Hai semua. Sejak akhir-akhir ni, aku semakin malas nak menulis. Bukan apa, cuma... entah.. malas mungkin faktor utama. BUkannya apa, sebab internet ni lambat macam siput. Tu yang buat mood nak menulis ni hilang. Sebenarnya aku nak join contest Mr GTO tapi internet yang macam siput ni membataskan keupayaan nak skodeng blog Mr GTO ni. Tapi, nanti, aku tetap nak join juga tu... :D
Ok, balik pada apa yang aku nak share kali ni, pengalaman aku pergi tandas awam yang paling pelik selama ni. Tapi mungkin korang pernah mengalaminya.. (pernah ke?)
Gambar Dari pak cik Google
Ok, kebetulan hari ni hujung minggu, jadi aku pun keluar la nak lepaskan tekanan duduk dalam kolej saja. (alasan ni nak jalan.. hehe) Disebabkan makanan entah apa yang aku makan semalam, perut aku asyik memulas nak menjalankan kewajipan. (korang faham-faham la ya, kalau tak faham buat-buat faham saja). Jadi, sampai saja pekan diluar kolej tu, aku bergegas pergi cari tandas awam nak jalankan kewajipan.
Bila sampai dekat tandas tu, aku nampak notis berbunyi begini:
Buang air kecil : 30sen
Buang air Besar : 50sen
Mandi :1 ringgit
Dalam hati aku, eh biar betul ni nak masuk tandas pun ada kadar bayaran macam tu. So, aku tak peduli sangat sebab perut dah meragam masa tu. Aku korek duit seringgit, terus aku bagi kat mak cik jaga tandas tu dan pergi jalankan kewajipan. (Dah berapa kali aku guna perkataan kewajipan tu? hehe)
Selepas siap, aku pun pergi ke tempat makcik tu. Sambil tersenyum mak cik tu tanya aku,
Mak cik : Tadi buang air besar kan (senyum-senyum)
Aku : Ya (dengan Muka selamba)
Eh, ada kaitan ke si spongebob ni?
Makcik tu pun hulurkan duit 50sen pada aku. Dalam hati aku, eh? nak masuk tandas pun ada kadar bayaran ke? nak buang air pun ada kadar, kalau besar nak dibuang, besar juga harganya, kalau kecil, harga pun kecil. Kalau mandi aku tak heran sangat la nak minta bayar banyak.
Dunia sekarang ni semuanya tentang duit, duit, duit dan duit. Tiada benda yang tak nak duit. Nak sekolah, kena ada duit, nak makan kena ada duit, even nak berak pun nak kena bayar. Entah apa lagi yang tak perlu duit.
Tempat korang macamana pula? Nak masuk tandas pun macam ni juga ka?