Showing posts with label Blogger 20 Sen. Show all posts
Showing posts with label Blogger 20 Sen. Show all posts

Ubipanas.com Lebih Panas Dari Biasa!


Walaupun ubipanas.com tak famous macam kim kardhasian, namun kini blog ini jadi lebih hangat dari biasa! Ya sudah tentu. Bak kata Fit,

P/s: eh baru aku perasan blog bro dah jadi blog hiburan ar.. boleh berjaya ni..good luck :). Fitrihadi.com

Blog ni bukan jadi blog hiburan sangat pun. Just idea nak tulis pun kering, so berhiburlah sekejap cuma. Lagipun nak bagi blog ni lebih hot sikit. Dah namanya pun ubipanas, mestilah nak bagi panas sikit. haha

Blog ubipanas ni tetap blog peribadi yang suka menulis cerita lebih hangat dari biasa. Menulis kisah peribadi aku sebagai seorang student yang merantau di tempat orang.. Walaupun tak la peribadi sangat pun. Berkongsi maklumat dan info berguna kepada semua. Pendek kata, blog ni jadi blog rojak.

Dan aku nak wujudkan lagi cerita baru, iaitu segmen cerita seram. So siapa yang suka dengan cerita seram-seram gitu, boleh la berhibur sambil ketawa baca cerita seram. errk? ada tak orang ketawa masa baca cerita seram? Ok, nevermind.

Tapi buat masa ni, aku tak aktif sangat menulis. Aku lebih pentingkan masa rehat dan tidur. Dan semestinya study. Kalau dulu, sanggup kurang tidur, semata-mata nak bagi blog update. Hasilnya, penat memanjang. Masuk kelas mata kuyu dan tak dapat nak tumpukan perhatian dalam kelas. So tak nak lagi macam tu. Ada masa update la. Kalau takde, biarkan saja.
 
So kalau blog ni tak berupdate selama berbulan-bulan ke, korang faham sajalah. Dan kalau aku tak membalas lawatan korang, jangan lah merajuk. Ada masa, aku akan tetap jejakkan kaki, menyemak di blog korang. hahaha!


ubipanas.com Tak Famous Macam Kim Kardashian Yang Dapat 4 Juta Like Di Facebook


kadang-kadang best juga baca tweet artis-artis popular ni kan? Tadi jenguk-jenguk tweet artis-artis popular, terbaca tweet seorang aktress popular Hollywood, Kim Kardashian.


Popular yang amat sangat! Kim kardashian dapat lebih 4 juta like di facebook fan page dia ni. Adakah korang salah 1 dari diorang yang like fan page si kim ni? lagipun siapa tak minat dan tak kenal dia kan? aktress yang cantik dan hot!

 

Dah ada 4 juta lebih yang tekan like facebook fanpage Kim Kardashian ni. Mungkin dalam sebulan dua lagi, sampailah 5 juta tu.

[ Gambar ]

Cantik tak? Inilah Kim Kardhasian kalau korang tak kenal. Yang ni gambar jadi budak baik. Aku tak nak letak gambar yang "terlebih baik". Nanti ada yang muntah darah tengok gambar dia ni. Kalau tak pun hidung berdarah. Sebab panas! Hot! Betul tak Abang Hans?

Sebenarnya namanya mulai dikenali ramai disebabkan oleh rakaman aksi hubungan seks Kim Kardashian dengan teman lelakinya, Ray J. Ala macam Parish Hilton dulu tu. Ingat lagi tak? One Night In Paris.

Kalaulah blog ubipanas.com ni famous macam si kim. Sampai pada saat ini, usia blog ubipanas.com ni sudahpun mencapai usia setahun lebih. Tinggal lagi 7 bulan, genaplah 2 tahun usia blog ubipanas.com ni. Tapi usia bukan penentu kejayaan dan kepopularan.

Inilah jumlah pelawat blog ubipanas.com dalam sehari

Kim Kardashian buat sex tape jadi famous. Parish Hilton pun sama. So, kalau penulis ubipanas.com nak buat macam diorang boleh dapat 4 juta pengunjung ke sehari? Atau dapat 4 juta makian sehari? Haha

Siapa yang nak follow twitter dan facebook kim boleh la korang tambah peminat dia supaya jadi 5 juta;


Dan siapa-siapa yang nak follow facebook dan twitter ubipanas.com amatlah dialu-alukan :)



p/s: Mungkin boleh jadi famous kot buat macam diorang ni :)


Aku Menulis Blog Bukan Sebab Duit Dan Nama


Dalam dunia ada bermacam-macam ragam manusia. Setuju atau tidak, itu adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal. Selama 25 tahun aku berpijak di bumi yang nyata menghirup udara segar dan melihat dunia menuju kehancuran, sudah banyak ragam manusia yang aku jumpa, baik yang hipokrit, mahupun yang jujur.

Dan sebagai seorang blogger juga aku jumpa banyak ragam penulis blog. Dari yang menulis suka-suka sampai yang menulis kerana duit.

Ramai penulis blog diluar sana yang sentiasa berkata;

"oh, aku menulis blog sekadar suka-suka dan berkongsi dengan semua pembaca"

Ada juga kata;

"oh aku menulis sekadar hobi, bukan sebab duit"

Tapi kekadang aku rasa tertipu dengan sesetengah mereka. Setengah mati nak menegakkan bahawa tak menulis kerana duit atau nama, tapi korang boleh jumpa link diorang hampir diseluruh alam maya.

Sungguh menghairankan bilamana mereka tidak pentingkan duit dan nama, tapi blogwalking setengah mati demi nak naikkan trafik blog. Menulis blog hanya ada 1 persamaan matematik yang boleh kita guna.

Trafik Blog Tinggi = Duit Blog Masyuk

Trafik Blog Rendah = Duit Blog Ciput

Semua sedar tentang ini. Itulah hukum sesebuah blog. Tidak akan ada iklan nak melekat dalam blog kalau trafik ciput.

Apa kata kita jujur pada diri sendiri. Pada aku, selain sebagai hobi, aku nak juga cari duit sampingan dari blog. Kalau tak banyak, cukuplah untuk maintenance blog. Bayar hosting, kalau yang pakai hosting dan bayar domain bagi yang pakai domain sahaja.

Jadi, kalau nak dapat duit sikit dari blog, jom ramai-ramai blogwalking dan jangan pernah kata, tak nak duit. Sebab aku pasti, setiap insan di dunia, tiada seorang pun yang tak nak duit.


Anda Diberi Pilihan Samaada anda Tekan Suka, Kongsi Atau Bunyi Macam Burung


Perubahan kearah suatu kebaikan adalah amat dimestikan. Betul atau salah? Itu hak korang untuk tentukannya.

Bagi aku, aku cuba untuk berubah kepada yang lebih baik setiap hari sebab aku ni sukakan suatu yang sempurna; Sempurna atas definisi aku sendirilah.

Blog ini misalnya dah jadi salah 1 rutin harian aku. Kalau tak update setiap jam, mesti update paling kurang pun sekali. Apa yang kurang dari 1 tapi bukan kosong? Ngehehehe

So untuk berubah seiringan dengan zaman ini dan memberi anda lebih pilihan, kepada mereka yang baca blog ni, aku dah sediakan 3 pilihan untuk korang. Errkk, bukan 3 tapi 4 tindakan yang korang boleh buat.




4 pilihan itu adalah sila tekan suka kalau anda suka dengan artikel yang aku terbitkan, sila tekan kongsi kalau korang nak rakan-rakan muka buku korang baca artikel yang aku terbitkan dan sila tekan bunyi burung jika korang nak rakan-rakan bunyi burung korang baca artikel yang diterbitkan.

Dan pilihan terakhir ialah jangan buat apa-apa. haha

Aku rasa macam pelik pula aku susun 3 aplikasi tu macam tu. Korang rasa ok ke?


Identiti Blogger Hilang? Jom Cari Bersama Saya


Baru hari ni nak jawab. Jawab jangan tak jawab. Orang dah tag, mestila kena jawab kan?

Aku ditag oleh si pembebel jalanan yang kuat bebel ni. Dah lama sebenarnya. Adalah dalam beberapa hari. Dan memandangkan exam aku pun dah habis, so ada masa nak jawab tag. Siapa-siapa yang sudi nak tag si Blogger 20 Sen ni, sekaranglah masanya! Aku dah free sekarang ni. :)


"Once you have been tag , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , or goal about you . In the end , choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you , its because I want to know you more."

So, maknanya, aku kena tulis 25 benda tentang diri aku? Baiklah. Jom berkenalan dengan Blogger 20 Sen bersama saya. hik3

1. Aku adalah kyuubi. Aku suka nama ni pilih nama ni sebenarnya sebab aku peminat kipas susah mati Gempak naruto. Kyuubi adalah salah 1 karakter dalam naruto tu.

2.Aku asal Sabah. Tapi sekarang duduk Shah Alam sebab Sambung Study. Kalau tak pasal study, memang sure aku tak datang sini.

3.Belajar kat UiTM Shah alam dalam jurusan kejuruteraan kimia. Tapi aku tak tau benda kimia-kimia dan jurutera semua ni. Aku hanya tahu makan dan tidur. ahaks!

4.Aku sebenarnya minat Biologi dan Business, tapi entah kenapa diorang bagi aku Engineering. huhu pecah kepala den nak study benda yag tak biasa ni. huhu

5.Anak ke 2 dari 6 adik beradik. Dan yang sedihnya, adik beradik aku takde perempuan. Semua lelaki. huhu. Maksudnya aku ni kira sulunglah juga.

6.Tarikh lahir 19 april. Birthday aku dah lepas, so tahun depan jangan lupa bagi hadiah. haha

7.Seorang yang sangat penyabar. Tapi dalam dok sabar tu tahan aja lah korang dengan bebelan aku. hahaha

8.Seorang yang simple. Tak suka hidup yang sibuk dan sesuatu yang complicated. Life is simple baru best!

9.Tak suka bergaya sangat. Kadang nampak selekeh pun ada. haha. Tapi? Ada aku kesah? Haha

10.Suka makan. Memang bab makan selalu aja menghabiskan duit aku. Bila ada duit, makan aja kerja. Ko tak nampak pun duit aku hilang kemana. Sebab semua hilang untuk makanan. haha

11.Walaupun Kuat makan, tapi badan tetap macam lidi. Jangan percaya kalau si Gadis Innocent kata aku gemuk. haha. Innocent ke bebeh? :P

12.Minat dengan fotography. Aku suka ambil gambar. Cita-cita nak beli DSLR. Tapi entah bila kesapaian hasrat di hati ni.

13.Sangat kuat tidur. Rekod tidur aku adalah selama 14 jam tak bangun-bangun. Korang nak lawan ke?

14.Aku juga seorang pencinta alam. hehe. Tak caya? Sudah! :P

15.Aku seorang lelaki tulen ok. Jangan hairan kalau korang tiba-tiba jumpa aku pakai baju warna pink atau merah jambu. Sebab aku memang suka pakai merah jambu. haha

16.Dalam menulis blog, pernah ada orang anggap aku perempuan. Mungkin sebab dulu, nama blog ni everything beautiful. Nampak macam wanita sangat ke?

17.Bercita-cita nak ke jepun atau korea. Aku nak tengok bunga sakura!

18.Seorang yang jiwang. Mungkin. Tapi aku takan dengan senang menunjukkan kejiwangan itu pada sembarangan orang. hik3

19.Teringin nak pakai telefon tangan Blackberry. hihi. Tapi aku ni bukan banyak duit sangat. huhu

20.Lepas habis study ni, aku harap dapat kerja dengan gaji besar. Nak bagi hidup mak ayah aku senang. Kalau bukan diorang, aku takan sambung study. Cukuplah dengan diploma yang aku ada.

21.Seorang yang berfikiran lain dari yang lain kot. Sebab idea aku ni kadang-kadang gila sikit. haha

22.Menulis blog ni, aku teringin nak tukar ke Wordpress self hosted. Tapi tunggulah nuffnang bagi aku duit baru aku tukar. hik3

23.aku macam dah takde idea ni.

24.Mata pun dah ngantuk. Penat kot. haha

25.Masa ku tulis entri ni, aku baru siap makan nasi lemak. haha

Hah! Dah siap! hahaha. so pembebel Jalanan? Ok tak Assignment ni? Boleh dapat A tak?

Ok sekarang kerja untuk tag orang pulak. Hmm, nak siapa ekk? Ok seperti biasa, jom tag orang bersama saya!


Yatrehayati@ Gadis Innocent Korang gi baca blog dia ni. Innocent sangat ke? haha
Rasanya itu saja kot aku nak tag. Kalau siapa-siapa yang nak buat tag ni pun boleh juga. Dipersilakan. Kepada yang kena tag ni. Kalau nak buat silakan, kalau tak pun tak apa juga.

Cuak ke bebeh komen bebeh! haha!

Blogger Bercerai Dan Money Boy Melaka


Exam ada tinggal 1 paper lagi. So boleh la bersenang lenang sikit lepas ni. Beberapa hari juga aku tak update blog ni. Nasib tak tinggal terus saja. Tetap setia dalam arena blogging walaupun takde orang kenal. :)

Tadi tengok performance blog untuk hari ni, tergelak aku tengok. Siapa blogger yang bercerai? Ada pulak orang cari berita blogger bercerai kat blog blogger 20 sen ni. Seingat aku, tak pernah pun aku tulis pasal blogger bercerai, sebab aku tak tau mana-mana blogger yang bercerai.




Dan moneyboy Melaka? Siapa moneyboy Melaka? haha!

Sebenarnya, aku tak tau pun apa tu moneyboy. Lepas tanya kat pakcik google, rupanya moneyboy tu Pelacur Lelaki!

Oh no! Adakah aku telah melakukan kesalahan kerana menjadi pelacur! Haha!

Kepada orang-orang kat melaka? Mana tempat nak cari Moneyboy? Aku nak cari. Dan ada juga orang kat luar sana yang nak cari moneyboy macam aku. haha

Oh ya, Si Abang fitrihadi kan study kat Melaka, Weh fit ko tau tak Mana nak cari moneyboy kat melaka?

Aku Nyaris Dilanggar Kereta Proton Saga Merah!


Hari ini adalah hari jumaat, penghulu segala hari. Sepatutnya sikap kita lebih baik dari hari-hari yang lain. Untuk menghormati betapa besarnya makna hari ini.

Tapi tidak bagi sesetengah orang.

Banyak kes kemalangan maut berlaku di Negara ini. Walau apa cara sekalipun yang dilakukan oleh pihak polis trafik dan banyak lagi organisasi lain seperti Ops Checkmate, namun tetap ianya terjadi. Dan ini sebabkan oleh apa? Korang boleh fikir sendiri. Bagi aku tentulah sikap diorang ni yang tak boleh diharap langsung! Tidak pernah menghargai nyawa manusia. Bagi mereka nyawa ni boleh dijual beli di pasar ikan!

Kes kemalangan yang terhangat dan terbaru rasanya adalah kes Kemalangan Ngeri Di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Dan dari laporan akhbar yang aku baca, polis mengatakan bahawa kemalangan ini disebabkan oleh bus yang dipandu laju!

Ada beberapa lagi contoh kemalangan ngeri sepanjang tahun ni yang aku petik dari mStar online, antaranya;








Ini baru sikit. Ada banyak lagi berita macam ni kalau nak baca. Dan walaupun banyak kes kemalangan seperti ni berlaku, namun ianya tidak pernah menakutkan orang ramai.

Dan aku rasa, kebanyakan kes seperti ini berlaku disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri. Sebabnya? ianya berlaku atas aku juga!

Baru sejam yang lalu aku nyaris dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seekor syaitan entah dari neraka jahanam mana memandu kereta Proton Saga Merah. Nasib aku tak dapat nombor pendaftaran kereta tersebut. Kalau saja aku dapat, sudah aku canangkan ke selurhm alam maya ini betapa pemandu kereta berkenaan sangat kurang ajar.

Masa kejadian ni, aku nak seberang jalan. Dan disebabkan lampu untuk pejalan kaki dah tukar ke hijau, manakala untuk kereta pula dah tukar ke merah, aku pun melintaslah. Dan nasib baiklah aku berjati-hati dan berfikir tentu ada syaitan yang tak pandai ikut peraturan jalan raya. Dan sangkaan ku tepat!

Masa aku sampai ke tebing jalan, tiba-tiba kereta Proton Saga Merah yang dipandu laju oleh syaitan tu lalu kat depan mata aku. Hanya 1 langkah je lagi, aku pasti dilanggar oleh kereta jahanam tu!

Dalam hati aku, @#$%^&**( !!!!!!

Memang pemandu kereta ni Malaysia ni tak beradab dan tak pandai ikut peraturan. Kalaulah aku tak berhati-hati tadi, tak tahulah apa terjadi. Dah la kereta tu dipandu dengan laju.

Dan disebabkan itulah aku tak heran dengan kemalangan jalanraya yang banyak berlaku kat negara kita ni. Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan akibat dari kemalangan jalan raya ni tidak pernah menakutkan rakyat negara ni.

Dan mungkin gambar-gambar kat bawah ni tak menakutkan korang kot.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Maaf, aku hanya mampu bagi link. aku tak sanggup nak upload gambar-gambar ni. sila terjah sendiri kalau nak tengok. Kalau nak lebih lagi, sila terjah laman web gambar seksi ni.

Dan sampai saat aku tulis entry ni, hati masih berdebar-debar dan marah dengan kejadian itu. Kalau ada bahasa kesat yang aku gunakan, itu tandanya aku tengah marah dan geram.

P/S: Kalaulah ada benda buruk yang terjadi, tiada siapa yang akan buat entri, Blogger 20 Sen telah terlibat.........................dan..............................