Kasih sayang adalah anugerah yang paling indah dikurniakan kepada manusia. Hidupan lain tidak mengenal erti cinta dan kasih sayang, hanya manusia yang mengenalinya. Jadi hargailah cinta, selagi kita memilikinya. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk menunjukkan kasih sayang kita pada sidia. Kali ni, aku akan berkongsi beberapa tips bagaimana untuk menunjukkan kita mencintai seseorang.
1. Tulis nota cinta untuk sidia.
Melakukannya adalah mudah. Tulislah ungkapan cinta dan luahkan perasaan kamu diatas sekeping kertas dan selitkan pada buku nota, dalam beg duit atau mana-mana saja yang mudah untuk sidia jumpa. Sudah pasti mereka senyum dari pagi sampai ke petang.
2. Temani sidia bersiar-siar
Luangkan masa dengan teman anda untuk bersiar-siar. Sebaiknya pergi ke tempat yang tenang seperti taman kea tau sebagainya untuk menikmati keindahan dan suasana aman bersama. Pastinya lebih romantik.
3. Katakan "I love you" padanya.
Ucapkan I Love You padanya tapi jangan terlalu kerap. Takut nanti ayat itu jadi tidak bermakna pula. Dan pastikan ianya ikhlas dari dalam hati. Ucapkannya dengan penuh perasaan.
4. Dengar apa mereka cuba sampaikan.
Biarkan pasangan anda bercerita tentang diri mereka atau apa yang mereka minat. Dengarkan apa yang mereka katakana dan tunjukkan minat terhadap perbualan tersebut. Jika anda tidak menunjukkan minat, mereka akan menyangka anda bosan dengan mereka.
5. Beritahu apa yang anda suka, jangan Mengadu!
Kalau anda tidak suka dengan apa yang mereka lakukan, katakannya secara lembut. Jangan mengadu dan mempersoalkan apa yang dia lakukan.
6. Berikan pujian untuk apa yang telah mereka lakukan
Tak salah untuk berikan pujian, tapi jangan melebih-lebih. Lain pula jadinya bila puji lebih-lebih.
7. Senyum selalu dengan sidia
Sebolehnya, lemparkan senyuman kepadanya apabila melihat sidia. Aku pernah melihat pasangan; asal saja mereka berjumpa, masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Menunjunkan hati mereka terhibur melihat insan yang dicintai.
No comments:
Post a Comment