Showing posts with label mStar Online. Show all posts
Showing posts with label mStar Online. Show all posts

Billionaire Richard Branson Jadi Pramugari Airasia?


Anda kenal tak dengan Richard Branson? Sorry, tapi sebelum ni aku memang tak kenal dengan Richard Branson ni. Tapi tadi selak-selak mStar online, terbaca pula berita Pemilik Virgin Atlantic Bakal Jadi 'Pramugari' AirAsia. Kenapa pula Richard Branson nak jadi pramugari Airasia, jadi berita yang hangat?

So dengan pantasnya jari jemari yang seksi ini menari-menari balet atas papan kekunci Laptop Acer 4310 dengan intel® Celeron® M processor 530 dengan keupayaan kuasa kuda 1.73GHz. So to my surprise, Richard Branson adalah 212th richest person in the world menurut Forbes!!


Jadi kenapa seorang Bilionaire macam dia nak jadi pramugari syarikat penerbangan tambang murah Airasia pula?

Sebenarnya kejadian ini bermula disebabkan cabar mencabar tokoh korporat yang juga CEO Airasia, Datuk Seri Tony Fernandes dan juga Sir Richard Branson. Tony Fernandes yang menerajui pasukan F1 1Malaysia-Lotus mencabar Sir Richard Branson yang menerajui Formula Satu (F1) Virgin Racing.

Andai pasukan F1 1 Malaysia-Lotus kalah kepada Formula Satu (F1) Virgin Racing, Datuk Tony Fernandes akan bekerja sebagai pramugari Virgin Atlantic dan sebaliknya.

Lawak lah diorang ni. Apapun motif main macam tu? Aku tak tahu. Diorang aja yang tahu.

[ Gambar ]

Gambar Sir Richard dalam pakaian pramugari Airasia. Apa pendapat korang? Aku? No komen


Apa Kes Rita Rudaini Ni


Terbaca kisah Rita Rudaini dalam mStar Online tadi. Apa kes Rita Rudaini tiba-tiba nak tuntuk nafkah dari Aidil, suaminya? Ke diorang dah bercerai? Kata hari tu kan semuanya baik kan? Adehlah hidup selebriti ni kan.

Dalam berita tu, Rita kononnya bekemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri daripada suaminya, Aidil Zafuan.

[ Gambar ]

Hari tu kata dah ok, takde masalah lagi. Hari ni pula kata nak tuntut itu, nak tuntut ini. Lepas tu esok, entah apa pula.

Kita tengok berapa lama lagi diorang ni tahan, lepas tu bercerai. heh. Kalau tak bercerai baguslah. Lagipun Rita Rudaini tu tengah mengandung  3 bulan, anak kedua mereka.

Mohd Zaquan Dan Ayu Raudhah Nak Khawin, Mohd Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini pula nak cerai. Apa kes?