Showing posts with label Stopmin' Sabah. Show all posts
Showing posts with label Stopmin' Sabah. Show all posts

Nuffnang Sponsored Post Yang Terpaksa Ditolak


Mungkin benar sesetengah orang kata, When you least expect it, opportunity arises right in front of you.

Aku bukanlah blogger yang hebat, punya ramai pengunjung beribu riban macam yang lain. Kualiti penulisan pun macam melepas batuk di tangga. Kadang mengharap berita sensasi untuk meraih trafik yang tidak seberapa ke blog.

Tidak juga pernah terlintas di fikiran, nuffnang akan bagi peluang untuk blogger picisan macam Blogger 20 Sen ni untuk merasa sponsored post yang diidamkan semua blogger yang bernaung dibawah nuffnang.

Namun kadang-kadang, peluang hadir  tanpa kita undang, tanpa kita dijangka. Terkejut beruk aku semalam bila menerima email Dari Nuffnang bertajuk opportunity for exclusive sponsored post for KK nuffnangers. Yalah, kan aku asal KK Sabah.

Hati terdetik, betul kah nuffnang nak bagi aku peluang untuk menulis sponsored post? Peluang dapat Buffered Ads Berderet pun aku dah cukup bersyukur even aku tak dapat maximize earning tu. Inikan pula sponsored post?  Balik-balik aku baca email tu. Jemputan ni pun limited, So maksudnya yang terpilih dan terawal kot yang akan dijemput. Tapi apakan daya, peluang tersebut aku harus tolak. Sebab aku ada komitmen lain untuk dilaksanakan.

Xpax akan membawakan Stopmin’ Sabah di Jesselton Point  pada 6 November 2010. So, nuffnang nak jemput nuffnanger yang dapat datang event ni untuk datang dan blog pasal ni. Memandangkan aku asal Sabah, mungkin sebab itulah diorang bagi offer ni. Rasanya, ramai juga blogger yang bernaung dibawah nuffnang dari Sabah yang dapat jemputan ni.

We are offering sponsored post opportunities to Nuffnangers who'll be able to attend the event and blog about it, and also tell their friends about it on Facebook/Twitter

Event tu berlangsung pada 6 November 2010, jam 9 malam, iaitu pada malam exam aku yang ketiga (3). Dan masa tu aku masih lagi kat Shah Alam. Jadi nampaknya, terpaksa aku menolak niat baik nuffnang kali ni. Kalau saja masa dan tempat tidak membataskan keupayaanku, sudah ku sambar peluang ni.

Tapi, mungkin yang ni bukan rezeki aku lagi. Sabar sajalah

Kadang-kadang peluang hanya datang sekali je seumur hidup. Jadi kita mesti hargai setiap peluang yang ada.  Tapi kali ni aku harap peluang macam ni akan datang berkali-kali