Kenaikan Harga Rokok Dan Implikasinya

Berkuatkuasa pada oktober tahun ni, harga rokok telah dinaikkan kepada minimum 35 sen sebatang. Maknanya untuk sekotak 20 batang rokok berharga RM7. Ini adalah atas arahan Kementerian Kesihatan.

Meteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa langkah tersebut sebenarnya diambil untuk mengurangkan kemampuan mebeli rokok dikalangan rakyat Negara ni. Bila dah tak mampu beli, mesti rakyat akan berhenti merokok. Itu yang mereka fikirkan.

Tapi aku tak fikir begitu. Apabila difikirkan, banyak implikasi lain yang akan berlaku disebabkan oleh kenaikan harga rokok ni. Mari kita bincangkan serba sedikit implikasi terhadap kenaikan ini dari sudut dan pandangan aku sendiri.

1.    Masalah Jenayah
Dari sudut masalah jenayah, mungkin akan ada peningkatan. Bukanlah jenayah yang besar, tapi mungkin kes kecil seperti mencuri dan merompak. Disebabkan apa? Ramai perokok adalah dari golongan muda dan dari pemerhatian aku agak ramai juga yang golongan berpendapatan rendah yang merokok.

Bila dah pendapatan rendah, mesti duit pun kurang kan. Bila dah duit pun kurang, duit nak beli rokok pun mesti tak cukup kan? Dan bila keinginan untuk merokok tu tak dapat dibendung, ditambah lagi duit tak ada untuk beli rokok? Jalan mudah ialah mencuri, nak dapatkan duit untuk beli rokok.

2.    Masalah Penyeludupan
Kalau ada terbaca entri ni berkaitan dengan kes tangkapan ke atas penyeludupan rokok dan arak  di sabah yang membabitkan jumlah jutaan ringgit. Ni baru sikit. Rasanya ada banyak lagi kes yang tak dapat dikesan.Biasanya rokok seludup dijual dengan harga yang lebih rendah daripada yang dibawa masuk secara halal. Jadi, pilihan mana yang korang akan ambil? Yang murah ke yang mahal?

Aku nak ambil senario kat sabah, sebab aku asal sabah. Di Sabah, even Bandar besar macam Kota Kinabalu, kat tepi-tepi jalan pun Korang boleh dapat rokok dengan mudah. Dah tu harga sangatlah murah. Itu semua adalah rokok seludup dan dijual oleh warga asing yang aku jangkakan adalah pendatang tanpa izin!

3.    Masalah Kesihatan
Memang kita semua dah tahu, rokok dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan. Yang ni rokok yang bermutu. Aku nak bagitau, korang tau tak rokok yang diseludup dan dijual dengan harga murah tu banyak yang tiruan? Dan pastinya rokok tiruan ni lebih membahayakan daripada yang berkualiti tu! Jadi akan bertambah la jumlah pesakit kat hospital nanti. Tak tau penyakit apa yang akan keluar.

Aku sebenarnya bukan nak membantah hasrat kerajaan untuk menaikkan harga rokok tu supaya dapat mengurangkan jumlah perokok di Negara ni. Sebab aku ni seorang yang sangat bencikan rokok.

Tapi 1 hal, supaya kerajaan menyelaraskan semua unit. Maksudnya, bila dah naikkan harga rokok tu, anggota penguatkuasa juga lebih teliti dan penyiasatan lebih terperinci harus dilakukan bagi membendung masalah penyeludupan supaya langkah ni boleh berjaya. Kalau tak, sia-sia sajalah usaha ni. Jangan kita selesaikan masalah yang 1 ni, masalah lain pula yang timbul.

p/s siapa-siapa yang ada pendapat dan pandangan lain?


5 comments:

  1. setuju dgn kamu kyuubi,mende dh jadi tabiat ssh nk dbuang owh!x dpt beli sekotak beli 2 btg pun jadi ye tak?..

    >x hisap rokok<

    ReplyDelete
  2. kalau kita haramkan rokok macam mana agaknya

    ReplyDelete
  3. pape pon merokok membahayakan kesihatan, padah kalau dah ketagih, sebatang rm10 pon sanggup beli punya.


    terkini : Pertandingan Tarik Tali 43 Tan

    ReplyDelete
  4. Kak Yati setuju dengan cakap Uruchimaru kat atas. Sebab husband akak pun dah tak beli sekotak, dia beli sebatang 2 je skrang ni. Naik la harga rokok tinggi camana pun, perokok akan tetap membeli.

    ReplyDelete
  5. susah a aku nak merokok pas ni...hahahah..

    aku rasa kalau dah tegar perokok, tegar jugak !!

    ReplyDelete