Masuk Tandas Pun Ada kadar Bayaran??


Hai semua. Sejak akhir-akhir ni, aku semakin malas nak menulis. Bukan apa, cuma... entah.. malas mungkin faktor utama. BUkannya apa, sebab internet ni lambat macam siput. Tu yang buat mood nak menulis ni hilang. Sebenarnya aku nak join contest Mr GTO tapi internet yang macam siput ni membataskan keupayaan nak skodeng blog Mr GTO ni. Tapi, nanti, aku tetap nak join juga tu... :D

Ok, balik pada apa yang aku nak share kali ni, pengalaman aku pergi tandas awam yang paling pelik selama ni. Tapi mungkin korang pernah mengalaminya.. (pernah ke?)

 
Gambar Dari pak cik Google 

Ok, kebetulan hari ni hujung minggu, jadi aku pun keluar la nak lepaskan tekanan duduk dalam kolej saja. (alasan ni nak jalan.. hehe) Disebabkan makanan entah apa yang aku makan semalam, perut aku asyik memulas nak menjalankan kewajipan. (korang faham-faham la ya, kalau tak faham buat-buat faham saja). Jadi, sampai saja pekan diluar kolej tu, aku bergegas pergi cari tandas awam nak jalankan kewajipan. 

Bila sampai dekat tandas tu, aku nampak notis berbunyi begini:
Buang air kecil : 30sen

Buang air Besar : 50sen

Mandi :1 ringgit

Dalam hati aku, eh biar betul ni nak masuk tandas pun ada kadar bayaran macam tu. So, aku tak peduli sangat sebab perut dah meragam masa tu. Aku korek duit seringgit, terus aku bagi kat mak cik jaga tandas tu dan pergi jalankan kewajipan. (Dah berapa kali aku guna  perkataan kewajipan tu? hehe)

Selepas siap, aku pun pergi ke tempat makcik tu. Sambil tersenyum mak cik tu tanya aku,

Mak cik : Tadi buang air besar kan (senyum-senyum)
Aku : Ya (dengan Muka selamba)

 
Eh, ada kaitan ke si spongebob ni?
Makcik tu pun hulurkan duit 50sen pada aku. Dalam hati aku, eh? nak masuk tandas pun ada kadar bayaran ke? nak buang air pun ada kadar, kalau besar nak dibuang, besar juga harganya, kalau kecil, harga pun kecil. Kalau mandi aku tak heran sangat la nak minta bayar banyak. 

Dunia sekarang ni semuanya tentang duit, duit, duit dan duit. Tiada benda yang tak nak duit. Nak sekolah, kena ada duit, nak makan kena ada duit, even nak berak pun nak kena bayar. Entah apa lagi yang tak perlu duit.
Tempat korang macamana pula? Nak masuk tandas pun macam ni juga ka?

29 comments:

  1. perghh!! sumpah aku x masuk tandas macam tu!

    segan wo.. buatnyeyg tana aku tu lelaki.

    nak berak ke dik?

    ha ha ha

    ReplyDelete
  2. @sI tEDi,

    haha.. dah terpaksa, nak buat cmana kan? tak pasal2 t'berak pula nanti

    ReplyDelete
  3. @dzul hafizi,

    Dah memang ada baki duit aku tu... hehehe

    ReplyDelete
  4. macam mana dia leh tau ko buang air besar?
    musykil lak aku
    erk888

    banyak gak tempat tandas kena bayar
    tapi kualitinya banyak juga la yang hampeh

    ReplyDelete
  5. kne bayar gak. tapi xda rr nak buang air kecil or besar tu letak asing bayarannya.

    lawakingkong tul

    ReplyDelete
  6. @deus X machina,

    mungkin lama kot aku dalam tandas tu... dah perut meragam, mesti la lama kan... :D

    lagipun dia dgr aku pam tandas tu coz keci je tandas tu... bleh dgr dari luar kalo kentut... hahaha

    ReplyDelete
  7. @miss lolly,

    tu yang aku heran tuu... toilet pertama aku jumpa yang letak harga asing untuk nak buang besar or kecil

    ReplyDelete
  8. haah la
    mcm mne makcik tu tau eh?
    musykil ni
    hee
    tp, skrg ni ade certain public toilet yg kene byr
    ade jgk yg xkene byr

    ReplyDelete
  9. Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@,

    hahaha... betul2

    ReplyDelete
  10. @Amirah Rashid,

    haha... dia dgr kot aku pam tandas tu... keci je tandas tu... lagi[un aku lama kat dalam tu... perut meragam punya pasal... huhu

    skrg semua toilet nak kena byr, tapi yang aku pelik, nak kencing lain harganya, nak berak pula lain harganya... ish3

    ReplyDelete
  11. wa musykil ngan makcik tandas tuh.
    jenk jenk jenk ...
    "sambil senyum"??
    tambah syak wasangka wa ..

    keh3x


    >>___<<

    ReplyDelete
  12. join jgn tak join..tuhlA..semua benda dah nak kena byr skangni..adushh..pening..

    ReplyDelete
  13. @Frodo Baggins,

    ala, makcik tua je... takde kesan pun... kah3

    ReplyDelete
  14. @Eyriqazz,

    eh, abg GTO pun ada gak... hehe

    nak join la ni tp internet ni lambat mcm siput... :D

    skrg dah takde benda yang free.. semua nk kena byr..

    ReplyDelete
  15. hah.
    bese la tuh.

    dunia skang klw tak main duit,xsah.

    so kte kna sedar yg 10 tahun akan datang,nk pijak rumput pun kena bayar :)

    who knows?

    ReplyDelete
  16. sanggup tahan 'hajat' sampai kat opis.... (lebih bersih....)

    ReplyDelete
  17. biase r toilet kene byr..

    tp klw dah specific sgt mcm ni.

    mcm x d privacy plak..

    xkan nk bg tau nak *tut* plak masa byr tu..huhu..

    ReplyDelete
  18. area klcc tandas bersih, mewah dan free
    hehe

    ReplyDelete
  19. @feelinblue,

    ya betul... stuju sgt dgn ko ni..

    ReplyDelete
  20. @maslinamansor,

    Tapi kalau benda tu dah tak boleh thn nak buat cmamna kan? dah perut tu meragam... huhu

    ReplyDelete
  21. @nuRuLain,

    ya, memang dah besa dah toilet ni nak kena byr, tapi sampai nak buat mcm tu, pelik gak aku rasa..

    ReplyDelete
  22. @Ah Fatt,

    Wah, betul ke? tu yang best tu... nak menjalankan kewajipan pun lega je rasa.. :D

    ReplyDelete
  23. uish. segan gila, kantoi buat apa dalam toiet. cekik darah gila kot. kalau macam tu, aku lebih rela tahan buang kat rumah. ahaha

    ReplyDelete
  24. HAHAHA... nak untung lebih la tu...

    ReplyDelete
  25. cemana dia tau kamu buang air besar nih!! keji nya!!

    ReplyDelete
  26. Saya heran sangat.. tandas kat Mesia ni rata2nya kena bayar kalau masuk.. Dekat Filipina, tandasnya sudah pun F.O.C, bersih lagi.. rasanya mentaliti dorang lain sikit la bro..

    ReplyDelete
  27. aku penah jumpa tandas cm ni. kat cameron highland... hehe pelik2 je...

    ReplyDelete