I Travel Alone, Can't Believe it!

Aku pernah mention tak kat sini aku baru 2 bulan kat Shah Alam ni sebab further study? Kalau korang nak tau, aku baru memijakkan kaki kat Shah Alam ni bulan julai yang lalu. So kiranya aku baru 2 bulan jadi penduduk sementara kat Shah Alam ni. Aku belum tau tempat-tempat kat sini. Yang aku tau, pegi kelas dan balik hostel. Tu jelah.

Tapi atas desakan, semalam aku travel pegi Seremban Seorang diri! fuh, dalam hati tuhan je la yang tau. Dah la tak biasa tempat orang, seorang pula tu. Kang kalau ada apa-apa terjadi, siapa nak tolong kan? So aku memberanikan diri, redah je. Kalau aku sesat, tanyalah kat orang, bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan". Kalau orang nak apa-apakan aku berserah jelah.

So, jam7 pagi aku dah gerak pegi KL Sentral. Dari KL sentral pula naik KTM pegi Seremban. haha. Rupanya senang je. Takdelah susah sangat pun. Tambang naik KTM pegi Seremban cuma RM6 je! murahnya. aku travel antara 2 negeri bayar RM6 je. Kalau kat tempat aku di Sabah, RM6 tu cukup tambang aku pergi balik dari kampung aku ke bandar. Kalau nak travel lebih jauh, nak ke Kundasang, Ranau, Gunung Kinabalu, tambang dalam RM15 one way! Kalau nak lebih ke Selatan seperti Sandakan dan Tawau dalam RM50! perbezaan yang sangat ketara.

So akhirnya selamat juga aku. Nasib 1 Malaysia kan? :) Lepas ni aku dah tak risau. Main redah je pegi tengok tempat orang :)


Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Bangga sikit bila dapat tahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dinamakan sebagai salah seorang ketua bank pusat terbaik dunia oleh Global Finance, sebuah majalah yang beribu pejabat di New York tahun lalu. Dalam sebuah rencana tahunan terbitan majalah itu, 2009 CENTRAL BANKER REPORT CARDS, Tan Sri Dr. Zeti diberikan gred A bersama 6 lagi ketua bank pusat dari Czech Republic, European Union, Australia, South Korea, Taiwan dan Israel.

Mereka semua diberikan gred A berdasarkan kemampuan mereka untuk kejayaan dalam kawalan inflasi, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan mata wang. Gred terbaik yang diberikan adalah A untuk terbaik dan F untuk paling rendah. Syabas diucapkan Kepada Tan Sri Zeti atas kejayaan dan usaha beliau dalam menguruskan mata wang negara.

Sumber: Global Finance

Frets On Fire Permainan Komputer Untuk Penggemar Gitar


Kepada semua peminat gitar, aku nak perkenalkan 1 permainan komputer yang baru aku discover beberapa hari yang lalu, Frets On Fire. Games ni adalah games nak main gitar, cuma yang bezanya, yang ni kita main menggunakan komputer. Tak payah susahkan diri nak cari gitar. hehe. Aku pun baru je dapat games ni demi nak menghilangkan kebosanan diri. huhu. So gambar-gambar dibawah adalah snapshot masa aku main game ni.




Hah, nilah rupa games tu masa korang nak main nanti. Bila button tu lalu kat fret yang bertanda tu, korang pun tekan la keypad. Ala-ala main piano gitu. Tapi sebelum boleh berfungsi, korang kena pergi ke bahagian setting dulu dan settingkan keypad mana nak kena tekan untuk setiap tali gitar tu.

Ni rupa games ni bila tekan je button tu. Bunyi pun sebiji macam gitar

Kalau tengah bosan tak tau apa nak buat, bolehlah layan games ni daripada buat benda tak berfaedah kan? Lagipun ianya macam dengar lagu je, cuma kita sambil buat senaman jari. hehe. So kalau korang berminat nak dapatkan games ni, korang boleh download games ni.


Jom layyaaannn...


Model baru Proton mengggantikan Proton Waja?

Ura-ura tentang model kereta terbaru dari pengeluar kereta Nasional Malaysia, Proton tersebar baru-baru ini. kalau korang ada tengok kat berita beberapa hari yang lalu, aku pun dah tak ingat bila tarikhnya, Proton dijangka akan memperkenalkan satu model kereta terbaru yang dikatakan akan menggantikan model Proton Waja yang sedia ada.

Ini adalah Model Proton Waja

Dan, yang bestnya model kali ni dikatakan adalah gabungan  rekaan Mitsubishi Lancer dan Proton Waja. Dan kalau tak silap akulah, kereta ni juga adalah jenis high performance car. Ala, macam kereta yang orang selalu bawa lumba kat jalan raya tu.

 


Ini adalah model Mitsubishi lancer

Walaupun belum ada pengumuman rasmi tentang bagaimana reka bentuk kereta ni, tapi boleh tak korang bayangkan sendiri. Aku rasa mesti best kereta ni.. :D Tak sabar pula nak tunggu kereta ni dilancarkan.

Dulu Proton Emas, nampak comej je. Kali ni diharapkan kereta ni lebih menyengat dari model-model Proton terdahulu.

Update: Polis Sahkan Sosilawati Dan Rakan Dibunuh

Bersambung dari entri semalam mengenai desas desus bahawa bahawa jutawan, Datuk Sosilawati Dan 3 lagi rakannya dibunuh. Hari ini, laporan dari Berita Harian Online menyatakan bahawa polis telah mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Namun demikian pihak polis menyatakan belum ada pengesahan forensik mengenai perkara tersebut.

Manakala The Malaysian Insider pula menyatakan bahawa polis telah mengesahkan penahanan seorang berpangkat Datuk dan 2 orang adik beradik berhubung kes ini.Keluarga terdekat Datuk Sosilawati juga dilaporkan datang untuk memberikan sampel DNA bagi membantu siasatan. Polis juga menyatakan bahawa mereka menemui beberapa barang kepunyaan mangsa di ladang berkenaan.

Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh

Aku betul-betul terkejut masa tengok beberapa tweet dari rakan twitter bila diorang kata mayat Datuk Sosilawati dan beberapa rakannya yang dilaporkan hilang telah ditemui. Dan yang lebih menyedihkan lagi apabila diorang dibunuh dengan kejam dan dibakar sebelum dibuang dekat Pantai Morib.

Datuk Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu bersama beberapa rakannya. Dan rasanya dengan penemuan mayat yang dipercayai mayat Sosilawati bersama 3 lagi rakannya yang dilaporkan hilang dekat pantai Morib, Selangor semalam misteri kehilangan mereka ni mungkin akan terjawab.

Tapi belum ada pengesahan dari pihak yang berkenaan berkaitan dengan penemuan ni. Tapi yang dilaporkan, polis sudahpun menahan 6 individu berkaitan dengan penemuan ini. Hmmm, kalau betul la mayat yang dijumpai tu adalah Datuk Sosilawati dan rakannya, memang Tragis benarlah raya kali ni untuk keluarga mereka ni.

Apapun, kita sama-sama menunggu pengesahan daripada pihak yang sepatutnya. Sambil tu, boleh baca laporan kat kosmo ni juga

Tiada benda nak Buat, Maintenance Blog lah

Salam 1 malaysia semua dari Kyuubi

Kalau korang tengok blog ni, mesti sangat banyak perubahan kan berbanding dengan yang dulu. Blog ni sebelum ni nampak hodoh dan tak menarik langsung. Dah banyak juga aku buat perubahan, tapi takdelah banyak mana pun. Just tukar template baru cukuplah. Sebenarnya aku masih tinggal kat kolej ni. Korang semua dah balik rumah, makan sedap-sedap, tapi masih tinggal kat kolej ni sorang-sorang. Cuti 2 minggu tuh!

Weh, kampung aku kat Sabah, Tapi sekarang aku study kat Shah Alam ni. So korang dapat bayangkan tak berapa banyak belanja aku nak balik. So, siapa yang baik hati boleh tak korang dermakan tiket pergi dan balik ke sabah? Hehe, gurau je.

Jadi untuk mengisi masa lapang selain study (ada ke aku study ni hahaha) aku godek-godek la blog ni sampai jadi apa yang korang nampak sekarang ni. laptop pun dah repair, Broadband pun dah beli so apa lagi. Tapi ada tak blog ni nampak macam kepunyaan seorang perempuan? Nanti korang panggil aku akak pula, macam si jard ni ada orang panggil bro. haha. padahal dia seorang wanita.. ececeh..

Button Twitter dan facebook pun aku dah letak. lenguh badan nak buat benda ni sebenarnya dengan coding yang aku langsung tak faham. Minta tolong dengan pakcik Google cari tutorial pun punyalah payah. Banyak juga tutorial yang tak berfungsi dengan baik. Tapi setelah mengambil masa hampir 8 jam  baru berjaya letak button facebook dan Twitter! fuh! Tapi puas hati dengan kerja sendiri.

Jadi apa pendapat korang dengan blog ni sekarang? ok ke makin merimaskan? kalau ada sebarang penambahan dalam kekurangan sila tegur aku ye.. peace!

Britney Spears Disaman Kerana Berkelakuan Tidak Senonoh

Apa sudah jadi dengan Britney Spears yang terkenal suatu ketika dulu sebagai seorang pop star dan gadis baik? Baru-baru ni, seorang bekas pengawal peribadi, Fernando Flores memfailkan saman terhadap Britney Spears atas dakwaan gangguan seksual terhadapnya.

Britney Spears Suatu ketika dahulu, Cantik dan menarik

She was wearing a white lace, see-through dress," Flores claims. "She walked over close by, intentionally dropped her cigarette lighter on the floor, bent over to retrieve it and thereby exposed her uncovered genitals
Itu adalah antara petikan dakwaan Fernando terhadap Britney. Antara dakwaan lain terhadap Britney termasuk memukul anaknya menggunakan tali pinggang, Memberi anak-anaknya makan makanan yang dia tahu mereka alergi dan mengadakan hubungan seks dalam bilik hotel ketika anak-anaknya ada disana.

Britney Spears Sekarang. Err? Any comment?

Apalah nak jadi dengan diorang ni ya. Dah memang hilang akal ke?

Facebook Kalahkan Google?

Sekarang, sebut saja facebook, mesti semua orang tau benda ni. Tipulah kalau tak tau. Walaupun korang tak main facebook, tapi pasti tau apa itu facebook. Begitu kuat sekali  nama ni sampaikan budak kecil pun tau kan.


Dan kali  ni, facebook menunjukkan penguasaannya di US apabila mendahului enjin carian terkenal Google dalam senarai penggunaan pengunjung laman web. Pengunjung laman web kini menghabiskan lebih banyak masa bersosial di laman facebook daripada mencari maklumat menggunakan enjin carian Google.

Kalau di Malaysia, tak tahulah pula sejauh mana kekuatan facebook ni, tapi rasanya pengaruh tetap kuat. Apapun, pandai-pandailah kita menggunakan kemudahan yang ada, jangan sampai memudaratkan pula. Gunakan demi kebaikan. Kalau facebook tiba-tiba je ditutup, korang rasa apa akan terjadi?

Dulu, era friendster. Sekarang era facebook. Lepas ni apa pula?

Source, The Star

Skandal Seks Wayne Rooney, Nak Ikut Macam Tiger Woods ke?

Kalau korang masih ingat bagaimana hubungan Tiger Woods, pemain golf nombor 1 dunia dengan isterinya Elin Nordegren berakhir bulan lepas selepas Tiger Woods menipu isterinya dengan menjalinkan hubungan dengan beberapa  orang wanita.

 Gambar Kenangan Tiger Woods bersama bekas isterinya, Elin Nordegren. Masa ni diorang masih berbahagia.. uhuks!

Kini giliran penyerang sensasi England dan Manchester United, Wayne Rooney pula seperti mengikut jejak langkah mamat sorang ni apabila dia didakwa menipu isterinya Coleen dengan melanggani seorang pelacur, Jennifer Thompson ketika isterinya mengandung anak pertama mereka pada tahun 2009.

Jennifer Thompson

Dah terdesak sangat ke si Rooney ni masa isterinya mengandung sampaikan sanggup melanggani pelacur walaupun sudah mempunyai seorang isteri?

Rooney dan isterinya Coleen

Tetapi menurut akhbar kosmo yang aku baca, Rooney bukan meniduri seorang pelacur sahaja tetapi 2 orang sekaligus. Pelacur kedua tersebut ialah seorang ibu tunggal, Helen Wood yang berumur 23 tahun.

Wah, nampak gayanya, Wayne Rooney kini berada dalam masalah yang besar. Rooney ni bukan sahaja hebat di padang ye, tapi nafsu pun hebat juga. Apapun moga Rooney dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan harap-harap jangan jadi macam Tiger Woods.

Korang tengok, Siapa lagi lawa, Jeniffer Thompson atau Coleen? :D