Showing posts with label Buat Duit Di Internet. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit Di Internet. Show all posts

I Got Surprise From Churp-Churp


Macam tak percaya. Dah dekat setengah tahun aku join Churp-Churp. Earning pun baru ciput. Nak kata aktif dengan mereka, aku rasa tak juga. Jarang juga aku share campaign yang tengah running dengan Churp-Churp, especially menggunakan twitter. Paling  kurang, aku share dalam facebook atau buat banner dan tampal dalam blog ni.

Pagi ni, tersentak bila dapat email dari Churp-Churp;

Thank you for your active participation in the ChurpChurp Social Sharing Campaigns! Unfortunately, our records have identified that your account has committed one/or all of the following offences: 1. Sharing the campaign(s) links alongside misleading messages to entice clicks from friends and followers. 2. Sharing and posting on conflicting sites and/or suspicious sites.

Aku terfikir, bila aku melakukan kesalahan-kesalahan ni. Tapi hati lega sikit bila dapat email kedua dari Churp-Churp;

Dear churper,

Regretfully, we have mistakenly sent you a click fraud email notice. Please ignore our previous email. We truly apologize for the inconvenience caused.

Rupanya diorang dah salah hantar email tu. Lega sikit hati aku. Tapi kalaupun diorang nak tarik balik earning Churp-churp aku pun, tak kisah sangat pun. Earning baru RM10. So rasanya nak ambil setahun dua baru boleh cashout Churp-Churp. Takde kesan sangat pun kat aku.

So rakan-rakan chupers yang lain, lain hari, ikutlah peraturan yang ditetapkan ye? Jangan main redah je, nanti dapat padah :)


Aku Menulis Blog Bukan Sebab Duit Dan Nama


Dalam dunia ada bermacam-macam ragam manusia. Setuju atau tidak, itu adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal. Selama 25 tahun aku berpijak di bumi yang nyata menghirup udara segar dan melihat dunia menuju kehancuran, sudah banyak ragam manusia yang aku jumpa, baik yang hipokrit, mahupun yang jujur.

Dan sebagai seorang blogger juga aku jumpa banyak ragam penulis blog. Dari yang menulis suka-suka sampai yang menulis kerana duit.

Ramai penulis blog diluar sana yang sentiasa berkata;

"oh, aku menulis blog sekadar suka-suka dan berkongsi dengan semua pembaca"

Ada juga kata;

"oh aku menulis sekadar hobi, bukan sebab duit"

Tapi kekadang aku rasa tertipu dengan sesetengah mereka. Setengah mati nak menegakkan bahawa tak menulis kerana duit atau nama, tapi korang boleh jumpa link diorang hampir diseluruh alam maya.

Sungguh menghairankan bilamana mereka tidak pentingkan duit dan nama, tapi blogwalking setengah mati demi nak naikkan trafik blog. Menulis blog hanya ada 1 persamaan matematik yang boleh kita guna.

Trafik Blog Tinggi = Duit Blog Masyuk

Trafik Blog Rendah = Duit Blog Ciput

Semua sedar tentang ini. Itulah hukum sesebuah blog. Tidak akan ada iklan nak melekat dalam blog kalau trafik ciput.

Apa kata kita jujur pada diri sendiri. Pada aku, selain sebagai hobi, aku nak juga cari duit sampingan dari blog. Kalau tak banyak, cukuplah untuk maintenance blog. Bayar hosting, kalau yang pakai hosting dan bayar domain bagi yang pakai domain sahaja.

Jadi, kalau nak dapat duit sikit dari blog, jom ramai-ramai blogwalking dan jangan pernah kata, tak nak duit. Sebab aku pasti, setiap insan di dunia, tiada seorang pun yang tak nak duit.


Be Part Of ChurpChurp Today And Get Rewarded!


Adakah anda seorang kaki facebook, 24 jam 7 hari seminggu main facebook?

Adakah anda seorang yang rasa resah gelisah kalau tak online twitter dalam sehari?

Anda berusaha mencari pendapatan sampingan tapi tak pernah berhasil. Dapat kerugian pula


Kalau jawapan anda adalah ya bagi soalan di atas, maka andalah orang yang dicari!!

Pernah tak korang terfikir, korang dok best main game Farmville, dok chatting dengan member kat facebook sambil buang masa. Pada masa yang sama duit tengah masuk dalam poket si Mark Zuckerberg, facebook founder tu?

Sambil kita main Farmville atau tengah chat dengan member kat facebook dan twitter, pada masa yang sama tuan punya facebook dan twitter tengah layan duit masuk dalam poket diorang! Jadi apa kata kali ni sambil kita dok main game dalam facebook, chatting dan sembang kat twitter, sambil menambah sikit pendapatan?

Macamana Caranya?

Senang saja!

Senang saja??

Ya! senang saja!

Jom Sertai ChurpChurp sekarang! Tak kenal dengan churpchurp? Meh aku kasi kenal churpchurp tu dengan korang.


Rasanya kepada mereka yang bergelar blogger dan berdaftar di bawah nuffnang, pasti dah biasa dengar nama churpchurp ni.

Bagi yang tak biasa dengar, Churpchurp adalah satu syarikat pengiklanan yang menggunakan facebook dan twitter sebagai media pengiklanan tapi mainly trough twitter lah. Bila ada assignment untuk korang, churpchurp akan hantar email kat korang, untuk inform yang korang ada assignment yang nak kena buat. Dan jangan bimbang, korang tak perlu lah nak gunakan tips berjaya dalam peperiksaan tau tak tidur malam untuk siapkan assignment churpchurp ni. Senang bangat beb!

Churpchurp adalah adik kepada nuffnang. Maksudnya diorang ni dibawah syarikat yang samalah lebih kurang macam tu. So, kalau korang menulis blog, boleh letak iklan nuffnang kat blog. Dan kalau anda kaki facebook dan twitter, jom buat duit dengan churp-churp!


Kenapa Harus Saya Join Churpchurp?

Mungkin ini adalah pertanyaan biasa bagi mereka yang baru pertama kali kenal dan dengar churpchurp ni.

Ok, macam ni akak, abang, makcik, pakcik adik-adik, korang join churp-churp ni senang sangatlah dan tak perlu keluar duit 1 sen pun. Just daftar di laman web churp-churp dan ada akaun twitter dan facebook yang aktif, dah selesai. Buat lah aktiviti harian korang kat facebook atau twitter dan tunggu email dari churp-churp untuk assignment. Tak lama pun. Kalau tak silap, masa aku sign up dengan churp-churp, seminggu je dah dapat assignment pertama.



Bagi bloger yang biasa dengan nuffnang, mesti dah biasa dengan aktiviti dengan nuffnang kan? Ada movie screening la, Gathering lah, Ada free tiket konsert la. Dan banyak lagilah. Aktiviti churpchurp pun apa kurangnya! Best! Boleh pi movie screening, dapat tiket wayang  free la katakan. Lepas tu gathering bersama chupers yang lain, macam kite flying day ni? Best!

Dan, kalau dah namanya ada gathering tu, mestilah jumpa ramai chupers dari serata Malaysia ni kan? So, boleh tambah kenalan korang. Takan korang nak dok sembang dengan budak kampung korang saja kan? Dan manalah tahu, korang bertemu jodoh lepas join churpchurp ni kan? Oops! Terlebih sudah!

Lagipun churpchurp ni memaksimumkan aktiviti social di alam maya ke dunia nyata. Kenapa aku cakap macam tu? Korang tengoklah, dunia sekarang, semua pakai alam maya. Nak bayar bil, guna hujung jari. Nak sembang dengan orang, guna hujung jari. Pendek kata, segalanya di hujung jarilah. So dah kurang aktiviti kat luar. Dengan adanya komuniti macam churpchurp ni, keadaan macam tu dapat diseimbangkan dengan event anjuran diorang. Bukan korang dok sembang kat twitter dan facebook, tapi tak pernah tengok muka orang tu.


Dan yang paling penting, korang join churpchurp, korang boleh buat duit sambil bertweet tweet! Dah namanya syarikat pengiklanan, tentulah korang boleh buat duit! Sambil kita bersosial dan bergembira, sambil kita buat duit. Apa salahnya kan?

Korang tak percaya eh? Kalau korang tak percaya, dah ramai orang yang buat duit dengan churp-churp. Dan ianya adalah duit yang sebenar! Bukan scam okeh! Dan bukan skim cepat kaya raya atau Multilevel Marketing. Nak bukti? Hah, hang pi baca apa diorang dapat dengan churpchurp ni.




So korang berminat tak? Kalau korang berminat, boleh aja register di Laman web Pendaftaran churpchurp ni sekarang! Sekarang?? Ya! Sekarang aja, bila lagi nak buat? Lagi cepat daftar, lagi cepat dapat assignment! heh


Kalau hang nak belajaq dulu pasal churpchurp ni pun boleh aja. Pi belajar kat Lecture Page ni heh. Barulah korang boleh dapat full view dan dapat info lebih lanjut bagaimana nak jana $$ dengan churpchurp. Kalau masih tak faham-faham juga, sila jangan malu jangan segan, email aja kat churpchurp. Sure diorang tolong punya. Kalau malas nak emai diorang, boleh aja korang tanya aku. heh

Sebenarnya aku tak pernah lagi join mana-mana event churpchurp ni disebabkan masa dan jarak yang membataskan pergerakan aku. So, sekarang ni macam dah boleh nak join aktiviti tu sikit-sikit sebab jarak dah dekat sikit. heh. So kalau boleh, Aku nak jugak join kalau ada aktiviti sehari bersama selebriti. Heh. Jemput mana-mana selebriti lepas tu gather ramai-ramai dengan chupers kan?

Tak pun buat gathering chupers dari seluruh negara dan buat aktiviti makan-makan. Kita terjah mana-mana tempat makan yang best! Buat chupers day ke, lepas tu buat sukaneka. Manatau boleh masuk Malaysia books of record. Acara sukaneka terbesar yang pernah diadakan. heh. Jemputlah media sekali, leh dapat promosi sikit untuk churpchurp. heh

Aku dah sebulan lebih join churpchurp ni. Memandangkan aku ni tak aktif sangat bertweet tweet dengan twitter, maka inilah hasil yang aku jana melalui churpchurp dalam tempoh sebulan lebih.


Hah, abah, mak, abang, adik-adik sekalian alam, aku dah join churpchurp. Korang bila lagi? Jom bertweet tweet sambil dapat duit!