Showing posts with label Perayaan Di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perayaan Di Malaysia. Show all posts

Salam Aidiladha, Cuti Dan Pendatang


Salam Aidilaadha kepada semua yang membaca blog ini, rakan-rakan alam maya dan semua yang tersesat ke blog ini. Semoga di hari yang mulia ni kita semua mendapat berkat dan dapat lebih memahami erti sebuah pengorbanan.

Dan sempena Aidiladha ni, rasanya seluruh negara cuti. Maka bercutilah sekalian warga Malaysia, baik penduduk tempatan mahupun bangsa asing yang ada disini.

Sempena Aidiladha ni juga, aku pun bergerak lah jalan-jalan tengok tempat orang. Dan tempat yang dituju, Masjid Jamek. Sorry takde gambar kat sini, aku takde bawa pun kamera sebab aku memang tak memiliki kamera. haha. Tak guna punya blogger takde kamera. Blog pun nampak macam sunyi sepi tanpa gambar kan? So ni masuk wishlist untuk tahun baru nanti. hik3

So, bila aku sampai kat Masjid Jamek, to my surprise, Gila banyaknya muka bukan local! Heh, nak tanya koranglah, memang tempat tu tiap hari penuh dengan bangsa lain ke? Aku bukan asal sini, so tak tahu sangat dengan keadaan sini.

Dari hujung jalan sampai ke hujung yang satu lagi, muka yang jarang aku nampak aja yang ada. dan penuh sesak! banyak beratus ratus kot orang kat tempat tu. Huh sampai aku pun pening jalan kat tempat tu.

Kesimpulan yang aku buat, Kuala Lumpur negeri maju yang sangat sibuk dan sesak dengan lautan manusia. Not my place.


Selamat Menyambut Pesta Cahaya


Sekali lagi kita diberikan peluang olehNYA untuk terus hidup di alam indah ciptaannya ini. Dan sekali lagi manusia sekalian alam berpeluang untuk Menyambut Pesta Cahaya, atau rasanya lebih popular Hari Deepavali.

Hari ini, kaum india yang beragama Hindu di Malaysia Menyambut Hari Deepavali. Deepavali ini sebenarnya ada beberapa nama termasuk, Diwali, Divali, Deepavali dan Festival Of Light. Korang cuba search kat Google dengan perkataan Diwali, mesti banyak info korang boleh dapat.

 [ Gambar ]

So, sempena Hari Deepavali ni, Aku nak ucapkan Selamat berpesta dan menyambut Deepavali kepada mereka yang merayakan Deepavali. Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung atau kemana-mana saja, berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Jangan jadi macam kes Kemalangan Ngeri Di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat ni dan banyak lagi kes kemalangan ngeri yang berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.