Cinta itu ketawa dan airmata



Hari ini, aku terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang cinta. Aku ni belum layak nak memperkatakan tentang cinta, namun aku teringin luahkan apa yang terbuku dihati dan tersimpan di kepalaku ketika ini.

Selama aku buat Blogwalking, selalu sangat aku terbaca entri berkaitan dengan cinta. Berbagai cerita, berbagai pendapat. Dan ya, aku akui, semua orang mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing. Begitu juga aku.

Percaya tak korang bila aku katakan cinta itu adalah ketawa dan airmata?

Mungkin ada diluar sana yang tak percaya, tapi itu memang hakikatnya dan kita harus menerimanya.
Kalau dah nak bercinta tu, anda harus ingat bahawa anda telah merelakan diri anda untuk dilukai dan disakiti. Tak pernah ada hubungan yang akan bahagia sepanjang masa, Pasti ada masalah di tengah jalan. Pasti ada yang berderai airmata angkara pasangan masing-masing.


Kadang anda akan sangat bencikan mereka pada suatu ketika, dan pada masa yang lain, dialah satu-satunya insan yang anda paling perlu ketika itu.

Setiap insan memiliki cinta, tetapi bukan semua orang akan dapat bersama insan yang dicintai. Itu adalah hakikat. Tapi ini bukan bermaksud kita tidak akan bersama dengan setiap orang yang kita cintai. Akan tiba masanya suatu hari nanti kita akan bertemu dengan seseorang yang telah dijadikan untuk kita, dan kebahagiaan itu akan menjadi milik kita. Itu sudah pasti, namun kebahagiaan itu sendiri bukan datang bergolek macam bola, tapi kita harus berusaha untuk memilikinya.

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita berjumpa dengan orang yang betul supaya, bila kita menemui orang yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dan menghargainya.

 


Cinta itu, menyakitkan, cinta itu juga membahagiakan. bagi yang putus cinta, memang akan terasa peritnya. Aku pernah berjanji dulu aku takan bercinta lagi selepas aku kehilangan cinta. Namun, bila masa berlalu pergi, aku terlupa kesakitan itu.

Ada orang berkata, apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka bagi kita, tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang lain telah terbuka untuk kita.

Pada yang memilikinya, hargailah dan jagalah sebaik mungkin. Cinta itu suatu yang amat halus dan perlu dijaga dan dibajai. Jika tidak, maka hilanglah ia.

Pada yang tidak memiliki, carilah ia. Cinta itu milik setiap insan. ia diciptakan dan dikurniakan untuk kita.


P/s Sorry ye, entah apa-apa je aku  mengarut ni. entri aku yang terpanjang ke ni? :D

37 comments:

  1. biarpun tak pernah tahu perasaan cinta tu bagaimana sebab tak pernah bercinta tapi benar sememangnya cinta tu ketawa dan air mata

    ReplyDelete
  2. @ninim, pagi la cari 1... mungkin anda akan rasa kebih bahagia biarpun sesekali akan menangis kerana sidia jg...
    memang betul cinta tu penuh suka dan duka..

    ReplyDelete
  3. erm..macam tak sempat saja kot..masa2 study ni susahla..saya suka life yang sibuk..susah nak cari yang memahami

    ReplyDelete
  4. ada gak yang memahami diluar tu,.. tapi memang susah la.. :D anyway, its depends on the person jg.. :D
    kalau nak, cari la... kalau tak nak, simpan dulu..

    ReplyDelete
  5. kyuubi.

    hehe. aku ske entry neh!

    n aku tau gak yg skang neh aku mesti xabes2 cte pasal cinta.

    ko amat memahami~~

    dan apa yg aku dpt atas pe yg terjadi.

    **cinta xsemestinya memiliki.

    dan aku bersetuju sgt dgn setiap bait2 kata yg ko tulis atas kapet ko neh.

    thanks~~

    ReplyDelete
  6. x reti nk cari cinta
    :(
    lg pn, rasenye, xperlu kan lg
    buat mase ni
    hee :D

    ReplyDelete
  7. @feelinblue, thx ya... tak sangka ada jg org suka baca tulisan aku yang entah apa-apa ni... :D

    ReplyDelete
  8. @Amirah, kadang cinta tu tiba tanpa kita pinta... :D
    bila kita rasa ianya tak penting dalam hidup kita, ia akan muncul tanpa amaran dan tanpa kita sedari... :D

    ReplyDelete
  9. cinta yg dtg tanpa disedari.. best nye +)

    ReplyDelete
  10. cinta???
    kekekkekekke

    i dun believe it tp hny akan prcaya jika ia btul2 jd dpn mata..welelelele

    ReplyDelete
  11. yup.btol2..dengan cinta banyak kite akan belajar pasal kehidupan..:)

    ReplyDelete
  12. @ainshahajar, ya... memang best... tapi kadang sakit... aku pnh menglaminya... :D

    ReplyDelete
  13. @jane, hehehe,... dah banyak berlaku depan mata ku ni... :D

    ReplyDelete
  14. @jard, ya betul!! aku stuju dengan ko jard... kita perlu berusaha kalau nak cinta tu... :D

    ReplyDelete
  15. @snowwhite, eh tak la... just terasa nak buat entri pasal benda ni... banyak blog yang aku terjah cerita pasal ni... lgipun dah masuk bulan cintan cintun kan... hehehe

    ReplyDelete
  16. @Nazatul, ya betul tu nax=zatul... ada orang kata kita akan jedi lebih metang if bercinta... aku tak tau sejauh mana kebenaranya..

    ReplyDelete
  17. apasal aku rasa sedih pl baca entri ko ni???
    aku sedih bah sbnrnya... coz aku kehilanagn seseorg yg aku knali selamanya...
    aku tak lah kenal die sgt... tp bila udah kehilangan tu...baru pl aku terasa.. ahhhhhh!!!!
    teruknya aku ni...

    ReplyDelete
  18. @ida, sabar la... mksdnya seseorg yg awak kenal pergi selamanya? sabar la... tu dah ketentuan ilahi... kita tak leh nak buat pa... beroda untuk dia ja la ya..

    ReplyDelete
  19. tapi aku kesal...ni la aku ni... bila ada dpn mata tak menghargai...bila dah tak de...baru terasa.. teruk kan...

    ReplyDelete
  20. @ida, banyak org pun mcm tu jg... cuba la perbaiki diri yang mana boleh tu..

    ReplyDelete
  21. hanya org yg penah bercinta bleh mengiyakan n3 ni... hehehehhehe

    ReplyDelete
  22. @Nikel Khor, ya betul... aku setuju dengan ko... hehe

    ReplyDelete
  23. @Kawie2020, jadi abg kawie ni mengiyakan ke tak? hehe..

    ReplyDelete
  24. mentang2 bulan feb. cerita chenta la ko.

    ReplyDelete
  25. @vidadarisakura, hahaha... masuk bulan cintan cintun sdua kan... mostila mau cerita chenta2... hehe

    ReplyDelete
  26. wah ada tokoh jadi doktor cinta ni hehehe ayat yang best ayat ni "Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita berjumpa dengan orang yang betul supaya, bila kita menemui orang yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dan menghargainya."

    :)

    ReplyDelete
  27. @ fit... hehe... yela tu... ni baru belajar buat ayat2 yang best ni.. hehe.. doktor cinta tak boleh lagi... nurse cinta ada tak? :D

    ReplyDelete
  28. ha ha ha (ketawa) sob sob sob (air mata)

    ReplyDelete
  29. @phatgurl, pandai ya buat lawak.. :D

    ReplyDelete
  30. cinta tu mmg mnyakitkn..tgh skit gak ni..my bf dh lma x contact..ak mls gak nk contact dia..ego kn??huhu..emm tp i miss him..bz kot agaknya..think positif dh ler..mls ku pk..

    ReplyDelete
  31. @juera, alahia... pegila kontek dia pla ye... jgn nak harap dia je yg kontek.. :D
    tunjukkan yg u care for him gak..

    ReplyDelete
  32. yea..
    cinta kadang kadang buat kita gila bayang
    seakan dunia itu kita berdua saja yang miliki

    tapi cinta itu juga berikan kesakitan dan kepedihan
    bila hati sudah tidak menyayangi dan mula membenci

    huhu

    ReplyDelete