City ( 5 - 1 )

QPR vs Westbromwich Albion ( 1 - 1 )

Tottenham Hotspurs vs Bolton Wanderers ( 3 - 0 )

Wigan Athletic vs Arsenal ( 0 - 3 )

Aston Villa vs Manchester United ( 0 - 1 )

Everton vs Stoke City ( 0 - 1 )

Wolverhampton Wanderers vs Sunderland ( 2 - 1 )

Liverpool akan menentang Fulham pada 6 Disember 2011 pukul 4 pagi waktu Malaysia atau 5 Disember 2011 pukul 8 malam waktu England.


Keputusan Carling Cup: Manchester United Kalah Lagi



Nampaknya Persembahan Manchester United semakin merosot kebelakangan ini. Dimalukan oleh Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan kekalahan 6-1, hanya mampu seri dengan Newcastle 1-1 dalam saingan Liga Perdana Minggu lalu. Semalam Manchester United terpaksa tunduk lagi, kali ni kepada Crystal Palace dalam saingan Carling Cup Apabila tewas 2-1 di Old Trafford.


Ini bermakna United tersingkir dari saingan Carling Cup musim ini. Pesaing, Manchester City pula terus mara dengan menewaskan Arsenal 1-0.


Boss United, Sir Alex Ferguson pula dipetik dalam laman web rasmi MU meminta maaf kepada peminat MU dengan kekalahan ini.

I don't know where to start to be honest. My apologies go to our fans tonight because that was not a Manchester United performance

It's ok boss, dalam bola sepak apa pun boleh berlaku. Kan bola itu bulat? Jangan pula lepaskan peluang dalam Liga Perdana dan Juga Saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris Pusingan 12 Sabtu 19.11. 2011



Hari ini (semalam) 19.11.2011, 16 pasukan mengharungi pusingan ke 12 Liga Perdana Inggeris dimana 8 perlawanan berlangsung. Sempat juga aku menonton 1 perlawanan, Manchester United menentang Swansea City dimana ianya berakhir MU menang 1-0. Jom lihat keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung hari ini.

Norwich City vs Arsenal


Pertembungan antara Norwich City dan Arsenal menyaksikan Norwich terpaksa tunduk kepada Arsenal 2-1 walaupun beraksi di tempat sendiri. Jaringan Steve Morrison untuk Norwich City pada minit ke 15 bagaimanapun tidak mampu melemahkan semangat Arsenal yang menjaringkan 2 gol daripada penyerang sensasi mereka, Robin Van Persie pada minit ke 27 dan 58 membawa kepada kemenangan 2-1.

Everton vs Wolverhampton Wanderers


Everton yang bermain di tempat sendiri memanfaatkan kelebihan dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1. Jaringan pendahuluan daripada Stephen Hunt daripada penalti pada minit ke 36 tidak memberi apa-apa makna apabila Everton bangkit menjaringkan 2 gol dari Phil Jagielka pada minit 44 dan penalti daripada Leighton Baines pada minit ke 83 melengkapkan kemenangan 2-1.

Manchester City vs Newcastle


Manchester City semakin berbisa dengan menundukkan Newcastle United 3-1. 2 penalti masing-masing dari Mario Balotelli pada minit 40 dan Sergio Aguero pada minit 72 dan 1 jaringan dari Micah Richards pada minit 43 menghampakan Newcastle United yang hanya mampu menjaringkan 1 gol pada minit 89.

Stoke City vs Queens Park Rangers


Stoke City yang menerima kunjungan QPR di laman sendiri terpaksa akur dengan QPR apabila tewas 2-3 kepada QPR. 2 jaringan dari Jonathan Walters dan Ryan Shawcross pada minit 7 dan 64 tidak mampu menghalang QPR apabila Heidar Helguson menjaringkan 2 gol pada minit 22 dan minit 53 manakala 1 dari Luke Young pada minit 44 menidakkan kemenangan Stoke City.

Sunderland vs Fulham

Pertembungan Sunderland dan Fulham pula menyaksikan perlawanan terikat 0-0. Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan beberapa percubaan dilakukan, namun tidak ada satu pun yang mampu menjaringkan gol. 

West Bromwich Albion vs Bolton Wanderers

 

West Bromwich yang bermain di tempat sendiri memanfaatkan kelebihan dengan menewaskan Bolton Wanderrers 2-1 hasil jaringan Jerome Thomas dan Shane Long pada minit 15 dan minit 55. Bolton pula hanya mampu membawa gol saguhati hasl jaringan Ivan Klasnic pada minit 20 melalui penalti.


Wigan Athletic vs Blackburn Rovers

 

Wigan Athletic yang bermain di tempat sendnri tidak mampu memanfaatkan kelebihan dengan hanya mampu seri sengan Blackburn 3-3. Walaupun Blackburn beraksi dengan 10 orang pemain pada minit 47 selepas David Dunn dilayangkan kad merah.

Swansea City vs Manchester United


Perlawanan terakhir hari ini menyaksikan Swansea City menerima kunjungan Manchester United. Manchester United sebagai bekas juara hanya mampu mengikat Swansea City dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Javier Hernandez pada minit 11.Swansea City memiliki beberapa peluang dan peluang keemasan hadir di minit 22 masa pertama tetapi tendangan Scott Sinclair tidak mengenai bola. Manchester United juga memiliki beberapa peluang namun tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Sumber: Espn


Keputusan Liga Perdana Inggeris: Penghinaan Buat Manchester United!



Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United lawan Manchester City hari ini, 23hb October 2011 aku rasa adalah antara yang terburuk semenjak aku kenal dan minat dengan pasukan ni. Mungkin mereka adalah antara pasukan yang digeruni dalam Liga Perdana Inggeris. Namun tewas dengan jaringan 6-1 ditangan Manchester City adalah suatu yang sukar diterima!


Dah la bermain di tempat sendiri. Tapi memang diakui Manchester City pada musim ni adalah satu pasukan yang harus digeruni. Dengan barisan pemain handalan, pemilik pasukan Manchester City dah melabur berjuta-juta dollar untuk mendapatkan khidmat pemain ternama!

2 gol dari Mario Balotelli, 2 gol dari Edin Dzeko dan 1 gol masing-masing dari David Silva dan Sergio Aguero melenyapkan harapan ribuan penyokong Manchester United untuk menang. Berikut adalah kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris.


Manchester City kini menduduki tangga pertama diikuti oleh Manchester United. Andai Chelsea yang kini sedang menentang QPR mampu menang, Chelsea akan menduduki tangga ke 2.

Musim baru sahaja bermula, jadi semua pasukan masih mempunya peluang untuk memperbaiki kelemahan pasukan masing-masing. Apa yang mampu aku katakan, "Bola itu bulat, jadi apa pun boleh berlaku di penghujung musim nanti"


(Video) Manchester United Belasah Birmingham City 5-0



Berita gembira untuk peminat Manchester United apabila kelab The Red Devils membelasah kelab Birmingham City dengan jaringan 5-0. Dengan keputusan ni, Manchester mengukuhkan kedudukan sebagai pendahalu liga Perdana Inggeris dengan 2 mata mendahului Manchester City dengan kelebihan baki 1 perlawanan.

Dimitar Berbatov menjaringkan hat-trick dengan meledakkan 3 gol, Ryan Gigs 1 gol manakala Nani 1 gol untuk membantu United Membenamkan Birmingham. Saksikan bagaimana Manchester United membenamkan Birmingham City



Gol Nani Selamatkan Manchester United


Gol Nani selamatkan Manchester United daripada seri dengan Stoke City dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris, EPL semalam. Gol pertama Manchester United dihasilkan oleh penyerang muda Mexico, Javier Hernandez dengan flick yang menarik.

Bila dah lega dengan gol pertama, Stoke City mengejutkan Manchester United serta penyokong mereka dengan gol penyamaan pada minit awal separuh masa ke 2 dengan tandukan cantik dari Dean Whitehead.

Tapi kegembiraan Stoke Coty tidak bertahan lama apabila si Nani menjaringkan gol cantik, gol kemenangan Manchester United ke atas Stoke City.

Dengan kemenangan ini, Manchester United menduduki tangga teratas EPL dengan 44 mata mendahului Manchester City di tangga ke 2 dengan 41 mata. Tapi keadaan ni belum pasti sebab pagi nanti, 6 Januari, Manchester City pula akan berdepan dengan Arsenal. Siapa yang akan menang? Sama-sama kita nantikan.

Kekejaman Terhadap Manchester United

Memang dah lumrah dunia ni, kalau tak suka memang takkan suka punya dan akan buat apa saja untuk jatuhkan nama baik orang lain atau mengelakkan dari benda yang tak disukai tu.

Dan ni mungkin musuh atau mereka-mereka yang membenci Manchester United, nak tunjukkan kebencian mereka terhadap united, macam nilah jadinya.



Kadang-kadang kelakar pula bila fikir benda ni. Ada ke nak buat macam tu. Dah benci sangat dengan Manchester united la tu kan? Kepada Peminat Manchester United termasuk aku sendiri, Sabar sajalah labu.

Dah memang lumrah dunia.