Andai kata sudah ditakdirkan kau akan pergi dari hidup aku, aku pasrah. Mungkin sudah takdirnya kau dan aku tidak akan bersama sehingga akhir hayat. Dan Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Walau betapa perit hati ini menerima perpisahan, akan ku hadapi dengan hati yang tabah, demi sebuah kehidupan.
Hihi, kalau bab movie, memang mood aku selalu je masuk bab jiwang karat mengalahkan besi buruk kat tepi longkang.
Kali ni, jom kita tengok pula 1 lagi movie genre romantic iaitu, 500 Days Summer. Tengok tajuk macam pelik, tiada tarikan. Tapi kalau nak tahu berkualiti dan ada tarikan, tengok dulu. Kata orang, don’t judge book by it’s cover kan?
Movie ni lakonan mantap Joseph Gordon-Levitt sebagai Tom Hansen dan Zooey Deschanel sebagai Summer Finn.
Filem ni mengisahkan bagaimana 2 orang yang punyai pandangan berbeza tentang cinta, bertemu dan bercinta. Tapi kalau orang putih, bercinta tu maksudnya dah macam berkhawin. Ada yang bercinta just for seks. Lepas puas, cari pula yang lain. Macam tu jugalah dengan cerita ni. Summer Finn seorang wanita yang tidak mahu ada komitmen dalam hubungan, tetapi Tom Hansen pula sebaliknya.
Akhirnya, pada suatu hari, Summer Finn memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka. Tom Hansen yang begitu mencintai Summer akhirnya merana. Ditambah lagi apabila tiba-tiba sahaja Summer Finn berkhawin pula dengan seorang lelaki lain.
Tapi mungkin sudah ketentuanNya, Akhirnya pada musim bunga tahun itu, Tom Hansen Bertemu pula dengan seorang wanita cantik bernama Autumn.
Filem genre Romance ni aku boleh bagi 3 ½ bintang atas plot cerita yang menarik. Pada peminat filem, siapa yang rasa nak tengok filem ni, bolehlah korang cuba cari kat warezforum. Filem ni dah lama, ianya dikeluarkan pada tahun 2009, so dah takde dah kat pawagam ye :)
best ker best keerr.. hahaha tensen.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMmmmmmm mana nak cari? hu huhu...jom tengok magika ;)