Dunia Durjana, Kita Penyebabnya


Masih aku ingat dulu masa masih kat sekolah menengah, cikgu aku pernah tanya kat kelas;

what do you think about life?”

Ramai yang jawab masa tu, life is happy, life is sad, life cruel dan macam-macam lagilah jawapan diorang. Siap ada yang jawab, life is like hell. Bila sampai turn aku, aku jawab;

“life as how we see it”

Cikgu terdiam. Dia tak dapat cakap apa-apa. Lepas beberapa ketika cikgu kata
”very intelligent answer”

Ceh, Hebat sangat kot jawapan aku tu sampai cikgu pun cakap macam tu.

Tapi bila kita fikirkan, benar hidup ini adalah seperti apa yang kita fikirkan, apa yang kita nampak, apa yang kita inginkan. Kalau kita nak ada isteri banyak, maka kita akan dapat isteri banyak. Kalau kita fikir hidup ini susah, maka susah lah jadinya. Kalau kita fikir hidup ini senang. Maka senang lah jadinya. Sebab apa yang kita fikirkan itu akan mencorakkan kehidupan kita.

[ gambar ]

Setengah orang menganggap hidup ini bagaikan neraka. Jadi kenapa tidak kita berusaha merubah hidup kita supaya tak jadi macam neraka? Caranya? Titipkan kasih sayang dalam diri masing-masing. Ajarkan kanak-kanak kecil agar saling menyayangi sesama manusia. Bukan ajar kanak-kanak bagaimana nak cari wang, bagaimana nak kaya.

funny,life
[ gambar ]

Bila kita banyak mengajar kanak-kanak kecil ni tentang kehidupan duniawi, nescaya mereka hanya akan memikirkan kehidupan dunia sahaja bila sudah dewasa. Hanya akan fikirkan bagaimana nak cari wang, nak jadi kaya. Mungkin kes pembunuhan datuk sosilawati ni boleh menjadi bukti manusia sekarang hilang pertimbangan dek keinginan duniawi. Sebabnya? Kita semua boleh fikir.

Bila dunia semakin menjadi durjana, jangan salahkan sesiapa. Jangan salahkan orang itu kerana mungkin suatu ketika dulu, mereka tidak diajar untuk menjadi seorang yang baik tetapi diajar untuk mendurjanakan dunia ni.


4 comments:

  1. wow!!enry terbaik..sy suka membacanya..=)

    hidup pada kaca mata saya adalah satu tanggungjawab..kita yg mencorakkan kehidupan kita...setiap yg berlaku baik dan buruk sesuatu tindakan adalah dari kita...

    melihatkan dunia skrg dan kehidupan moden yg makin hilang arah tuju sungguh merunsingkan...manusia semakin berhati binatang, hilang pedoman dan tiada akal yg waras.

    Hiduplah dengan aman, bersederhana, mengikut suruhan Allah swt, sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup, insyaALLAH kita akan beroleh kehidupan yg damai didunia mahupun akhirat..=)

    ReplyDelete
  2. Kita yang menentukan nasib kita sendiri di dalam hidup ini..

    Cuma kita perlu tawakal kerana Allah yang menentukan segala-galanya.. Dunia ini bagai penjara bagi umat Islam, tapi kita boleh memilih sama ada mahu senang, susah atau derhaka kepada Allah..

    ReplyDelete
  3. orang sering berkata kehidupan ini dipenuhi dgn dugaan, tp sebenarnya bagaimana kita atasi dugaan adalah yang perlu diperkatakan and its more intresting to hear that.

    ReplyDelete
  4. life is learn..


    semakin kita hidup semakin banyak yg kita pelajri tentang ragam manusia, kdg2 benda x terfikir dek akal pun leyh jadik..haishh

    ReplyDelete