Jenama ataupun brand dalam bahasa orang putih merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesuatu produk. Kalau jenama tak best atau pelik, mesti sikit orang nak tengok kan? Lihat saja jenama levis, gucci, KFC dan banyak lagi jenama terkenal yang ada kat luar sana. Kenapa brand ni famous sangat sampai orang pun bangga kalau pakai seluar jenama levis. Mesti sebab senang nak ingat dan kualiti pun bagus, ya tak?
Macam tu juga dengan blog. Perlu ada jenama dan kualiti. Kalau korang tengok blog ni, kualiti rendah dan nama pun biasa saja. Everything Beautiful, kalau nampak link ni kat mana-mana, berapa ramai orang tergerak hati nak klik link ni. Wa cakap sama lu, wa sebagai tuan tanah blog ni pun tak akan klik link ni kalau blog ni bukan wa yang punya.
Dan disebabkan itulah aku fikir nak buat penjenamaan semua blog ni. nak bagi nama yang happening sikit, biar korang boleh ingat nama blog ni. Beberapa peraturan untuk jadikan blog berjaya aku cilok dari otai-otai blogger yang berjaya kat luar sana adalah seperti;
1. Beli domain dot com ke apa-apa dotnya, asal saja doman sendiri
Ini aku dah fulfill atau orang kata penuhi dengan domain ubipanas.com ni. Nama pun pelik sikit, so harap boleh lekat kat fikiran sesiapa saja yang masuk kat sini.
2. Beli hosting sendiri
Ni aku planning nak buat tahun depan. hihi. Nak kumpul duit hasil blog baru beli hosting. tak mahal pun, tak sampai RM100, so apa salahnya kan.
3. Pakai wordpress
Ni kalau lepas beli hosting, memang sure la kan kena pakai ni. Ke ada platform lain yang boleh kita guna kalau guna hosting sendiri? Ni pun aku belum guna, masih terkial-kial dengan blogspot sekarang ni.
4. Kualiti isi
yang ni memang payah. Kalau baca entri blog ni, takde kualitinya pun. Kuantiti je lebih. huhu. So kena berlatih dan perah otak lebih sikit supaya entri lebih berkualiti. Kalau takde idea, baik tak payah aku nak update. huhu
5. Branding
Ni aku yang tambah sendiri. Kalau nak bagi orang ingat blog ni, sila lah gunakan domai yang pelik-pelik tapi mudah diingat dan nama blog.
So, peraturan pertama dah dipenuhi. Dan ada beberapa lagi yang akan menyusul selepas ni. Dan kali ni aku nak buat rebranding blog, Nak bagi nama yang best sikit.
Apa pendapat korang kalau aku tukar dari Everything Beautiful ke nama baru ni,
"Blogger 20 sen"
wahhh penjenamaan semua gitu, nice!
ReplyDeletetgk la kapal karam den, dah x de jenama
memang agak susah nak mempromosikan jenama blog kita ni, yang penting sabar dan teruskan usaha lagi..
ReplyDeletesemoga tercapai hajat..
ReplyDeleteok gak nama baru tu..
:)
erm..tu la..
ReplyDeletesaya yang dah lama menulis ni pun still di takuk lama.