Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika
bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah,
alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta
berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah
saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang
romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap
cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan
saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
”Mengapa?” Dia bertanya dengan
nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya
inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan
akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya
merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati
Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga
cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan
jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar
kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat
yang bertuliskan;
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi
izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di
dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan
jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu
untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar
dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan
membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang
setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan
menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan
Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar
yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,
abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri
pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian
Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan,
kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti
mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya
menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah
ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar
sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu
saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita
ambil ikhtibar dari cerita ini..:)
Kadang-kadang kita tidak pernah mengambil berat apa yang dilakukan oleh pasangan kita dan tidak melihat betapa mereka berusaha untuk menggembirakan dan membahagiakan kita. Kita hanya inginkan keinginan dan kehendak kita dipenuhi dan dituruti. Inilah yang dikatakan tidak menghargai. Dont wish to have a guy like this, but wish you can have someone that can appreciate everything you did for them. You will be very happy for that.
Kadang-kadang kita tidak pernah mengambil berat apa yang dilakukan oleh pasangan kita dan tidak melihat betapa mereka berusaha untuk menggembirakan dan membahagiakan kita. Kita hanya inginkan keinginan dan kehendak kita dipenuhi dan dituruti. Inilah yang dikatakan tidak menghargai. Dont wish to have a guy like this, but wish you can have someone that can appreciate everything you did for them. You will be very happy for that.
p/s Entri ni dicopy paste dari rakan facebook. Original content.
fuhhh terharu!
ReplyDeletekadang2 kita terlalu banyak meminta..
ReplyDeletedan tidak menghargai apa yg ada..
aduh.. memang touching laa citer ni...
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteCerpen yg indah. Cerpen ka?
salam ziarah..tahniah!!! entri menarik untuk kita renungkan
ReplyDeleteso touching...
ReplyDelete