Showing posts with label apa itu blog. Show all posts
Showing posts with label apa itu blog. Show all posts

Citarasa Pembaca Memang Pelik

Pembacalah yang menjadi tunjang kejayaan sebuah laman web ke blog ke. betul kan? Tapi kadang ada pembaca yang mencari suatu kelainan. maksud aku disini yang pelik-pelik lah.

Dan pembaca blog aku juga, terutamanya yang singgah dari serach engine memang pelik. Aku tak tau lah diorang nak cari apa kat dalam ni. Ada ke benda pelik-pelik aku tulis dalam ni? Takde kan? huhu. Cuba tengok analisis kata kunci yang diorang search dari search engine ni.



Banyaknya orang nak cari tentang seluar dalam dari blog aku ni. Weh, ada aku tulis review pasal seluar dalam ke sini? huhu

Paling tak boleh blah, lelaki pakai bra. haha. Selera pembaca memang pelik kan?

Apa itu blog?


 
Gambar Makhluk yang tiada kaitan dengan Post ini. Datang dengan Pakcik Google

Hari tu, aku tersesat dekat blog akak sorang ni, miss lolly. Dan aku terbaca post dia yang bertajuk, saya tak suka BLOGGER OTAI yg berlagak hebat ! Pas baca post akak ni, baru kusedar, ada juga blogger ni yang berlagak sangat. Kalau korang tak tahu apa cerita kat situ, pegilah baca dulu post akak ni baru korang terus membaca disini.

Aku yang baru nak berjinak-inak dengan dunia maya ni pun terasa la juga. Yala, kita ni newbie, kalau otai-otai tu nak jatuhkan kita senang saja kan?

Tapi, aku tak puas hati la juga bila dia kata **blog macam ni pun ada juga?**

Tak patutkan?

Ok, mungkin ada yang pandai nak berblog tapi tak faham apa itu blog kan? Mari cikgu kyuubi ajar korang hari ni apa itu blog.


Sebelum tu, ada banyak penyedia free blog termasuklah Blogspot, Wordpress, Xanga, Blog.com Dan banyak lagi penyedia free blog. Kalau korang nak berblg, senarai diatas adalah beberapa tempat yang korang boleh pergi untuk mulakan blog korang.

Ok, kita masuk kepada topik kita hari ini iaitu apa itu blog?

Menurut buku Discovering Computers 2008 keluaran Thompson Course Technology, blog didefinisikan sebagai:

an informal website consisting of time-stamped articles, or post, in a diary or journal format, ussualy listed in reverse chronology order. Blogs have become an important means of worldwide communication. Bussiness create blogs to communicate with employees, customers and vendors. Teachers create blogs to collaborate with other teachers and students. Home users create blogs to share aspects of their personal life with family, friends and others.
Menurut Wikipedia pula, Blog adalah sejenis website yang diselenggara oleh seorang individu dengan entri yang kerap tentang komen, events dan gambar atau video.

Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal online diaries.

Dengan Maksud dan penjelasan diatas, jelaslah blog itu adalah website peribadi yang kita isi dengan apa sahaja yang kita suka, tentang kehidupan kita, tentang minat kita, tentang boyfriend dan girlfriend kita dan macam-macam lagilah benda yang kita suka. Ianya boleh juga dijadikan sebagai online diari kita.

Jadi, selepas ini, kalau korang terjumpa blog yang tulis tentang diri dia, siap dari saat dia buka mata hinggala saat dia nak pejam mata, jangan la korang nak kutuk dia pula. Nak kata, "eh, ada juga blog macam ni?"

Kalau korang tak suka nak baca apa yang orang tu tulis kat blog dia, korang blah aje la dari sana. Ni nak juga menyibuk tapi siap bagi komen yang macam-macam kan?

Bukan salah orang tu menulis macam tu, tapi salah korang yang nak juga menempel kat blog dia even korang tak suka..