Persoalan Siapa Dulu, Ayam Atau Telur Terjawab

Teka teki ni aku kira klasik sebabnya dari aku berumur 7 tahun, masa darjah 1, hinggalah pada hari ni, soalan siapa dulu, telur atau ayam ni masih wujud. Dan persoalan siapa dulu ni masih tidak terjawab sampai ke hari ni. Betul tak? Mereka yang ajukan soalan ni kat aku juga tiada jawapannya. Tapi menurut seorang penyelidik British, Dr.Colin Freeman dari Universiti Sheffiel persoalan ayam dan telur ni sebenarnya ada jawapannya.

Menurut penyelidik ini, ayam sepatutnya lebih dulu wujud berbanding telur. Dan ianya dibuktikan melalui kajian saintifik. Mereka membuktikan bahawa, untuk membentuk telur, sejenis protein yang hanya wujud di dalam ovari seekor ayam betina diperlukan. Sebab itulah mereka menyatakan bahawa ayam lebih dulu keluar berbanding telur.

Dan dari segi pemikiran lojik, mungkin ada betulnya ayam dulu keluar berbanding telur. Mengapa? sebabnya, untuk menetas, sebiji telur perlu dieram terlebih dahulu sebelum menetas. Tanpa dieram, sebiji telur tidak mungkin akan menetas.

Dan dari segi agama pula. Mungkin sangkaan ini ada benarnya. Kita fikirkan pada zaman penciptaan bumi dan manusia serta segala isinya. Sudah pastinya ayam dahulu diciptakan untuk membentuk telur bukan? Seperti juga manusia, yang diciptakan adalah manusia dewasa, bukannya bayi.

Pendapat anda pula bagaimana? Adakah ayam dahulu, dan telur kemudiannya atau telur dahulu barulah ayam.


11 comments:

  1. mestila ayamnya...hehe..kalau takda ayam ,tak berbapa emak la ayam tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. akhirnya tahu juge jwpnnyer.. :)

    ReplyDelete
  3. rase nyer ayam r ade dulu..klu ade telur je xde ayam..camne nk jd telur ayam..

    ReplyDelete
  4. yup! betul tu...sangat logik dan bernas

    ReplyDelete
  5. btul tu..
    mesti Tuhan cipta setiap haiwan pertama yg dh dewasa, kmudian baru beranak-pinak..
    macam manusia jugak..asalnya dari Adam yg dh besar,bukan bayi (sbb klau bayi mesti nak ada mak minum susu..)..

    ReplyDelete
  6. dalam islam.. dalam cerita bahter nabi nuh kalau tak salah.. semua persoalan telah terjawab.. memang ayam dulu..
    :)

    ReplyDelete
  7. ye betul tu..mestilah ayam dulu..kalau tak, dari mana datangnya telur..sama macam manusia.. hehehe terbongkar jua persoalan ni

    ReplyDelete
  8. jawapan aku ikut orang yang bertanya

    kalau disebutnya mana dulu:
    ayam atau telur - jawapan ayam
    telur atau ayam - jawapan telur

    hehehe

    ReplyDelete