Adakah anda seorang kaki facebook, 24 jam 7 hari seminggu main facebook?
Adakah anda seorang yang rasa resah gelisah kalau tak online twitter dalam sehari?
Anda berusaha mencari pendapatan sampingan tapi tak pernah berhasil. Dapat kerugian pula
Kalau jawapan anda adalah ya bagi soalan di atas, maka andalah orang yang dicari!!
Pernah tak korang terfikir, korang dok best main game Farmville, dok chatting dengan member kat facebook sambil buang masa. Pada masa yang sama duit tengah masuk dalam poket si Mark Zuckerberg, facebook founder tu?
Sambil kita main Farmville atau tengah chat dengan member kat facebook dan twitter, pada masa yang sama tuan punya facebook dan twitter tengah layan duit masuk dalam poket diorang! Jadi apa kata kali ni sambil kita dok main game dalam facebook, chatting dan sembang kat twitter, sambil menambah sikit pendapatan?
Macamana Caranya?
Senang saja!
Senang saja??
Ya! senang saja!
Senang saja??
Ya! senang saja!
Jom Sertai ChurpChurp sekarang! Tak kenal dengan churpchurp? Meh aku kasi kenal churpchurp tu dengan korang.
Rasanya kepada mereka yang bergelar blogger dan berdaftar di bawah nuffnang, pasti dah biasa dengar nama churpchurp ni.
Bagi yang tak biasa dengar, Churpchurp adalah satu syarikat pengiklanan yang menggunakan facebook dan twitter sebagai media pengiklanan tapi mainly trough twitter lah. Bila ada assignment untuk korang, churpchurp akan hantar email kat korang, untuk inform yang korang ada assignment yang nak kena buat. Dan jangan bimbang, korang tak perlu lah nak gunakan tips berjaya dalam peperiksaan tau tak tidur malam untuk siapkan assignment churpchurp ni. Senang bangat beb!
Churpchurp adalah adik kepada nuffnang. Maksudnya diorang ni dibawah syarikat yang samalah lebih kurang macam tu. So, kalau korang menulis blog, boleh letak iklan nuffnang kat blog. Dan kalau anda kaki facebook dan twitter, jom buat duit dengan churp-churp!
Kenapa Harus Saya Join Churpchurp?
Mungkin ini adalah pertanyaan biasa bagi mereka yang baru pertama kali kenal dan dengar churpchurp ni.
Ok, macam ni akak, abang, makcik, pakcik adik-adik, korang join churp-churp ni senang sangatlah dan tak perlu keluar duit 1 sen pun. Just daftar di laman web churp-churp dan ada akaun twitter dan facebook yang aktif, dah selesai. Buat lah aktiviti harian korang kat facebook atau twitter dan tunggu email dari churp-churp untuk assignment. Tak lama pun. Kalau tak silap, masa aku sign up dengan churp-churp, seminggu je dah dapat assignment pertama.
Bagi bloger yang biasa dengan nuffnang, mesti dah biasa dengan aktiviti dengan nuffnang kan? Ada movie screening la, Gathering lah, Ada free tiket konsert la. Dan banyak lagilah. Aktiviti churpchurp pun apa kurangnya! Best! Boleh pi movie screening, dapat tiket wayang free la katakan. Lepas tu gathering bersama chupers yang lain, macam kite flying day ni? Best!
Dan, kalau dah namanya ada gathering tu, mestilah jumpa ramai chupers dari serata Malaysia ni kan? So, boleh tambah kenalan korang. Takan korang nak dok sembang dengan budak kampung korang saja kan? Dan manalah tahu, korang bertemu jodoh lepas join churpchurp ni kan? Oops! Terlebih sudah!
Lagipun churpchurp ni memaksimumkan aktiviti social di alam maya ke dunia nyata. Kenapa aku cakap macam tu? Korang tengoklah, dunia sekarang, semua pakai alam maya. Nak bayar bil, guna hujung jari. Nak sembang dengan orang, guna hujung jari. Pendek kata, segalanya di hujung jarilah. So dah kurang aktiviti kat luar. Dengan adanya komuniti macam churpchurp ni, keadaan macam tu dapat diseimbangkan dengan event anjuran diorang. Bukan korang dok sembang kat twitter dan facebook, tapi tak pernah tengok muka orang tu.
Dan yang paling penting, korang join churpchurp, korang boleh buat duit sambil bertweet tweet! Dah namanya syarikat pengiklanan, tentulah korang boleh buat duit! Sambil kita bersosial dan bergembira, sambil kita buat duit. Apa salahnya kan?
Korang tak percaya eh? Kalau korang tak percaya, dah ramai orang yang buat duit dengan churp-churp. Dan ianya adalah duit yang sebenar! Bukan scam okeh! Dan bukan skim cepat kaya raya atau Multilevel Marketing. Nak bukti? Hah, hang pi baca apa diorang dapat dengan churpchurp ni.
So korang berminat tak? Kalau korang berminat, boleh aja register di Laman web Pendaftaran churpchurp ni sekarang! Sekarang?? Ya! Sekarang aja, bila lagi nak buat? Lagi cepat daftar, lagi cepat dapat assignment! heh
Kalau hang nak belajaq dulu pasal churpchurp ni pun boleh aja. Pi belajar kat Lecture Page ni heh. Barulah korang boleh dapat full view dan dapat info lebih lanjut bagaimana nak jana $$ dengan churpchurp. Kalau masih tak faham-faham juga, sila jangan malu jangan segan, email aja kat churpchurp. Sure diorang tolong punya. Kalau malas nak emai diorang, boleh aja korang tanya aku. heh
Sebenarnya aku tak pernah lagi join mana-mana event churpchurp ni disebabkan masa dan jarak yang membataskan pergerakan aku. So, sekarang ni macam dah boleh nak join aktiviti tu sikit-sikit sebab jarak dah dekat sikit. heh. So kalau boleh, Aku nak jugak join kalau ada aktiviti sehari bersama selebriti. Heh. Jemput mana-mana selebriti lepas tu gather ramai-ramai dengan chupers kan?
Tak pun buat gathering chupers dari seluruh negara dan buat aktiviti makan-makan. Kita terjah mana-mana tempat makan yang best! Buat chupers day ke, lepas tu buat sukaneka. Manatau boleh masuk Malaysia books of record. Acara sukaneka terbesar yang pernah diadakan. heh. Jemputlah media sekali, leh dapat promosi sikit untuk churpchurp. heh
Aku dah sebulan lebih join churpchurp ni. Memandangkan aku ni tak aktif sangat bertweet tweet dengan twitter, maka inilah hasil yang aku jana melalui churpchurp dalam tempoh sebulan lebih.
Hah, abah, mak, abang, adik-adik sekalian alam, aku dah join churpchurp. Korang bila lagi? Jom bertweet tweet sambil dapat duit!
heheh, den dah join, tapi kene tunggu sampai 100 tu fuhhh
ReplyDeleteTerkini : Mati dipijak Gajah
@suffer8zine
ReplyDeletekalo ko nak lagi banyak duit, kena kumpul banyak folower. lagi bnyk folower, lagi mahal diorg byar..
Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteThanks by the way :) Why dont you put your link here. Maybe i can visit yours sometimes
salam perkenalan..goodluck
ReplyDeleteThis is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I enjoy seeing websites that understand the value of providing a prime resource for free. I truly loved reading your post. Thanks!
ReplyDelete