Kalau cerita pasal traffic macam hujan, pasal earning Nuffnang, pasal cashout Nuffnang, semua orang teruja sangat nak baca kan? aku juga kadang-kadang macam tu. Yala kan, siapa tak nak duit.
Dan semalam menjadi bukti apabila aku tulis tentang my first cashout earning Nuffnang. Walaupun ciput je, tak setanding dengan korang, tapi syukurlah ada juga reward sambil menulis ni.
Lepas saja aku publish post tu, aku terus pingkan latest entri tu di Gengblogger. Tak sampai 3 minit bila aku cek blog aku, hah ada 15 orang skodeng dalam satu masa.
Ya, sikit je bagi korang yang leh berpuluh-puluh skodeng dalam satu masa. namun bagi blog murahan macam aku ni, 15 orang dalam satu masa tu kira dah banyak sangat dah tu. Tak pernah lagi selama aku tulis blog ni seramai tu orang datang sekaligus. Hah tengok screenshot aku ambil semalam.
Kalau blog fames macam korang, tak hairanlah untuk dapat macam ni kan? Tapi, bagi aku, ni dah jadi satu pencapaian bagi aku. Dan jadi bukti bahawa semua orang gila nak tengok Nuffnang je kan? :D

