Selamat Menyambut Pesta Cahaya


Sekali lagi kita diberikan peluang olehNYA untuk terus hidup di alam indah ciptaannya ini. Dan sekali lagi manusia sekalian alam berpeluang untuk Menyambut Pesta Cahaya, atau rasanya lebih popular Hari Deepavali.

Hari ini, kaum india yang beragama Hindu di Malaysia Menyambut Hari Deepavali. Deepavali ini sebenarnya ada beberapa nama termasuk, Diwali, Divali, Deepavali dan Festival Of Light. Korang cuba search kat Google dengan perkataan Diwali, mesti banyak info korang boleh dapat.

 [ Gambar ]

So, sempena Hari Deepavali ni, Aku nak ucapkan Selamat berpesta dan menyambut Deepavali kepada mereka yang merayakan Deepavali. Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung atau kemana-mana saja, berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Jangan jadi macam kes Kemalangan Ngeri Di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat ni dan banyak lagi kes kemalangan ngeri yang berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.


3 comments: