Anda kenal tak dengan Richard Branson? Sorry, tapi sebelum ni aku memang tak kenal dengan Richard Branson ni. Tapi tadi selak-selak mStar online, terbaca pula berita Pemilik Virgin Atlantic Bakal Jadi 'Pramugari' AirAsia. Kenapa pula Richard Branson nak jadi pramugari Airasia, jadi berita yang hangat?
So dengan pantasnya jari jemari yang seksi ini menari-menari balet atas papan kekunci Laptop Acer 4310 dengan intel® Celeron® M processor 530 dengan keupayaan kuasa kuda 1.73GHz. So to my surprise, Richard Branson adalah 212th richest person in the world menurut Forbes!!
Sir Richard Charles Nicholas Branson Dicilok dari wikipedia
Jadi kenapa seorang Bilionaire macam dia nak jadi pramugari syarikat penerbangan tambang murah Airasia pula?
Sebenarnya kejadian ini bermula disebabkan cabar mencabar tokoh korporat yang juga CEO Airasia, Datuk Seri Tony Fernandes dan juga Sir Richard Branson. Tony Fernandes yang menerajui pasukan F1 1Malaysia-Lotus mencabar Sir Richard Branson yang menerajui Formula Satu (F1) Virgin Racing.
Andai pasukan F1 1 Malaysia-Lotus kalah kepada Formula Satu (F1) Virgin Racing, Datuk Tony Fernandes akan bekerja sebagai pramugari Virgin Atlantic dan sebaliknya.
Lawak lah diorang ni. Apapun motif main macam tu? Aku tak tahu. Diorang aja yang tahu.
[ Gambar ]
Gambar Sir Richard dalam pakaian pramugari Airasia. Apa pendapat korang? Aku? No komen

