Bila Laptop Masuk ICU Kat Hospital Bagi Laptop-Laptop


Lapto aku cikai aja. Model Acer 4310, dengan processor Intel Celeron dan kelajuan 1.73 GHz. Tak la hebat mana kalau dibandingkan dengan laptop korang. Member aku beli desktop dengan harga RM4k. Senang saja nak main pc game. No hang, no lagging. Member aku yang lain pula kata nak beli laptop model i5 entah apa kejadah. Aku langsung tak faham.

Laptop aku ni, main Counterstrike Condition Zero ke, main Dota pun ok juga. Tapi kalau nak guna untuk program yang perlukan grafik yang mantap, sure laptop cikai aku ni tak boleh diharap. Aku nak install PES 2011 pun tak boleh!

Tapi cikai macam ayam goreng KFC ke, ayam kampung ke, bila laptop aku meragam, merasa juga aku kehilangan. Seminggu laptop aku hidup merempat kat hospital bagi laptop-laptop. Hidup aku jadi tak keruan. Haha. Tak dapat layan facebook, tak dapat menghadap blog. Dan target aku nak habiskan menonton Supernatural Season 1 hingga 6 sepanjang cuti tahun baru cina tak kesampaian.

Yang aku boleh buat, hanya berharap dapat panggilan dari hospital bagi laptop-laptop mengatakan bahawa laptop aku dah pun sihat dan boleh keluar wad ICU.

Dan hari yang aku tunggu-tunggu muncul juga semalam. Laptop aku ni dah pun berjaya diubati oleh doktor pakar sakit laptop. Tepat pada masanya, assignment aku ni dah beritmbun menunggu ketibaan laptop ni. Dah sihat, bolehlah beraksi semula kan?

Bila suatu benda tu dah berumur dan dah lama, bukan bermaksud bahawa ianya dah tak boleh atau dah tak ada gunanya. Akan sampai masanya kita akan terasa kehilangannya. jadi hargainya selagi ianya masih ada!


4 comments:

  1. aku rasa laptop kita macam sama keturunan jer nih abang botak
    hahahahaa

    Update Terkini Penaja & Peserta Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/02/contest-situasi-hans-gunakan-imaginasi.html

    ReplyDelete
  2. moga cepat sihat la laptop bro tu.. sabar la ye :)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya punya pun sedang nyawa2 ikan....dahlah tengak sengkek tahap GABAN ni...janganlah dia buat onar dulu

    ReplyDelete