Facebook Virus?!


Setuju tak kalau aku cakap setiap benda ada saja kelemahannya. Biar benda tu hebat ke tak, terkenal atau tidak. Dan setiap benda yang hebat atau terkenal pasti ada saja orang nak jatuhkan diorang ni. Tak kiralah apa cara sekalipun.

Petang tadi, masa aku dok online facebook, tanpa disangka ada seorang friend postkan some link kat wall aku. So disebabkan perasaan ingin tahu aku sebagai seorang manusia biasa, aku terus terjah link tu. And you know what happen?

At that moment, that link automatically use my facebook profile to comment on my friends wall! Aku takde pun lawat wall diorang atau komen kat wall diorang. Apalagi nak postkan link tu kat wall diorang kan? Ini, tiba-tiba pula aku komen kat wall orang dan postkan link tu!

That link look like this apps[dot]facebook[dot]com/imaginedat/. Dan masa aku click link tu, takde pun application facebook. Yang ada cuma satu page yang paparkan iklan bidvertiser! And i think the admin of that page use this kind of tactic to increase their traffic just to increase the ads revenue!

So kalau korang jumpa link tu, jangan korang klik link tu. Kata seorang member aku, link tu is somekind of facebook virus. Aku tak tau sejauh mana kebenaran benda tu adalah facebook virus. Tapi kalau dah ko klik dan dia sendiri sebarkan dirinya, tu macam style worm virus kan?

Facebook ni dah terkenal yang amat, so tak hairan lah org buat macam-macam untuk jatuhkan atau nak ambil kesempatan dari diorang ni.

Keju Dari Susu Badan Manusia!


Pernah tak korang terdengar atau terbaca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia?

Kadang-kadang dalam kita menempuh kehidupan ini, ada saja benda pelik yang kita temui, samada dengan mata kepala kita sendiri ataupun hanya melalui kabar angin sahaja. Suatu yang sukar untuk diterima dek akal fikiran manusia.

Seperti juga apa yang aku baca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia! Aku cuba menganggap ianya hanya cerita rekaan semata-semata.

Tapi satu article mengenai France human breast milk cheese yang ditulis pada tahun 2007 menyebabkan benda ni seakan benar.

Le Petit Singly, sebuah kilang di France direka khas untuk menghasilkan produk keju yang diperbuat dari susu badan manusia ni. I was like, huh?! Boleh tak korang bayangkan bagaimana cara diorang menghasilkan atau menuai susu manusia utuk dijadikan keju?

Menurut mereka, cara menghasilkan keju ini adalah sama dengan cara menghasilkan keju dari susu lembu dan rasanya seakan keju ni dicampur dengan kacang hazel!

Dan pada tahun ini juga (2010), seorang tukang masak diberi amaran oleh oleh pegawai kesihatan selepas dia memberi tawaran kepada pelanggan untuk merasa sendiri keju yang diperbuat daripada susu isterinya sendiri!

Aku masih meragui kewujudan benda ni kalau ianya tak ada depan mata aku.  Sejauh mana kebenaran benda ni, diorang sajalah yang tahu. Tapi kalaulah benda ni benar-benar wujud, apa yag korang fikir masa menikmati keju tu?


Atau



Kalau korang berminat nak baca lebih mengenai benda ni, korang boleh baca kat  Human breast cheese milk mada in France Atau New York chef offers customers cheese made from wife's breast milk

Dan kalau nak lebih advance lagi, korang boleh lawat Petit Singly, laman web dalam bahasa france, kilang di france yang menghasilkan produk ini. Korang boleh buat tempahan online juga kat laman web ni kalau berminat. Sejauh mana berfungsi laman ni, aku tak tau pula sebab aku tak cuba lagi.

Apa Kes Rita Rudaini Ni


Terbaca kisah Rita Rudaini dalam mStar Online tadi. Apa kes Rita Rudaini tiba-tiba nak tuntuk nafkah dari Aidil, suaminya? Ke diorang dah bercerai? Kata hari tu kan semuanya baik kan? Adehlah hidup selebriti ni kan.

Dalam berita tu, Rita kononnya bekemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri daripada suaminya, Aidil Zafuan.

[ Gambar ]

Hari tu kata dah ok, takde masalah lagi. Hari ni pula kata nak tuntut itu, nak tuntut ini. Lepas tu esok, entah apa pula.

Kita tengok berapa lama lagi diorang ni tahan, lepas tu bercerai. heh. Kalau tak bercerai baguslah. Lagipun Rita Rudaini tu tengah mengandung  3 bulan, anak kedua mereka.

Mohd Zaquan Dan Ayu Raudhah Nak Khawin, Mohd Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini pula nak cerai. Apa kes?

Blogger Bercerai Dan Money Boy Melaka


Exam ada tinggal 1 paper lagi. So boleh la bersenang lenang sikit lepas ni. Beberapa hari juga aku tak update blog ni. Nasib tak tinggal terus saja. Tetap setia dalam arena blogging walaupun takde orang kenal. :)

Tadi tengok performance blog untuk hari ni, tergelak aku tengok. Siapa blogger yang bercerai? Ada pulak orang cari berita blogger bercerai kat blog blogger 20 sen ni. Seingat aku, tak pernah pun aku tulis pasal blogger bercerai, sebab aku tak tau mana-mana blogger yang bercerai.




Dan moneyboy Melaka? Siapa moneyboy Melaka? haha!

Sebenarnya, aku tak tau pun apa tu moneyboy. Lepas tanya kat pakcik google, rupanya moneyboy tu Pelacur Lelaki!

Oh no! Adakah aku telah melakukan kesalahan kerana menjadi pelacur! Haha!

Kepada orang-orang kat melaka? Mana tempat nak cari Moneyboy? Aku nak cari. Dan ada juga orang kat luar sana yang nak cari moneyboy macam aku. haha

Oh ya, Si Abang fitrihadi kan study kat Melaka, Weh fit ko tau tak Mana nak cari moneyboy kat melaka?

Selamat Menyambut Pesta Cahaya


Sekali lagi kita diberikan peluang olehNYA untuk terus hidup di alam indah ciptaannya ini. Dan sekali lagi manusia sekalian alam berpeluang untuk Menyambut Pesta Cahaya, atau rasanya lebih popular Hari Deepavali.

Hari ini, kaum india yang beragama Hindu di Malaysia Menyambut Hari Deepavali. Deepavali ini sebenarnya ada beberapa nama termasuk, Diwali, Divali, Deepavali dan Festival Of Light. Korang cuba search kat Google dengan perkataan Diwali, mesti banyak info korang boleh dapat.

 [ Gambar ]

So, sempena Hari Deepavali ni, Aku nak ucapkan Selamat berpesta dan menyambut Deepavali kepada mereka yang merayakan Deepavali. Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung atau kemana-mana saja, berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Jangan jadi macam kes Kemalangan Ngeri Di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat ni dan banyak lagi kes kemalangan ngeri yang berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.


Mari Berkenalan Kejap


Aku kena tag dah dengan si Fit ni. So dalam aku bosan ni, nak study pun tak masuk juga, baik aku jawab soalan sengal si fit ni. Heh, ni soalan exam Prof Fit Bagi Kat aku. Soalan senang je, tak payah lah sampai nak gunakan tips bagaimana untuk berjaya dalam peperiksaan ni. heh

Apa benda yang paling penting dalam hidup kamoo?
Benda yang paling penting dalam hidup saya adalah saya ingin Berjaya dalam hidup, nak rumah besar, isteri besar, anak besar. Dan saya nak hidup yang gembira. Eh perkataan besar tu sila abaikan. heh

Benda yang terakhir kamoo beli guna duit sendiri?
Benda yang saya beli dengan duit sendiri baru-baru ini adalah Handphone.

Di manakah tempat kamoo ingin melangsungkan perkahwinan dan tema?
Entah, tak pernah fikir sangat pasal kahwin ni. Tanya Dulu kat bakal isteri. heh

Adakah kamoo sedang bercinta sekarang?
yes. hehe

Berapa lama kamoo akan mencintai kekasih kamoo?
Selagi Sang Pencinta Langit dan Bumi serta Matahari izinkan saya mencintai dia

Novel/ buku/ majalah yang terakhir kamoo beli?
Komik Le Gardenie Karya Ben heh

Apa nama penuh kamoo?
Kyuubi. Heh. Boleh terima x?

Antara mak dan ayah mana yang kamoo lebih mesra?
Mak kot. Sebab ayah macam tak mesra sangat dengan anak-anak dia ni. heh

Adakah kamoo basuh baju sendiri?
Malu ah kalau x basuh baju sendiri dah besar panjang ni.

Bila tarikh lahir kamoo dan kat mana kamoo sambut tahun lepas?
1904. Tahun lepas lepak kat café n makan kek awek belanja. heh

Bagitahu tiga perkara tentang orang yang tag kamoo?
Seorang lelaki Hensem paling terrer bab grafik. Aku jeles
Student Universiti teknikal Malaysia Melaka
Pemilik fitrihadi.com
Seorang yang sengal. hahaha jangan mara fit nanti kena jual

Blogger yang kamo nak tag:

Hmm, nak tag siapa ekk..


Heh, ni je aku nak tag. So, siapa yang kena tag ni kalau korang nak buat, sila la sudi-sudikan diri untuk jawab. Kalau tak pun takpe. Wa tak marah punya. hik3

p/s: Wa nak gi sambung baca buku dulu.


Keputusan Penuh Pilihanraya Parlimen Batu Sapi Dan Dun Galas


Hari ini, 4 November merupakan hari membuang undi bagi DUN Galas dan juga Parlimen Batu Sapi yang mula dibuka pada jam 8 pagi.

Jadi berikut adalah keputusan penuh dan terkini untuk kedua-dua PilihanrayaDUN Galas Dan Parlimen Batu Sapi yang dipetik dari Berita Harian Online.

Untuk Parlimen Batu Sapi, Calon BN, Datin Linda Tsen Menang dengan Majoriti 6,359 undi menewaskan 3 calon lain iaitu Datuk Yong Teck Lee dari SAPP dengan undi sebanyak 2,031 undi, dan calon PKR Ansari Abdullah dengan 3,414 undi.

Manakala untuk DUN Galas pula, BN merampas kerusi DUN Galas selepas menewaskan calon PAS dengan dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil hari ini.

Calon BN, Ab Aziz Yusoff memperolehi 5,324 undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang memperolehi 4,134 undi.

Namun Pilihanraya DUN Galas dicemari sedikit insiden pergaduhan yang menyebabkan seorang ahli puteri UMNO cedera.

Syabas diucapkan kepada calon-calon yang menang. Semoga apa yang korang janjikan kepada pengundi semasa kempen pilihanraya ditunaikan. Jangan janji kosong okeh?

p/s: Jangan pula ada lagi yang nak bergaduh selepas ini ok?


2 down, 2 to go! How do you like it huh?!


Fasa kritikal semester ni dah pun berakhir hari ni. Lepas ni masih ada exam, tapi yang senang punya saja. So lepas ni mungkin bolehlah relax sikit, tenangkan minda, lepak-lepak sambil minum kopi panas, makan ubipanas.

Teringat kes perang besar hari tu. Kali ni pun perang besar juga untuk 2 paper yang memang buat aku checkmate lah. Susah gila!

Dengan formula yang entah berapa puluh biji nak ingat, belum method nak selesaikan soalan. Tu lain lagi. Memang pening wa cakap lu. huhu. lagipun aku takde asas sangat fizik ni. Kalau yang pernah belajar Thermodynamic tau kot. Tapi lu orang terrer subjek ni, mesti lu orang cakap senang. Tapi tidak bagi aku.

Aku budak pure Biology masa diploma, masuk pula Chemical Engineering untuk degree ni. Memang gelabah la kan. Nah kau, siapa suruh kau mohon untuk course ni.

Tapi bukan salah aku juga. Masa mohon untuk degree, kitorang disediakan 4 pilihan. Aku buat 3 pilihan untuk course yang berasaskan Biology, tapi entah kenapa aku letak 1 pilihan Untuk Course Engineering ni.

Dah rezeki aku kot. haha. Sabar sajalah. Mudah-mudahan aku tak sangkut di tengah jalan sudah la. 


Aku Insomnia!


Simple update. Sekarang musim exam, so aku pun tak ketinggalan nak exam. Aku nak praktikkan tips bagaimana untuk berjaya dalam exam ni namun nampaknya tidak berkesan untuk aku.

Dah beberapa hari juga aku tidur tak tentu sebab nak study punya pasal. Makan pun tak teratur. huh! Inilah kehidupan aku buat masa ni.

Nampaknya blog pun akan terbiar beberapa hari. Mood nak update hilang. Idea pun kering. Sebab otak dipaksa bekerja keras untuk study, so idea best nak update pun bercuti sementara waktu.

Maaflah kat fitrihadi dan pembebel jalanan sebab aku tak dapat jawab tag korang tu buat masa ni. lepas ni aku buat ok.

Pada yang drop komen dan baca blog ni, terima kasih daun keladi. Lain kali singgah lagi. Maaflah aku tak dapat lawat korang pula. Sedang dilanda demam exam yang teruk. nanti lepas exam habis, kita blogwalking ramai-ramai sampai pengsan okeh?


Bila Barrack Obama Pakai Fair & Lovely


Kecantikan itu adalah hak milik setiap insan. Maka kerana ungkapan itulah setiap insan berlumba-lumba menjaga dan mengejar kecantikan. Syarikat kecantikan pun dapat buat duit dengan banyak. Dan kerana ungkapan itu jugalah Barrack Obama pun nak jaga kecantikan.

Credit picture to Google.com

Dan demi menjaga kecantikan, Barrack Obama pun nak guna Fair & Lovely. Ini adalah gambar Barrack Obama yang lama. Belum pakai Fair & Lovely lagi. Dan selepas pakai Fair & Lovely, Barrack Obama jadi macam ni.

 
 Credit pictute to facebook.com
 
Kulit gelap dia jadi putih kan? Siap rambut tumbuh lagi. Bak kata orang, patah tumbuh, hilang berganti. Korang percaya tak?

So, siapa-siapa yang berkulit gelap macam Obama nakkan kulit lebih cerah dan berseri, guna lah Fair & Lovely, pasti kulit anda jadi putih berseri-seri macam Obama.